BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Ramai Nasi Tambah. Bella Mengaku Aliff Bukan Kaki Pukul

ammar

Nampaknya krisis rumah tangga artis terkenal Aliff Aziz belum lagi reda buat masa sekarang. Nitizen semakin sibuk untuk mengetahui perkembangan terbaru mengenai hubungan pasangan suami isteri ini.

Tidak kurang juga ada ramai yang “nasi tambah” yang tiada kaitan dengan rumah tangga Aliff dan Bella mengutuk, mencaci, memaki dan mereka cerita yang tidak betul.

Inilah bahayanya apabila kisah rumah tangga menjadi viral. Maka ramailah yang hendak menjadi “malaikat penghukum”. Semakin banyak aib dibuka kononnya mahu membongkar kebenaran tetapi hakikat sebenarnya hanyalah fitnah semata-mata.

Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Biarpun dipukul dan ditinggalkan sendirian di bilik karaoke, Bella Astillah tidak berhasrat untuk berpisah dengan suaminya, Aliff Aziz kerana masih sayangkannya. Jelasnya, suaminya bukan seorang kaki pukul dan kejadian itu berlaku kerana pergelutan yang terjadi.

“Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami. Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam”

“Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya. Saya masih sayangkan Aliff,” jelasnya kepada m Star Online mengenai sikap suaminya yang dikatakan panas baran dan kaki pukul.

Tegas mempertahankan suaminya, Bella memberitahu bahawa pergolakan rumah tangganya pada ketika ini berlaku hanyalah kerana hadirnya orang ketiga yang ingin meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga mereka.

ARTIKEL LAIN  Kenyataan Rasmi Penipuan Status PhD Dr Azizan Osman
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 6
    Drama Sayangku Kapten Mukhriz Episod 6
    July 21, 2016 0
  • Pelajar-Korea-terlepas-hukuman-gantung
    Pelajar Korea Selatan Terlepas Hukuman Gantung Kerana …
    October 6, 2017 0
  • Izzue Islam terima tawaran permaisuri agong
    Izzue Islam Terima Tawaran Raja Permaisuri Agong, …
    November 8, 2019 0
  • hantu kebaya merah kena tangkap
    Hantu Kebaya Merah Akhirnya Kena Tangkap?
    April 2, 2018 1
  • gambar-pelakon-diari-ramadhan-rafique
    Wajah Terbaru Pelakon Drama Diari Ramadhan Rafique
    June 20, 2015 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)