BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ingat Watak ‘Din’ Dalam Filem KAMI Bersama Sudirman? Tak Sangka Ini Punca Dia Berhenti Berlakon

ammar

Siapa pernah menonton filem Kami yang dibintangi oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan dilakonkan bersama seorang watak budak lelaki yang diberi nama Din. Ianya sebuah filem cereka drama Malaysia yang telah dihasilkan pada tahun 1982 terbitan Indra Filem Productions & Districtions.

Untuk makluman anda watak budak lelaki yang bernama Din ini adalah dilakonkan oleh pemilik nama sebenar Zul Zamrin Zamanhuri yang kini bekerja sebagai orang penting dalam bidang IT di Malaysia.

Zul pernah memenangi Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dalam Pesta Filem Malaysia ke-3 di Kuala Lumpur pada ketika itu. Dari makluman beliau, beliau sebenarnya telah mendapat tawaran lakonan bersama Allahyarham Sudirman kerana tuahnya sebagai salah seorang peminat Sudirman.

Zul turut mengakui bahawa dia tidak lagi berminat untuk menyambung karier dalam bidang lakonan dan filem KAMI tersebut merupakan filem pertamanya dan yang terakhir.

1

Kata Zul “Saya sebenarnya hanya mengikut kata ibu yang mahukan saya berjaya dalam bidang akademik dan bukannya sebagai pelakon.

Walaubagaimanapun, peluang yang diberikan untuk berlakon bersama dengan Bintang Popular Sudirman itu adalah peluang seumur hidup yang saya tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini, kongsi beliau yang masih lagi menyimpan keratan akhbar yang menceritakan penglibatannya dalam filem itu.

Zul juga bergurau mengatakan, nama ‘Din’ nampaknya sudah melekat dalam hidupnya. Anaknya sendiri juga turut memanggilnya sebagai ‘Din’ apabila tiba masa mereka menonton filem tersebut.

2

Filem itu adalah sebuah karya yang hebat, dan kehebatannya bukan kerana saya tetapi impak yang dibawa oleh Allahyarham Sudirman. Sudirman menerajui filem itu sebagai watak utama dengan penuh cemerlang dan mendapat pujian ramai. Allahyarham turut mengajarnya berlakon ketika itu sebelum melakukan penggambaran.

ARTIKEL LAIN  Koleksi Gambar Majlis Perkahwinan Puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah

Zul masih mengingati kebaikan arwah yang mengajarnya ketika itu, pengalaman itu akan diingati sampai bila-bila.

Allahyarham Sudirman mula menempa nama pada tahun 1976 selepas dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1976. Beliau adalah satu-satunya di Malaysia yang memegang gelaran “Penghibur No.1 Asia” pada tahun 1989 sebelum hadirnya nama popular selepas itu seperti Siti Nurhaliza.

Beliau turut memegang gelaran “Penghibur Milik Masyarakat”, “Seniman Rakyat” dan “Elvis Malaysia”.

Sudirman merupakan anak kelahiran negeri Pahang yang dilahirkan pada tahun 1954 dan sejak awal lagi telah menunjukkan minatnya dalam bidang muzik pada usia muda. Sejak dari kecil, Sudirman adalah penghibur sejati dan bakatnya telah dikenali secara semulajadi. Beliau selalu menyanyi untuk keluarga dan jiran-jiran.

3

Tidak terhad dengan bidang nyanyian sahaja, beliau turut berbakat menggubah lagu, sebagai peguam, penulis, menjadi pengarang kepada buku “memoir dan kanak-kanak”, kartunis, pelakon dan usahawan.

Pada era kegemilangannya, ada sesetengah orang berpendapat Sudirman adalah seorang penyanyi yang ligat dan kelunakan suaranya sememangnya dikenali. Siapa yang mendengar suara tanpa melihat wajahnya pasti tahu , itu adalah suara Allahyarham Sudirman.

Sama-sama kita doakan kepada Allahyarham Sudirman semoga berada dalam kalangan para solihin dan juga kepada ‘Din’ atau Zul dalam filem KAMI semoga dapat meneruskan kerjayanya dan menjadi insan yang terus menyumbang kepada masyarakat.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • mat-salleh-kahwin indon
    Selepas 6 Bulan Tinggalkan Suami, Akhirnya Polly …
    June 22, 2019 0
  • wajah lelaki jadi rebutan wanita buli
    Patutlah… Inilah Rupa Sebenar Lelaki Yang Menjadi …
    July 31, 2017 0
  • india mabuk
    India Mabuk Langgar Peniaga Hingga Mati Diikat …
    June 22, 2019 0
  • doktor wanita
    Doktor Wanita Ini Cari Jodoh, Sanggup Jadi …
    October 14, 2016 3
  • Ibu Adam Rayqal
    Luahan Terkini Ibu Adam Rayqal Ini Buat …
    July 5, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)