BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Muhyiddin Akan Berdepan “Masalah Yang Sangat Besar”, kata Tun M

ammar

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan “masalah yang sangat besar”.

Menerusi satu wawancara bersama Reuters, Mahathir menjelaskan beliau akan berusaha untuk membuktikan “ketidaksahihan” kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas sokongan ahli parlimen terhadap presiden Bersatu itu berdasarkan susunan kerusi sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

“Itu adalah majoriti paling tipis pernah dimiliki oleh kerajaan di Malaysia.

“(Muhyiddin) akan berdepan masalah yang sangat besar. Kerana apa pun peluang yang ada untuk kita membuktikan bahawa tidak sah baginya untuk menjadi perdana menteri, kita akan melakukannya,” katanya dalam wawancara dalam talian bersama Reuters.

Kenyataan itu hadir ketika konflik dalaman Bersatu terus menyaksikan Mahathir dan Muhyiddin tidak sefahaman berhubung hala tuju parti mereka.

Muhyiddin pada Feb lalu membawa Bersatu keluar Pakatan Harapan yang menyaksikan kerajaan ketika itu tumbang.

Muhyiddin seterusnya membawa Bersatu serta sekumpulan bekas ahli parlimen PKR menubuhkan kerajaan PN dalam gabungan baru bersama BN, PAS dan beberapa parti lain.

Susulan itu, Mahathir menghantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Usul itu bagaimanapun tidak dibentangkan pada sesi parlimen 18 Mei lalu yang diterhadkan bagi titah diraja.

Berdasarkan susunan 222 kerusi di Dewan Rakyat pada sidang berkenaan, 114 menyokong Muhyiddin, iaitu hanya dua kerusi majoriti.

Sementara itu, laporan Reuters turut memetik Mahathir sebagai berkata bahawa pembangkang akan menolak sebarang rang undang-undang yang dibawa pentadbiran Muhyiddin di parlimen sekiranya undi tidak percaya tidak dibentangkan.

“Jika semua yang dibawanya ke parlimen ditolak, bagaimana dia mahu teruskan (sebagai perdana menteri),” kata Mahathir.

ARTIKEL LAIN  Masih Ingat Kisah Remaja Mengaji Merdu Mendayu-dayu Dalam Penj@ra? Inilah Kehidupan Dia Sekarang

Mengikuti perkembangan terkini bekas Perdana Menteri ini, beliau baru sahaja dipecat keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta.

Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima ahli parlimen itu pada Rabu.

Muhammad Suhaimi berkata, keputusan itu dibuat kerana kelima-lima ahli parlimen itu enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

Apa pun yang berlaku ini sudah pasti membuatkan Tun Mahathir tidak berdiam diri. Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku selepas ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • penyelamat
    Inilah Wira Sebenar Menyelamatkan Gadis Terjun Dari …
    April 19, 2018 0
  • rohingya
    “Dalla” Dapat RM3.75 JUTA Bawa Masuk Rohingya …
    April 23, 2020 0
  • kebakaran tahfiz
    Waris Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Diarah Keluar …
    September 28, 2017 0
  • kastam malaysia
    Kastam Sahkan Syarikat China Diberi Pelepasan GST
    April 17, 2018 0
  • Dai Wan dikritik surat cinta uqasha
    Surat Terbuka Dari Netizen Ini.. Pasti Buat …
    August 30, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)