BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Penyokong PH Minta Agong Berhenti Ganggu Kerajaan Lantik Peguam Negara

ammar

Nampaknya proses pelantikan peguam negara yang baru belum lagi selesai sehingga hari ini. Isu pelantikan peguam negara semakin panas apabila calon yang dicadangkan oleh kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong tidak diperkenankan.

Terbaru isu ini semakin panas apabila para penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminta Yang di-Pertuan Agong supaya berhenti mengganggu kerajaan berhubung cadangan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Melalui komen-komen di media sosial, para penyokong terbabit meluahkan rasa tidak puas hati mereka seolah-oleh mengkritik peranan Yang di-Pertuan Agong kerana mencampuri urusan berkenaan.

Seorang pengguna Facebook, Kok Loo Yeap, berpendapat, Yang di-Pertuan Agong bersikap acuh tak acuh terhadap salah laku dan ketidakadilan terhadap Peguam Negara yang terdahulu.

“Jadi berhentilah mengganggu kerajaan hari ini yang memilih calonnya berdasarkan merit yang ada,” ujarnya menerusi komen pada satu perkongsian artikel oleh Teressa Kok di Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook, Chris The pula berkata, sekiranya Yang di-Pertuan Agong masih menolak cadangan tersebut, maka ia boleh terlaksana mengikut undang-undang selepas 30 hari dan prosedur itu sudah dan pernah dilaksanakan oleh Perdana Menteri.

“Jika perkara itu masih berlarutan, kita tuggu sahaja selepas 30 hari. Apa masalahnya?” ujar menerusi ruangan komen yang sama.

Walau bagaimanapun, kenyataan berbaur merendahkan institusi diraja itu mendapat tentangan daripada Rahman Abdullah II.

Katanya, penyokong Pakatan Harapan (PH) perlu mendesak kerajaan memberi nama lain sebagai calon peguam negara yang beragama islam dan bukannya mendesak Yang di-Pertuan Agong menerima calon bukan islam tersebut.

Sementara itu, Salina Alias menjelaskan dia merupakan antara pengundi PH namun banyak isu yang kurang dipersetujuinya dengan kerajaan sekarang.

“Rakyat mengundi PH untuk jatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Kalau beginilah isunya, tak tahu apa akan jadi pada lima tahun akan datang. Apa-apapun, semoga ketuanan Melayu di Malaysia tidak hilang,” ujarnya.

ARTIKEL LAIN  Gambar Wanita Parah Kereta Jatuh Dari Tingkat 3 Parking

Dalam perkembangan sama, Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat di Istana Negara Selasa ini bagi membincangkan isu berkaitan pelantikan Peguam Negara.

Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu telah dikeluarkan pada 1 Jun kepada Raja-Raja Melayu.

Tambahnya lagi, ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang serta calon penggantinya.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja selasa ini diharap dapat menyelesaikan kemelut pelantikan Peguam Negara yang baru.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • PU Faiz Didakwa Pukul Wanita
    PU Faiz Didakwa Pukul Wanita, Ini Penjelasan …
    November 8, 2016 1
  • maybank alert
    MOHON SEBARKAN!!! Maybank Beri Peringatan, Jangan Tekan …
    September 13, 2020 0
  • butik mewah lv
    Masuk “High End Boutique”, Promoter Pandang Atas …
    August 16, 2017 0
  • pemain kedah
    Dulu Gaji Mewah Sampai Beli 7 Kereta,Tak …
    January 20, 2023 1
  • selfie menganjing selepas belasah rakan
    Video Penuh Budak Sekolah Selfie Muka Mengajing …
    July 31, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)