Kisan k0ntroversi perkahwinan mantan Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia.
Belum lagi reda dengan k0ntroversi itu, terbaru Rihana Oksana Gorbatenko mendedahkan wajah anaknya di laman instagram #rihanapetra.
Bekas ratu cantik Moscow itu telah memuat naik beberapa foto wajah anak lelaki sulungnya yang kini sudah pun berusia lima bulan. Rata-rata netizen memuji kecomelan bayi tersebut.
Rihana Petra turut merakam dan memuatnaik video di IG Story menyaksikan momen antara mereka berdua di mana model dari Russia itu sedang menyusukan anaknya.
Terdahulu, Rihana mendakwa dia dan anaknya tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu dan mengetahui mengenai perceraian mereka hanya melalui internet. Rihana juga telah menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah £24,000 (RM123,694) sebulan.
“Sumber Istana” Beri Keterangan Balas
Sejurus selepas pendedahan gambar Tengku Ismail Leon Petra, 5 bulan yang didakwa Rihana Petra sebagai zuriat kepada mantan suaminya, Sultan Muhammas V, kini sumber daripada istana tampil memberikan keterangan balas.
Menghubungi akhbar Daily Mail UK, sumber yang mendakwa dari Istana Kelantan memberitahu akhbar itu bahawa Sultan tidak percaya bayi itu anaknya dan wajahnya tidak seiras dengan Baginda.
Sumber itu memberitahu, iras wajah sahaja tidak membuktikan siapakah bapa kandung bayi tersebut.
Sumber itu turut mengesyaki Rihana mempunyai niat lain di sebalik pendedahan gambar tersebut.
‘Anak itu boleh sahaja zuriat mana-mana lelaki keturunan Asia,’ kata sumber itu lagi yang mendakwa bercakap terus dengan Baginda Sultan.
Kenyataan balas “sumber istana” ini bertentangan dengan dakwaan Rihana.
Rihana juga telah mencabar mantan suaminya bagi membuat ujian DNA seterusnya menfailkan satu prosiding di Mahkamah Moscow bagi membuktikan dakwaannya.
Selain menafikan bayi itu seiras dengan Sultan, dakwaan bahawa ‘kehamilan bayi itu dirancang dan baginda menangis terharu mendengar perkhabaran kehamilan,’ adalah cerita karut.
Sumber itu turut mendakwa Rihana sengaja menggunakan bayi itu sebagai senjata untuk membuat tuntutan perceraian yang tidak masuk akal.
Menurut sumber itu lagi, Baginda merasakan perkahwinan dengan Rihana adalah kesilapan besar, tapi kini sudah bersedia untuk berkahwin lagi dan mempunyai pewaris takhta.
Bagaimanapun, sumber itu tidak memberitahu sama ada pihak istana sudah mempunyai calon atau tidak.
Namun, disebalik apa yang berlaku ini ramai yang berpendapat membuat ujian DNA adalah cara terbaik dan sekaligus dapat menutup cerita ini.
Tetapi adakah Sultan Muhammad V tunduk dan mengikuti cadangan yang dikemukakan itu? Mungkin tidak jika itu memang bukan anaknya.
Buat apa buat ujian DNA jika baginda Sultan Muhammad V sudah yakin dan pasti itu bukan zuriat keturunannya.
Apa-apapun kita sebagai rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik buat Sultan Muhammad V dan berharap supaya k0ntroversi yang melanda ini tidak akan terus dimainkan di media sosial.