BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Maaf, Tiada Lagi Air Percuma Buat Semua Penduduk Selangor

ammar

Sejak 1 Jun 2008 lagi rakyat Selangor mula menikmati pemberian air percuma dari kerajaan negeri Selangor.

Namun, kini Program Pemberian Air Percuma akan dihentikan dan dijenamakan sebagai jenama baharu.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata dalam satu kenyataan, keputusan itu disebabkan peningkatan jumlah penduduk setiap tahun di negeri Selangor.

Jenama baharu program air percuma itu ialah Skim Air Darul Ehsan berkuat kuasa 1 Mac 2020 ini.

air selangor

“Menerusi Skim Air Darul Ehsan, ia akan menyasarkan kumpulan penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah, bagi pengguna domestik yang mempunyai meter individu.

“Menerusi Skim Air Darul Ehsan, ia akan menyasarkan kumpulan penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah, bagi pengguna domestik yang mempunyai meter individu.

“Setiap pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun air atau premis sahaja,” katanya.

Katanya, Skim Air Darul Ehsan itu juga akan dapat menyasarkan golongan memerlukan selain menjamin perbelanjaan subsidi bersasar yang tepat.

Menteri Besar Selangor itu berkata, permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) www.ssipr.selangor.gov.my atau mengisi Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan.

“Borang permohonan yang siap diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui emel kepada [email protected] atau diserahkan di mana-mana kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.

Jelasnya, pendaftaran Skim Air Darul Ehsan itu akan bermula pada 30 September sehingga 31 Disember ini bagi mengemas kini semua data pemohon serta pengesahan pemohon yang layak melalui semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pemohon yang layak akan menikmati air percuma dari kerajaan negeri Selangor dan tidak semua yang memohon akan layak sepenuhnya.

ARTIKEL LAIN  Neelofa Jual Susu Pisang, "Packaging" Tu Buat Lelaki Melayu T3rliur

Diharap inisiatif kerajaan yang terbaru ini dapat membantu meringankan beban golongan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • cikgu azizan
    Patutlah Cikgu Azizan Didakwa Di Mahkamah..Rupa-rupanya Ayah …
    December 19, 2017 0
  • minuman hipster tahun 2015 2016.jpg
    Minuman Hipster Yang Mesti Anda Cuba
    January 12, 2016 7
  • Aliff Aziz dan Bella
    Ramai Nasi Tambah. Bella Mengaku Aliff Bukan …
    July 30, 2017 0
  • puteri zainah isteri najib
    Kisah Sedih Puteri Zainah Isteri Pertama Najib …
    May 20, 2018 1
  • pecah amanah
    Adik Mangsa Nahas DUKE Pecah Amanah & …
    October 19, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)