BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Dulu Jual Pen Sambil Dukung Anak Kini Lelaki Pelarian Ini Memiliki 3 Buah Kedai

ammar

Kata orang niat baik dibalas dengan kebaikan. Itulah yang diterima oleh seorang lelaki ini. Pada asalnya lelaki bernama Abdul Halim al-Attar, 33, pelarian dan juga seorang bapa perlu menyara kehidupan keluarganya dengan menjual pen di jalanan di Beirut.

Jika anda masih ingat, pada tahun 2015 gambar lelaki ini menjual pen sambil mendukung anaknya di jalan raya, pernah viral di media sosial.

Gambar yang dirakam oleh seorang wartawan online dari Norway, Gissur Simonarson, membuatkan netizen di seluruh dunia berasa simpati dengan nasib lelaki itu.

syiria

Gissur juga turut membuat akaun Twitter untuk Abdul Halim dan melalui akaun Twitter itu, satu kempen mengumpul dana telah dilancarkan. Selepas hampir tiga bulan berlalu, kempen itu telah berjaya mengumpul dana 40 kali ganda dari jumlah asal yang diperlukan untuk membantu Abdul Halim.

Dengan dana terkumpul sebanyak $191,000 (RM821,300.00) itu, Abdul Halim mampu membuka kedai bakeri, kedai kebab dan restoran. Kakitangan kedainya terdiri daripada 16 pelarian warga Syria.

“Bukan sahaja hidup saya berubah, malah kehidupan anak saya dan lima pelarian Syria yang saya bantu juga turut berubah,” katanya.

Abdul Halim kemudian berpindah ke sebuah rumah pangsapuri yang lebih besar dan selesa di selatan Beirut. Anak perempuannya, Reem, 4, sangat memuja bapanya. Anak lelakinya, Abdullah, 9, telah kembali bersekolah selepas tiga tahun meninggalkan persekolahan.syirian work4 syirian work5 syirian work6

Abdul Halim sangat bersyukur dengan kehidupan dan pendapatannya yang stabil dengan menjual roti dan kebab segar.

“Saya perlu melabur duit itu, jika tidak ia akan hilang begitu sahaja. Ramai yang menyapa saya dengan lebih baik bila berada di luar. Malah mereka lebih menghormati saya,” katanya.

Sungguh besar pahala orang-orang yang membantu Abdul Halim ini kerana mereka semua telah merubah kehidupan seorang pelarian menjadi lebih baik dan selesa. Inilah antara kebaikan bersedekah kepada orang miskin. Sungguh besar impaknya kepada masyarakat. Jadi, ringankanlah tangan untuk sentiasa memberi.syirian work2

ARTIKEL LAIN  Cakap Tak Serupa Bikin. Bapa Murid Kes Perbicaraan Cikgu Azizan Tipu Wartawan?

syirian work3

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Anuar

    Alhamdulillah…
    Gembira membaca berita ini… Sungguh mulia tangan-tangan yang memberi..
    Semoga kalian semua sentiasa di murahkan rezeki…

    July 13, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • foto2520asmirandah2520bertudung
    Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami …
    October 24, 2015 12
  • adik syahid meninggal dunia
    Innalillah, Adik Syahid Anak Juara Gema Gegarvaganza …
    June 7, 2017 1
  • minuman hipster tahun 2015 2016.jpg
    Minuman Hipster Yang Mesti Anda Cuba
    January 12, 2016 7
  • rohingya
    “Dalla” Dapat RM3.75 JUTA Bawa Masuk Rohingya …
    April 23, 2020 0
  • pelanggan tidak puas hati
    Produk Sampah, Pelanggan Marah Kerana Berat Badan …
    October 11, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)