BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Dividen Bonus Tabung Haji 2015

ammar

dividen bonus tabung haji 2015 2016.png Dividen Bonus Tabung Haji 2015

Berita baik untuk pendeposit Tabung Haji 2015 2016! Pihak Tabung Haji telah mengumumkan kadar dividen atau bonus bagi tahun berakhir 31 Disember 2015. Kadar bonus itu diumum pada tahun ini iaitu 2016. Jika dilihat, tahun ini ada sedikit kelewatan tarikh pengumuman kadar dividen ini.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini(4 Februari 2016) mengumumkan pembayaran bonus tahunan sebanyak 5 peratus kepada 8.85 juta pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 2015.

Selain itu, bonus tambahan 3 peratus juga diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji sekali gus menjadikan bonus keseluruhan 8 peratus.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini.

“Pada asalnya, TH merancang untuk mengagihkan keseluruhan keuntungan 2015 sebanyak RM3.53 bilion sebagai bonus.

“Namun, setelah mengambil kira pandangan Bank Negara Malaysia dan prospek ekonomi tahun ini, TH akan menyimpan RM300 juta dari Keuntungan Boleh Agih tahun ini kepada Rizab Boleh Agih tersebut,” kata Jamil Khir pada sesi pengumuman itu.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu adalah Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Tahun lalu, TH membayar bonus sebanyak 6.25 peratus kepada 8.6 juta pendeposit dengan bonus tambahan dua peratus diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan ibadah haji.

JUMLAH KADAR PERATUS BONUS TABUNG HAJI (TH) 2015

TAHUNKADAR DIVIDENKADAR BONUSJUMLAH DIVIDEN + BONUS
20155.00%3.00%8.00%
20146.25%2%8.25%
20136.00%2%8%
20126.50%1.50%8%
20116.00%Tiada bonus6.00%
20105.50%Tiada bonus5.50%
ARTIKEL LAIN  Kisah Sedih Kematian Kartun "Shin Chan" Ini Buat Ramai Mengalirkan Air Mata
Prev Article
Next Article

3 Comments

  1. zik

    ada jugak bonus tabung haji tahun nih… huhu

    February 4, 2016
  2. Raihanah Ahmad

    oklah ada daripada takde kan

    February 10, 2016
  3. Raihanah Ahmad

    bila ek masuk? nak gi update buku la camni

    February 12, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Wang Tak Dituntut
    Cara Buat Semakan Secara Online Wang Tak …
    August 3, 2017 9
  • Gambar Muslim Sedang Berdoa
    Niat ,Cara Solat Tahajjud Dan Doa Tahajud
    November 23, 2022 0
  • Teman Dan Logo Hari Kebangsaan Kemerdekaan 2015 Malaysia1
    TEMA GAMBAR LOGO HARI MERDEKA MALAYSIA 2015
    August 19, 2015 5
  • Front kvks
    Rayuan Kolej Vokasional 2023 dan Semakan Keputusan …
    December 3, 2022 0
  • gaji jururawat masyarakat gred u19.png
    GAJI JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 KKM
    November 9, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)