BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Anggota Polis Perut Buncit Tidak Akan Dinaikkan Pangkat

ammar

anggota polis perut buncit tidak akan dinaikkan pangkat.jpg Anggota Polis Perut Buncit Tidak Akan Dinaikkan Pangkat

Kecoh di laman sosial mengenai syarat terbaru yang ditetapkan PDRM kepada anggotanya. Menurut sumber Harian Metro, anggota polis yang berperut buncit tidak akan dinaikkan pangkat.

Walaupun berita ini kedengaran agak kelakar, tetapi berita ini disahkan sendiri oleh portal berita terkenal iaitu Harian Metro.

Mari kita ikuti laporan penuh dari Harian Metro ini…

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Anggota polis berperut buncit dan mempunyai berat berlebihan diberi amaran mereka mungkin tidak akan dinaikkan pangkat jika gagal menurunkan berat badan.

Katanya, ia sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, syarat berkenaan juga perlu dalam memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015,” katanya yang dipetik Harian Metro.

ARTIKEL LAIN  P0lis Tah4n Pengasas "Buku Gula" Tak Sangka Umur Dia Pula Jadi Perhatian....
Prev Article
Next Article

One Response

  1. titan

    elok sangat la tu.

    kang susah plak nak kejar orang jahat kalau gemuk sangat pulak.

    January 7, 2016

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • aliff aziz dibebaskan
    Aliff Sudah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
    July 29, 2017 1
  • pembenci islam
    Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari …
    September 8, 2017 1
  • perutusan khas perdana menteri
    Sambung atau Tamat PKPB? Pakar Perjelas Kemungkinan …
    June 5, 2020 0
  • boy iman
    Hentikan Fitnah, Sebenarnya Dato’ Boy Iman Tidak …
    October 24, 2017 0
  • lim guan eng menteri kewangan malaysia
    Menteri Kewangan Seru Umno, PAS Bantu Henti …
    September 3, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)