Dalam seluruh dunia diancam dengan virus berbahaya Covid-19, ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan dan keuntungan dengan jalan mudah.
Itulah yang berlaku sejak beberapa bulan ini. Aktiviti penyeludupan manusia masuk ke Malaysia semakin berleluasa.
Pasukan Polis Marin (PPM) menerima maklumat ada dua bot dinaiki etnik Rohingya kini berada di kawasan perairan negara jiran dan menunggu masa untuk menceroboh masuk ke Malaysia.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat berkata, selepas insiden cubaan 200 pendatang asing tanpa izin (Pati) etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini menerusi perairan Langkawi berjaya dipatahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pihaknya menerima maklumat masih terdapat bot lain sedang cuba masuk ke sini.
Menurutnya, buat masa ini, mereka tidak berani masuk ke Malaysia selepas semua agensi membabitkan PPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengetatkan kawalan di perairan negara.
“Apa yang kita terima memang ada dua bot lagi berada di perairan negara jiran.
“Namun disebabkan kawalan ketat ini dengan tiga lapisan daripada ATM, APMM dan PPM menyebabkan mereka tidak berani masuk ke negara ini untuk berlabuh,” katanya.
Terdahulu dalam kes berkaitan penyeludupan pendatang asing tanpa izin di Malaysia, pelarian etnik Rohingya dilaporkan sanggup meredah laut dan membayar sejumlah RM15,000 bagi setiap seorang kepada satu sindiket dikenali sebagai ‘Dallal’ bermaksud Orang Tengah untuk membolehkan mereka mendarat di Malaysia. Dalam satu laporan oleh World News menyatakan ada kapal yang cuba membawa pelarian tersebut ke Malaysia namun gagal dan mengakibatkan kem@tian berlaku.
Lanjutan daripada maklumat itu juga pihaknya berjaya menahan dua suspek yang disyaki dalang aktiviti penyeludupan PATI yang beroperasi di sekitar utara dan selatan semenanjung.
Memandangkan pengawalan ketat oleh pihak berkuasa di Malaysia ketika ini, aktiviti penyeludupan ini tidaklah semudah seperti sebelum ini. Diharap pihak berkuasa terus mengetatkan sempadan dan perairan negara supaya aktiviti penyeludupan PATI seperti ini dapat ditumpaskan.