BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Hantu Kebaya Merah Akhirnya Kena Tangkap?

ammar

Sejak minggu lepas lagi viral sebuah video yang menampakkan “hantu kebaya merah” dalam  rakaman dashcam kereta seseorang.

Hanya tidak sampai 24 jam video itu dimuatnaik di laman sosial, video tersebut mendapat jutaan tontonan dari Malaysia dan luar negara.

Pada mulanya seorang bernama Mohd Fazli Ismail mula memuatnaik video itu di akaun facebooknya dan kemudian dimuatnaik semula di Page terkenal Malaysia iaitu Denaihati Network.

Sehingga kini(semasa artikel ini ditulis) video itu telah mendapat 25 juta tontonan di laman facebook.

Nampaknya ramai masyarakat kita yang sukakan perkara yang mistik dan seram. Disebabkan video itu juga maka ramailah orang lain yang cuba untuk membuat video parodi berkenaan hantu kebaya merah.

Terbaru, sebuah produksi terkenal di Malaysia iaitu Thinker Studios memuatnaik sebuah video di akaun Youtube mereka dengan tajuk “[EKSKLUSIF] Footage Sebenar Hantu Kebaya Merah”.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 70 ribu tontonan di Youtube. Apa yang agak kelakar didalam video ini adalah bagaimana “hantu kebaya merah” ditangkap oleh pemandu dan penumpang kereta tersebut. Jom lihat video ini.

Sekali hantu kebaya merah jantan daa….

Sebenarnya video hantu kebaya merah yang tular beberapa hari lepas adalah parodi kepada video asal yang telah dirakam pada tahun 2014. Menurut sumber, video asal telah dirakam oleh sekumpulan pelajar kolej yang hendak pergi makan malam. Nauzubillah.

Amaran! Jangan tonton video ini jika anda lemah semangat. Admin tidak bertanggungjawab atas segala kemudaratan selepas tontonan video ini. MasyaAllah

ARTIKEL LAIN  Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa Kerana Membunuh
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    Semoga dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Terima kasih atas info

    April 2, 2018

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pengantin pistol
    Alamak…Sudah Jadi Kes Polis
    January 10, 2018 1
  • Gadis Cina
    Gadis Cina Lawan Arus Mengaku Tidak Bersalah …
    March 17, 2017 1
  • Kenyataan Rasmi Faizznur Isu Pecah Amanah Anak Yatim
    Kenyataan Rasmi Faizznur Isu Pecah Amanah Anak …
    October 24, 2016 1
  • orang kelantan
    Lelaki di Kelantan dan Terengganu Paling Pendek …
    February 27, 2019 0
  • Peminjam PTPTN
    Peminjam PTPTN Tidak Boleh Beli Kereta dan …
    October 14, 2016 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)