BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Mohon USAS Online Universiti Sultan Azlan Shah 2023 (USAS Online Application)

Islah Ibrahim
cara mohon usas
Cara Mohon USAS

Berita gembira buat para pelajar yang sedang mencari tempat belajar dan ingin menyambung pengajian di peringkat tinggi. Universiti Sultan Azlan Shah telah membuka permohonan untuk sesi kemasukan pelajar baharu untuk tahun 2023. Kami akan kongsikan cara mohon usas secara atas talian (online) untuk panduan bakal pelajar.

Universiti Sultan Azlan Shah telah menawarkan pelbagai kursus yang bermula dari peringkat asasi , diploma sehingga peringkat doktor falsafah.

Jika anda adalah pelajar lepasan SPM, STPM/setaraf dan juga Matrikulasi yang sedang mencari tempat melanjutkan pelajaran ke USAS. Di sini ada panduan lengkap untuk anda bagaimana cara mohon USAS secara online buat para pelajar

Jom kami kongsikan langkah-langkah untuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ini.

Kenali Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Universiti Sultan Azlan Shah adalah sebuah Universiti Swasta yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Sultan Azlan Shah. Ianya adalah sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Perak. Lokasi USAS terletak di Kuala Kangsar Perak.

USAS telah diasaskan pada tahun 1999 yang mana ideanya telah dicetuskan oleh Sultan Perak ke 34. Pada peringkat awal penubuhan, Kampus Kolej ini bertapak di Ipoh, kemudian diwujudkan Kampus tetap bermula tahun 2009 yang berlokasi di tanah waqaf Sultan Perak ke-35.

Cara Mohon USAS Online ( USAS Online Application)

Bagi bakal pelajar yang berminat untuk mendaftar ke Universiti Sultan Azlan Shah, anda boleh membuat permohonan mengikut sesi kemasukan yang sedang ditawarkan terkini.

Ini adalah maklumat penting semasa ingin membuat permohonan secara online menerusi USAS 2023 Online

Di sini akan dikongsikan beberapa maklumat penting berikut:

  • Tarikh permohonan
  • Cara mohon USAS online
  • Jenis-jenis pengajian
  • Syarat-syarat kelayakan
  • Dan lain-lain

Pastikan anda tahu tarikh-tarikh penting ini

PeringkatTarikh Buka PermohonanTarikh Tutup Permohonan
Asasi8 November 202213 Januari 2023
Diploma & Ijazah Sarjana Muda2 November 202210 Februari 2023
Cara Mohon USAS

Cara Mohon USAS Online

Anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Sultan Azlan Shah untuk sesi 2023 secara atas talian menggunakan pautan yang disediakan dibawah:

  • Mohon USAS Online
  • Semasa membuat permohonan, anda perlu memilih samada prasiswazah ataupun pascasiswazah kemudian klik daftar sekiranya anda adalah pengguna kali pertama.
  • Ikuti langkah selanjutnya

Peringkat Pengajian USAS

Semasa anda membuat permohonan, akan dinyatakan jenis-jenis pengajian

  1. Peringkat asas
  2. Peringkat Diploma
  3. Peringkat Ijazah Sarjana Muda
ARTIKEL LAIN  Contoh Surat Rasmi : Format Yang Betul Dan Terbaik

Di Universiti Sultan Azlan Shah ,telah ditawarkan pelbagai kursus di pelbagai peringkat dari asasi, prasiswazah hingga pascasiswazah. Para bakal pelajar boleh rujuk pada pautan yang dikongsikan ini sebagai panduan semasa ingin membuat permohonan.

  • Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Serta Syarat Kelayakan USAS 2023

Cara Buat Semakan Status Permohonan USAS

Setelah para bakal pelajar membuat permohonan secara atas talian, bakal pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan menggunakan pautan dibawah ini:

  • Keputusan Permohonan
  • Semasa masuk ke laman ini, sila masukkan No. Kad Pengenalan serta Kata Laluan yang anda daftar sebelum ini

Kelebihan-Kelebihan Melanjutkan Pengajian Tinggi di USAS

Jika bakal pelajar ingin mengetahui apakah kelebihan yang bakal diperolehi sekiranya anda melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Sultan Azlan Shah, disini ada perkongsiannya:

  1. Kos pengajian yang berpatutan
  2. Institusi ini adalah hak milik penuh Kerajaan Negeri Perak,bermaksud ada dana dari kerajaan negeri dan bukanlah 100% institusi perniagaan pendidikan seperti yang lain
  3. Terdiri daripada tenaga pengajar yang berwibawa serta pakar dari dalam dan luar negara
  4. Mempunyai kelengkapan fasiliti dan kemudahan serba lengkap
  5. Mendapat pengiktirafan Akreditasi MQA. Sangat penting digunakan semasa membuat permohonan kerja di masa akan datang
  6. Mempunyai tawaran biasiswa sebanyak RM1 Juta bagi mana-mana pelajar yang layak dengan kecemerlangan ( tertakluk terma dan syarat)
  7. Pelajar boleh memohon pinjaman PTPTN dan Dermasiswa turut disediakan untuk diuruskan
  8. Turut menawarkan Sijil Profesional Tambahan seperti ACCA/ IBFIM/ Sijil Tauliah Mengajar ( sebagai kaedah membuktikan kepakaran anda dalam bidang pengajian yang diambil)
  9. Pelajar mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran ke luar negara
  10. Tiga bahasa pengantar digunakan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
  11. Fokus kepada nilai moral dan nilai islamik dalam setiap silibus pengajian.

Jom Masuk USAS!

Bakal pelajar yang berminat untuk memohon boleh juga hubungi USAS di maklumat rasmi dibawah:

Alamat: Universiti Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan, Bandar Diraja,33000, Kuala Kangsar, Perak

No Telefon: +605-7732323

No Faks: +605-7732333

Maklumat emel: [email protected] / [email protected]

Bagi yang berminat untuk menjadi salah seorang pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah, semoga perkongsian cara mohon USAS ini menjadi laman informasi yang lengkap untuk anda. Jangan lupa kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda, atau anak anda, saudara-mara yang berminat untuk melanjut pelajaran disini. Semoga berjaya dan lulus permohonan anda.

Berikut adalah video rasmi dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Kos Yang Ditawarkan Di USAS, Universiti Sultan Azlan Shah, Program Diploma Ijazah Master PhD
    June 12, 2023

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pusat-mengundi
    Mulai Hari Ini, Pengundi Boleh Buat Semakan …
    April 16, 2018 0
  • malaysia kelantan flag 01
    Cuti Umum Kelantan 2023 (Cuti Peristiwa dan …
    December 28, 2022 0
  • cara2520lajukan2520wifi2520bagi2520pengguna2520router2520tm1
    Cara Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM
    September 18, 2015 3
  • Tanah Di Terengganu
    Cara Memohon Tanah Di Terengganu Secara Online, …
    August 9, 2017 3
  • Front kvks
    Rayuan Kolej Vokasional 2023 dan Semakan Keputusan …
    December 3, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)