TARIKH PEMBAYARAN BR1M 2016
Tarikh pembayaran BR1M 2016 kepada penerima yang layak telah ditetapkan. Wang BR1M 2016 akan dibayar secara berperingkat mengikut kategori. Pembayaran pertama BR1M 2016 adalah pada tarikh 28 Januari 2016. Untuk kategori individu bujang, mereka akan mendapat RM400 sekaligus pada tarikh tersebut. Bagi kategori lain, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan di bawah.
Menerusi pembentangan BAJET 2016, jumlah BR1M 2016 telah dinaikkan. Berikut adalah kadar baru pembayaran BR1M 5.0 untuk tahun 2016.
Pembayaran BR1M 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September 2016.
- Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan – RM1,050
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan – RM1,000
- Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan – RM800
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2016.
- Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 – RM400
TARIKH JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2016
Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
- Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
- Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
- Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016
- Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
- Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
- Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
- Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016
- Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
- Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
- Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
- Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016
- Ansuran Ke Empat: RM200 pada 28 September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
- RM400 pada 28 Januari 2016
Cara Pembayaran BR1M 2016
Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.
Kemaskini BR1M 2016 anda sekarang KLIK SINI
Rossa Calla
Dah keluar pun tarikh sebenar pembayaran BR1M 2016. Senang untuk merancang duit nanti