BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Semakan Bantuan MAIDAM 2022 Dan Syarat Permohonan MAIDAM Terengganu

Islah Ibrahim November 23, 2022
semakan bantuan maidam
Semakan Bantuan MAIDAM

Bagi penduduk Negeri Terengganu Darul Iman, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyediakan peruntukan bantuan pada golongan asnaf yang telah memenuhi syarat kelayakan. Dimana ianya terdiri daripada golongan Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Ar-Riqab, Al-Gharimin, Fisabillah dan Ibnussabil. Artikel ini akan berkongsi kepada penduduk Terengganu berkenaan bagaimana membuat semakan bantuan MAIDAM 2022 dan mengetahui Syarat Permohonan MAIDAM Terengganu.

Cara Buat Semakan Bantuan MAIDAM Zakat Terengganu Secara Online

Berikut adalah cara membuat semakan bantuan MAIDAM secara online:

Langkah-Langkah Semakan Bantuan MAIDAM
1. Sila layari ke portal MAIDAM melalui pautan ini SEMAKAN STATUS
2. Anda masukkan No. kad Pengenalan
3. Kemudian Klik untuk Semak
4. Anda akan dapat mengetahui keputusan status permohonan
Semakan Bantuan MAIDAM

Syarat Permohonan MAIDAM Terengganu

Untuk layak menerima zakat daripada MAIDAM, anda mesti memenuhi syarat am berikut:

  1. Mestilah merupakan rakyat Negeri Terengganu yang sedang menetap di Terengganu atau;
  2. Telah tinggal atau bermastautin di Terengganu lebih dari 3 tahun berturut-turut atau lebih sebelum melanjutkan pelajaran

Sekiranya adan melepasi syarat am ini, dan tergolong dalam golongan asnaf, anda boleh membuat permohonan.

Cara Membuat Permohonan MAIDAM Terengganu

Meraikan perkembangan semasa selepas berlangsungnya pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu telah menyediakan kemudahan Portal Rasmi Atas Talian bagi memudahkan rakyat Terengganu membuat permohonan bantuan Zakat MAIDAM Terengganu.

Bagi pemohon yang layak perlu membuat permohonan dengan mengisi borang hanya secara online dan mencetak permohonan tersebut.

Selepas selesai mengisi borang, dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan, anda perlu sertai bersama salinan dokumen-dokumen dan dihantar kepada ke pejabat MAIDAM atau mana-mana Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing yang berdekatan dengan kawasan anda.

Kemudian barulah permohonan anda akan diproses dan mengetahui keputusan kelulusan.

Untuk dapatkan borang permohonan, boleh klik pada pautan dibawah

  • Link Borang Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM Online

Ringkasan Cara Mengisi Borang Permohonan MAIDAM Terengganu

Langkah-Langkah Mengisi Borang Permohonan
1. Layari pautan Borang Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM Online
2. Masukkan No. Kad Pengenalan
3. Mula mengisi borang dan lengkapkan
4. Cetak maklumat setelah selesai mengisi borang permohonan secara online
5. Sertakan Dokumen-Dokumen yang diperlukan
6. Hantar borang yang telah dicetak beserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat Urusan Zakat Daerah
7. Tunggu proses kelulusan

Proses Agihan Wang Zakat MAIDAM

Ini adalah skim bantuan MAIDAM yang telah ditawarkan oleh pihak pengurusan MAIDAM kepada asnaf-asnaf yang akan layak memperoleh zakat:

ASNAFJENIS BANTUAN
Faqir1. Bantuan Kewangan/ Wang Sara Bulanan
2. Bantuan Ramadhan
3. Agihan terus kepada fakir melalui pengeluar zakat
4. Bantuan dermasiswa IPT Luar Negara
5. Bantuan dermasiswa IPT Dalam Negara
6. Bantuan makanan/keperluan seharian
Miskin1. Bantuan kecemasan/bencana
2. Bantuan membina dan baiki rumah
3. Bantuan sempena Ramadhan
4. Agihan terus kepada miskin melalui pengeluar zakat
5. Bantuan kursus/latihan untuk anak-anak miskin
6. Bantuan perubatan
7. Bantuan modal bahan mentah untuk perniagaan
8. Bantuan sara hidup
9. Bantuan serta merta
10. Bantuan dermasiswa IPT Luar Negara
11. Bantuan sewa rumah
12. Bantuan makanan/ keperluan seharian
Amil1. Terus ambilan oleh Amil
2. Bantuan untuk mengadakan pelbagai kursus
MuallafPelbagai bantuan seperti dinyatakan dibawah iaitu bantuan mengikut sektor muallaf
Ar-Riqab1. Bantuan pengurusan rumah perlindungan pesakit kronik/HIV
2. Bantuan pengurusan dan rawatan di Pusat Hemodialisis
Al-Gharimin1. Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
2. Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris
Fisabililah1. Bantuan sumbangan tabung perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
2. Bantuan pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
3. Bantuan Pendidikan Dalam Negara
4. Bantuan Pendidikan Luar Negara
Ibnu Sabil1. Bantuan tambang kepada pelajar luar negara
2. Bantuan kepada orang yang terkandas dalam perjalanan jauh

Jika artikel ini membantu anda untuk mengetahui maklumat terkini mengenai semakan bantuan MAIDAM dan cara permohonan, jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka yang layak membuat permohonan. Semoga membantu anda!

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • cuci pinggan
    Menurut Kajian Cuci Pinggan Dapat Hilangkan Rasa …
    December 30, 2018 1
  • 17739 NRF9QJ
    Tarikh Cuti Sekolah 2022/2023 Takwim dan Kalendar …
    November 4, 2022 0
  • gambar rumah berhantu.jpg
    Rumah Tidak Berpenghuni Sejak 1956 Yang Amat …
    November 18, 2015 2
  • Tuanku Zara Salim Header
    (Biodata) Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Sebenarnya …
    September 25, 2017 0
  • tabung haji 840581 20191215105943
    Semakan Dividen Tabung Haji 2021/2022: Terkini 3.10%
    November 16, 2022 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)