BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Senarai Bantuan Kerajaan 2022/2023 Terkini dan Cara Semakan

Islah Ibrahim
bantuan kerajaan 2022
Bantuan Kerajaan 2022

Ini adalah kemaskini terkini mengenai senarai bantuan kerajaan 2022/2023 terkini yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia yang mentadbir ketika ini. Senarai ini melibatkan semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada bujang, remaja,B40,M40,ibu tunggal serta pelajar.

Dalam belanjawan 2023, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bajet yang besar untuk melaksanakan pelbagai Skim Bantuan yang telah diumumkan dalam pembentangan bajet 2023 baru baru ini. Ini adalah usaha untuk meringankan beban rakyat terutamanya mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda tahun 2020 dan 2021.

Untuk makluman anda, setiap pimpinan kerajaan mempunyai kaedah tersendiri untuk membantu rakyat dalam penggunaan dana serta bentuk-bentuk bantuan yang diumumkan.

Semasa zaman Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri Ke-6, beliau lebih fokus dalam bantu golongan B40 dan M40 dalam bentuk wang percuma serta duit free secara tunai. Beliau juga mewujudkan insentif-insentif lain bagi golongan ini.

Selepas terbentuknya Kerajaan Pakatan Harapan Pimpinan Tun Dr Mahathir selepas PRU-14, pihak kerajaan telah mengumumkan jumlah hutang kerajaan pada ketika itu sudah berjumlah RM1 Trilion. Kesan dari hutang ini, Tun Dr Mahathir telah melakukan beberapa langkah drastik untuk menyusun semula penyaluran kewangan negara. Bentuk bantuan pula lebih berfokus kepada yang memerlukan sahaja dan memberi kesan positif kepada negara.

Ketika pimpinan bertukar pula kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin, Kerajaan dilihat mewujudkan semula bantuan dan kemudahan moratarium yang memberikan impan kepada seluruh rakyat Malaysia. Pelbagai bantuan diwujudkan dan melibatkan hampir seluruh rakyat Malaysia kerana rakyat berdepan dengan tekanan hilang punca pendapatan pada ketika itu. Pada masa itulah Bantuan Prihatin Nasional diwujudkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Senarai Bantuan Kerajaan 2022/2023 Rakyat Malaysia Terkini

Sekarang, pelbagai jenis bantuan kerajaan 2022/2023 telah disediakan untuk rakyat Malaysia , disini akan dikongsikan senarai bantuan kerajaan, anda boleh semak mana-mana yang layak untuk anda.

ARTIKEL LAIN  Harga Minyak Petrol Mingguan Terkini 2022: RON95,RON97 Dan Diesel
JENIS BANTUAN KERAJAAN JUMLAH BANTUAN DAN PENERANGAN
Bantuan Sara Hidup Malaysia di MyBSHDuit tunai disediakan antara RM500 hingga RM1400 kepada B40 dan M40 yang layak
Skim Rumah PertamaAnda berpeluang mendapat tawaran kadar faedah yang rendah untuk memohon pinjaman perumahan anda
Pemberian Rebat semakan rebat bil elektrik percumaEletrik Percuma RM40 sebulan
Pendaftaran KSWP i-SuriKerajaan menyediakan caruman percuma kepada anda setiap kali membuat caruman KWSP
Dana Perlindungan Kesihatan MySalamPerlindungan Insuran untuk beberapa jenis penyakit kritikal termasuk bantuan pesakit covid tahun 2022
Portal Semakan Bantuan Subsidi KerajaanSubsidi minyak motorsikal
Bantuan Rumah Mampu MilikPeruntukan pelbagai bantuan untuk mendapatkan unit rumah mampu milik
Duit Bantuan SekolahRM100 hingga RM500
Bantuan Kerajaan untuk pelajar pengajian tinggiSenarai untuk pelajar pengajian tinggi yang menyambung pelajaran
Bantuan Kerajaan 2022

Dalam belanjawan 2023 yang lalu sebelum pembubaran Parlimen Malaysia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15, Kerajaan telah mengumumkan bantuan-bantuan berikut:

BANTUANPAUTAN PERMOHONAN
e-Pemula 2023Akan dikemaskini
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)https://bkm.hasil.gov.my/
Subsidi Bil ElektrikAkan dikemaskini
Bantuan Data Internet Percuma Semua TelcomRujuk di laman telco masing-masing untuk makluman pakej ini:

Contoh: Pengguna Celcom akan menerima data 1GB percuma setiap hari secara automatik tanpa perlu SMS atau muaturun Aplikasi

Pengguna Maxis perlu menebus data percuma melalui aplikasi mereka
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)Akan dikemaskini
Inisiatif Cahaya Mata Keluarga MalaysiaAkan dikemaskini
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023Akan dikemaskini
Permohonan Bantuan RM500 Warga EmasSila layari pada pautan ini BANTUAN WARGA EMAS
Bantuan Pendidikan Tinggi Untuk Pelajar IPT 2021Bantuan ini disalurkan mengikut bahagian bantuan setiap negeri
Biasiswa Lepasan SPM/STPM/Diploma/IjazahLihat senarai Biasiswa disini
Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup Tajaan JPAAkan dikemaskini
Skim Bantuan JKM (11 Kategori)Untuk memohon sila layari pautan http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
Kenaikan Gaji MyStepAkan dikemaskini
Bantuan Belia Penjana Kerjaya RM1000Insentif sebanyak RM1000 melalui Program Perantisan dibawah program Penjana Kerjaya 2.0. Diberi oleh Majikan
Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTNSila layari pautan ini PERMOHONAN PENGECUALIAN
Bantuan YES Prihatin-Telefon dan Data PercumaKerjasama YES dan YTL yang menawarkan telefon pintar, pelan data dan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn From Home secara percuma selama setahun, mohon di sini YES
Bantuan My Salam Covid-19Skim Perlindungan Takaful Percuma untuk kesihatan kepada individu yang layak menerima manfaat, untuk mohon disini MYSALAM
Permohonan Rumah Mampu Milik & Rumah PPR 2023Satu bantuan berkonsepkan pinjaman dengan SPNB untuk membina rumah di atas tanah sendiri , mohon di sini  http://rmr.spnbonline.com.my
Permohonan Rumah Kos Rendah Seluruh NegeriPermohonan boleh dibuat melalui SUK Negeri anda masing-masing
Bantuan Kerajaan 2022

Senarai bantuan kerajaan 2022 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengumuman semula bajet 2023 pasca pilihan raya ke 15 yang baru diadakan 19 November 2022 yang lalu. Sama-sama kita saksikan apakah inisiatif kerajaan Malaysia baharu pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim ini.

Terus ikuti informasi bantuan kerajaan 2022/2023 pada laman ini ini untuk mendapatkan informasi terkini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pure white background 85a2a7fd 5
    Cara Mohon USAS Online Universiti Sultan Azlan …
    November 24, 2022 0
  • Posisi Tidur Menunjukkan Keperibadian Anda.jpg
    Posisi Tidur Menunjukkan Keperibadian Anda
    March 12, 2016 1
  • EC555C30 DE31 4AC0 AF82 B7F3F9D57C63
    Dana Raya Terengganu 2023: Permohonan dan Syarat …
    May 31, 2023 0
  • Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah
    Inilah 20 Kerjaya Di Malaysia Dengan Pendapatan …
    September 1, 2017 2
  • Semakan Keputusan SPM 2023
    Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2023 / …
    May 27, 2024 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)