![Senarai Bantuan Kerajaan 2022/2023 Terkini dan Cara Semakan 1 bantuan kerajaan 2022](https://www.blogammar.com/wp-content/uploads/2022/11/pure-white-background-85a2a7fd-8.jpg)
Ini adalah kemaskini terkini mengenai senarai bantuan kerajaan 2022/2023 terkini yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia yang mentadbir ketika ini. Senarai ini melibatkan semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada bujang, remaja,B40,M40,ibu tunggal serta pelajar.
Dalam belanjawan 2023, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bajet yang besar untuk melaksanakan pelbagai Skim Bantuan yang telah diumumkan dalam pembentangan bajet 2023 baru baru ini. Ini adalah usaha untuk meringankan beban rakyat terutamanya mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda tahun 2020 dan 2021.
Untuk makluman anda, setiap pimpinan kerajaan mempunyai kaedah tersendiri untuk membantu rakyat dalam penggunaan dana serta bentuk-bentuk bantuan yang diumumkan.
Semasa zaman Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri Ke-6, beliau lebih fokus dalam bantu golongan B40 dan M40 dalam bentuk wang percuma serta duit free secara tunai. Beliau juga mewujudkan insentif-insentif lain bagi golongan ini.
Selepas terbentuknya Kerajaan Pakatan Harapan Pimpinan Tun Dr Mahathir selepas PRU-14, pihak kerajaan telah mengumumkan jumlah hutang kerajaan pada ketika itu sudah berjumlah RM1 Trilion. Kesan dari hutang ini, Tun Dr Mahathir telah melakukan beberapa langkah drastik untuk menyusun semula penyaluran kewangan negara. Bentuk bantuan pula lebih berfokus kepada yang memerlukan sahaja dan memberi kesan positif kepada negara.
Ketika pimpinan bertukar pula kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin, Kerajaan dilihat mewujudkan semula bantuan dan kemudahan moratarium yang memberikan impan kepada seluruh rakyat Malaysia. Pelbagai bantuan diwujudkan dan melibatkan hampir seluruh rakyat Malaysia kerana rakyat berdepan dengan tekanan hilang punca pendapatan pada ketika itu. Pada masa itulah Bantuan Prihatin Nasional diwujudkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Senarai Bantuan Kerajaan 2022/2023 Rakyat Malaysia Terkini
Sekarang, pelbagai jenis bantuan kerajaan 2022/2023 telah disediakan untuk rakyat Malaysia , disini akan dikongsikan senarai bantuan kerajaan, anda boleh semak mana-mana yang layak untuk anda.
JENIS BANTUAN KERAJAAN | JUMLAH BANTUAN DAN PENERANGAN |
Bantuan Sara Hidup Malaysia di MyBSH | Duit tunai disediakan antara RM500 hingga RM1400 kepada B40 dan M40 yang layak |
Skim Rumah Pertama | Anda berpeluang mendapat tawaran kadar faedah yang rendah untuk memohon pinjaman perumahan anda |
Pemberian Rebat semakan rebat bil elektrik percuma | Eletrik Percuma RM40 sebulan |
Pendaftaran KSWP i-Suri | Kerajaan menyediakan caruman percuma kepada anda setiap kali membuat caruman KWSP |
Dana Perlindungan Kesihatan MySalam | Perlindungan Insuran untuk beberapa jenis penyakit kritikal termasuk bantuan pesakit covid tahun 2022 |
Portal Semakan Bantuan Subsidi Kerajaan | Subsidi minyak motorsikal |
Bantuan Rumah Mampu Milik | Peruntukan pelbagai bantuan untuk mendapatkan unit rumah mampu milik |
Duit Bantuan Sekolah | RM100 hingga RM500 |
Bantuan Kerajaan untuk pelajar pengajian tinggi | Senarai untuk pelajar pengajian tinggi yang menyambung pelajaran |
Dalam belanjawan 2023 yang lalu sebelum pembubaran Parlimen Malaysia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15, Kerajaan telah mengumumkan bantuan-bantuan berikut:
BANTUAN | PAUTAN PERMOHONAN |
e-Pemula 2023 | Akan dikemaskini |
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023) | https://bkm.hasil.gov.my/ |
Subsidi Bil Elektrik | Akan dikemaskini |
Bantuan Data Internet Percuma Semua Telcom | Rujuk di laman telco masing-masing untuk makluman pakej ini: Contoh: Pengguna Celcom akan menerima data 1GB percuma setiap hari secara automatik tanpa perlu SMS atau muaturun Aplikasi Pengguna Maxis perlu menebus data percuma melalui aplikasi mereka |
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) | Akan dikemaskini |
Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia | Akan dikemaskini |
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023 | Akan dikemaskini |
Permohonan Bantuan RM500 Warga Emas | Sila layari pada pautan ini BANTUAN WARGA EMAS |
Bantuan Pendidikan Tinggi Untuk Pelajar IPT 2021 | Bantuan ini disalurkan mengikut bahagian bantuan setiap negeri |
Biasiswa Lepasan SPM/STPM/Diploma/Ijazah | Lihat senarai Biasiswa disini |
Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup Tajaan JPA | Akan dikemaskini |
Skim Bantuan JKM (11 Kategori) | Untuk memohon sila layari pautan http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/ |
Kenaikan Gaji MyStep | Akan dikemaskini |
Bantuan Belia Penjana Kerjaya RM1000 | Insentif sebanyak RM1000 melalui Program Perantisan dibawah program Penjana Kerjaya 2.0. Diberi oleh Majikan |
Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN | Sila layari pautan ini PERMOHONAN PENGECUALIAN |
Bantuan YES Prihatin-Telefon dan Data Percuma | Kerjasama YES dan YTL yang menawarkan telefon pintar, pelan data dan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn From Home secara percuma selama setahun, mohon di sini YES |
Bantuan My Salam Covid-19 | Skim Perlindungan Takaful Percuma untuk kesihatan kepada individu yang layak menerima manfaat, untuk mohon disini MYSALAM |
Permohonan Rumah Mampu Milik & Rumah PPR 2023 | Satu bantuan berkonsepkan pinjaman dengan SPNB untuk membina rumah di atas tanah sendiri , mohon di sini http://rmr.spnbonline.com.my |
Permohonan Rumah Kos Rendah Seluruh Negeri | Permohonan boleh dibuat melalui SUK Negeri anda masing-masing |
Senarai bantuan kerajaan 2022 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengumuman semula bajet 2023 pasca pilihan raya ke 15 yang baru diadakan 19 November 2022 yang lalu. Sama-sama kita saksikan apakah inisiatif kerajaan Malaysia baharu pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim ini.
Terus ikuti informasi bantuan kerajaan 2022/2023 pada laman ini ini untuk mendapatkan informasi terkini.