
Ini adalah panduan untuk adik-adik spm atau stpm yang ingin menulis karangan berkaitan dengan tajuk Pencemaran Alam Sekitar dan juga contoh karangan berkaitan faktor punca kesan dan langkah.
Hari ini, pembangunan di seluruh dunia terus pesat membangun, hal ini juga berlaku di Malaysia. Kerana terlalu fokus kepada pembangunan fizikal yang kita dapat lihat hari ini, ianya merupakan satu kemajuan namun memberikan kesan yang lain tanpa sedar. Kita jadi terlepas pandang dan tidak selari dengan etika menjaga alam sekitar di sekeliling kita.
Kesanya, kita boleh lihat kepada bacaan ipu terkini daripada sumber Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Kita membangunkan bangunan yang cantik dan serba moden namun kita terpaksa korbankan yang akhirnya mengakibatkan kesan negatif kepada negara kita sendiri. Pencemaran menjadi kian buruk terutamanya di kawasan bandar.
Berikutan faktor penduduk yang semakin tinggi di lokasi-lokasi tertentu dan wujud pertambahan sektor perindustrian yang semakin berkembang hari ini, ianya juga menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar.
Kita harus selesaikan masalah ini segera, jika tidak negara kita berhadapan dengan masalah-masalah berbangkit yang tidak diminta serta musibah.
Pengenalan Maksud Pencemaran Alam Sekitar
Untuk makluman anda, ada banyak jenis pencemaran alam sekitar, setelah merujuk kepada definisi yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka , pencemaran ini adalah berlakunya timbunan sampah sarap di darat atau air serta bahan yang kotor terlepas di udara sehingga menjejaskan kebersihan alam.
NOTA PENTING: Pencemaran alam sekitar juga boleh berlaku secara semulajadi kesan dari bencana alam seperti banjir, gempa bumi, dan ribut taufan yang melanda.
Pencemaran juga boleh berlaku akibat dari tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-merata serta melepaskan bahan kotoran industri di ruangan udara.
Faktor Pencemaran Alam Sekitar
Inilah adalah bahagian point penting punca atau faktor pencemaran alam sekitar:
1. Pertambahan perkembangan penempatan penduduk, jumlah penduduk yang semakin bertambah hasil dari urbanisasi yang telah berpindah secara besar-besaran di kawasan bandar-bandar utama
2. Pencemaran alam sekitar turut berlaku akibat dari sikap tidak bertanggungjawab manusia yang kurang kesedaran dalam diri untuk menjaga dan memelihara kebersihan alam sekitar
3. Kekurangan modal untuk melakukan sebarang usaha pembersihan alam sekitar. Segala aktiviti langkah penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar memerlukan kos penjagaan seperti mengadakan kempen kesedaran, aktiviti mengutip sampah serta pelupusan sampah. Semua memerlukan modal untuk digerakkan
Impak/Kesan Pencemaran Alam Sekitar
a) Sekiranya sistem saliran air tidak diselenggara dengan baik dan proses kutipan sampah tidak berjalan seperti biasa , impak negatifnya, ia bakal mengundang masalah banjir serta wabak penyakit yang memberikan kesan buruk kepada tahap kesihatan masyarakat setempat
b) Sikap tidak bertanggungjawab berterusan dari pemain industri terutama tauke-tauke kilang yang memproses bahan kimia setiap hari ,membuang bahan toksik ke kawasan sungai di sekitarnya pasti akan memberikan kesan pencemaran terhadap udara dan air
Kita mengetahui bahasa isu yang berlaku di Pasir Gudang Johor seperti yang telah dipaparkan dalam berita telah menyebabkan penduduk sekitar mengalami masalah sesak nafas dan sungai menjadi beracun dan tidak selamat lagi untuk digunakan
c) Pencemaran berterusan di kawasan sekitar akan menyebabkan kehadiran haiwan perosak seperti tikur, lipas, nyamuk aedes yang akan menyumbang kepada wabak penyakit merbahaya
Cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar
Pelbagai cara boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah alam sekitar, berikut adalah usaha untuk membendung masalah ini dari terus berleluasa di sekitar kita
1. Peranan utama haruslah dimulakan oleh pihak Kerajaan dengan menguatkuasakan akta sedia ada untuk mencegah pencemaran alam sekitar dari menjadi semakin buruk. Sekiranya akta sudah sedia ada, namun tidak tegas dalam proses penguatkuasaan, ini akan memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab memandang remeh tentang akta ini
2. Usaha kempen perlu dipergiatkan oleh Kerajaan, terutamanya melalui agensi Kementerian Alam Sekitar. Ia perlu dimulai dari sekolah lagi dengan memberi kesedaran kepada pelajar di sekolah. Teladan dari pemimpin sendiri harus ditunjukkan dengan lebih jelas, supaya usaha ini menjadi ikutan masyarakat
3. Hari ini, kita telah didedahkan tentang pelbagai teknologi hijau yang membantu menghapuskan lambakan sampah sarap dengan berkesan. Usaha ini telah dilakukan oleh Kerajaan Negara Jepun dan hasilnya begitu memberangsangkan. Teknologi hijau ini bukan sahaja memberikan impak positif tetapi juga tidak memberikan kesan sampingan kepada insinerator
Masyarakat harus berganding bahu tidak kira apa jua pangkat anda, semua harus berperanan supaya usaha ini dapat dijayakan di semua peringkat.
Ini adalah video panduan buat adik-adik untuk memahami dengan lebih lanjut tentang bagaimana membina karangan untuk tajuk pencemaran alam sekitar.