BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Pelakon 23 Tahun Ditahan Polis Larikan Isteri Orang

ammar

Siapa tak sayang bini. Itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam situasi yang dihadapi oleh seorang suami ini.

Ekoran risau dengan isterinya yang tiada dirumah, sang suami segera melaporkan ke balai polis.

Sejurus selepas itu seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun ditahan polis malam tadi selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Suspek ditahan jam 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Menurut sumber, polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat suami wanita terbabit.

“Pelakon terbabit yang pernah berlakon beberapa drama dan filem didakwa membawa lari wanita yang juga pengurusnya berusia 24 tahun kelmarin dan hanya disedari suaminya yang pulang ke rumah kira-kira 8 malam.

“Difahamkan mereka mula menjalin hubungan terlarang itu sejak tahun lalu selepas wanita itu bekerja dengan suspek sebelum kemuncaknya dia keluar rumah dan mengikut pelakon itu,” katanya.

Sumber berkata, susulan laporan itu, polis kemudian memanggil suspek bagi membantu siasatan dan ditahan.

“Semakan juga mendapati pelakon itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan d@dah.

“Difahamkan suspek direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Katanya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Kini, di media sosial para netizen mula tertanya-tanya siapakah pelakon lelaki berusia 23 tahun yang dimaksudkan itu. Sehingga kini maklumat tepat mengenai pelakon itu belum didapati lagi.

ARTIKEL LAIN  Izzue Islam Terima Tawaran Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Lucy Nawi
    “Saya Nak Mἀti Dalam Islam, Bertemu Cucu …
    July 31, 2021 0
  • kereta jatuh parking dari tingkat 3
    Gambar Wanita Parah Kereta Jatuh Dari Tingkat …
    August 14, 2015 1
  • tangan melecur
    Ngeri! Tangan Pengacara Ini Melecur Semasa LIVE …
    March 22, 2017 1
  • sultanmuhammad
    Penyokong PH Minta Agong Berhenti Ganggu Kerajaan …
    June 4, 2018 0
  • Pesanan Amran Fans kepada Syed Saddiq
    Terbawak-bawak Perangai Budak Umur 25 Tahun Ini …
    May 24, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)