BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Harga Lesen Kereta Dan Motosikal Terkini 2022 (Lesen Auto dan Manual)

Islah Ibrahim

Anda ingin mendapatkan lesen kereta atau motosikal? disini ada perinciannya yang akan membantu anda. Kami akan kongsikan harga lesen kereta dan motosikal yang terkini 2022 kepada anda.

Semua yang dikongsikan adalah berdasarkan sumber dari institut pusat latihan dan sekolah memandu yang telah diakui oleh Jabtan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Terkini pelbagai insentif telah diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi membantu warga emas, atau yang baru mencukupi umur syarat untuk memiliki lesen kenderaan sendiri samada kereta atau motosikal. Ianya adalah usaha untuk mengurangkan beban rakyat untuk membayar kos permulaan kelas memandu.

Untuk makluman anda, umur yang layak untuk memiliki lesen memandu adalah berumur 16 tahun tetapi untuk lesen motor sahaja iaitu lesen B Full atau lesen B2.

Bagi yang ingin memiliki lesen kereta pula mestilah berumur 17 tahun ke atas, kebiasaanya ramai dalam kalangan remaja ini baru sahaja menamatkan Peperiksaan SPM.

Kesemua harga yang ditetapkan di Negeri Selangor, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Kedah,Perlis, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Labuan adalah berdasarkan harga yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Pakej Harga Lesen Kereta Dan Motor 2022

Berikut adalah senarai rujukan harga lesen kereta dan motor yang anda boleh lihat untuk mengetahui pakej untuk anda belajar memandu:

Jenis KenderaanJenis LesenHarga
MotorsikalB2 ( Tidak melebihi 250 cc)RM350 -RM450
MotorsikalB Full ( Melebihi 500cc)RM900- RM1100
KeretaLesen Manual DRM1150-RM1300
KeretaLesen Automatik DARM1250-RM1500
Harga Lesen Kereta

Sekiranya anda sudah berumur 21 tahun ke atas, anda layak untuk memohon lesen E iaitu Lesen Memandu Bas dan Lori.

Kemaskini Terkini Peraturan Sekolah Memandu

  1. Semua sekolah memandu di Malaysia wajib memaparkan atau mengemaskini harga lesen terkini untuk lesen kereta dan lesen motorsikal bagi tahun 2022. Ini adalah kewajipan untuk semua sekolah memandu di semua negeri , iaitu Selangor, Terengganu,Kuala Lumpur, Negeri Sembilan,Perak, Johor,Pahang,Kedah, Perlis, Kelantan, Pulau Pinang termasuk Sabah dan Sarawak
  2. Bermula dari sekarang, setiap kali ujian memandu akan dipasang kamera rakaman untuk mengelakkan penguji bertugas mengambil kesempatan dan cuba melakukan perkara-perkara yang salah. Sekiranya pihak penguji cuba mengagalkan ujian memandu peserta tanpa sebab yang munasabah, kamera rakaman yang terpasang ini boleh dijadikan bahan bukti.
  3. Kemaskini terkini, dalam masa terdekat, tiada lagi ujian memandu praktikal bersama dengan kakitangan JPJ. Malaysia dalam perancangan untuk membina sistem ujian tanpa penguji yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi
  4. Ujian berkomputer akan dijalankan pemantauan secara sistem video dalam bilik ujian
ARTIKEL LAIN  TOLONG SEBARKAN!!! Orang Ramai Miliki Akaun Maybank Dinasihat Berwaspada

Kemaskini peraturan terbaru ini terpakai untuk semua institusi memandu di Malaysia yang melibat negeri-negeri semenanjung seperti Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur, Perlis serta Sabah dan Sarawak.

Ini adalah graf perjalanan seorang peserta dari peringkat permulaan mendaftar sehinggalah mendapat lesen memandu. Selepas anda mengetahui info harga lesen kereta dan motor, inilah perjalanan yang anda perlu lalui sehingga mendapat lesen P.

harga lesen kereta
Harga Lesen Kereta

Langkah Demi Langkah mendapatkan Lesen Memandu Buat Kali Pertama

Langkah-LangkahPenerangan
1. PendaftaranAnda daftar di kaunter sekolah memandu. Pegawai pemasaran institusi tersebut akan menghubungi anda. Anda wajib membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP)
2. Kursus KPPKursus ini diadakan selama 6 jam. Bagi kategori Bahasa Malaysia akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad manakala untuk kursus dalam Bahasa Inggeris pula adalah pada hari Ahad sahaja. Semasa menghadiri kursus, anda mesti berpakaian kemas dan sopan yang dibenarkan oleh JPJ
3. Ujian KomputerSelepas hadir kursus KPP , anda perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit yang diadakan setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah untuk lulus ialah 42/50. Anda akan diberikan ganjaran RM50 jika mendapat markah penuh 50/50. Jika anda gagal ujian ini, anda diberi peluang 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus di institusi memandu
4. Lesen LCalon akan memperolehi Lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu
5. KPP 02Calon wajib membuat bayaran yang kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberikan adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk lesen motorsikal pula, calon akan belajar membuat pusingan 8,titi, halangan kon dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking dan 3 penjuru
6. KPP 03Selepas membuat latihan memandu di dalam kawasan litar,calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02
7. Ujian QTICalon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk ujian praktikal
8. Ujian Praktikal JPJSelepas selesai, barulah calon perlu menghadapi ujian praktikal JPJ. Calon yang lululs ujian praktikal ini boleh mendapatkan lesen memandu P. Lesen P boleh diperolehi dalam masa seminggu
Harga Lesen Kereta Dan Motor

Tips Tambahan Sebelum Mendapatkan Lesen Memandu

  • Buat survey terlebih dahulu harga lesen kereta atau motor yang ingin anda dapatkan dari mana-mana sekolah memandu. Pastikan harganya tidak melebihi paras seperti yang dikongsikan dalam jadual tadi. Anda boleh memilih yang terbaik dan jimat.
  • Anda akan mendapat harga lesen kereta dan motor yang lebih jimat dan murah sekiranya anda ambil lesen motor dan kereta secara serentak. Pastikan anda cukup umur syarat untuk mengambil kedua-dua jenis lesen. Anda jimat masa, lesen dua jenis kenderaan pun dapat.
  • Kalau anda mempunyai pilihan masa semasa mengadakan ujian JPJ, pilihlah sesi petang kerana kebanyakan pegawai JPJ sudah keletihan pada ketika itu

Semoga perkongsian harga lesen kereta dan motor secara terpeinci ini akan memberikan anda gambaran jelas untuk mula mendaftar seterusnya mendapatkan lesen kenderaan anda buat kali pertama.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • bantuan pesara kerajaan
    Tarikh Bayaran Pencen 2023 Serta Penerangan Cuti …
    December 27, 2022 0
  • pesanan terakhir steve jobs.jpg
    Pesanan Terakhir Steve Jobs, Pengasas Apple
    December 18, 2015 1
  • cuci pinggan
    Menurut Kajian Cuci Pinggan Dapat Hilangkan Rasa …
    December 30, 2018 1
  • Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA Jelutong
    Permohonan GIATMARA 2023 Online Dan Semakan Senarai …
    December 22, 2022 0
  • sabung ayam
    Benarkah Besut, Terengganu Dahulunya Bawah Kelantan Tetapi …
    October 26, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)