BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Polis Diarah Siasat Semula Kes Cabul di Maahad Tahfiz

ammar

Kes Cabul Datuk Kazim EliasPolis Diarah Siasat Semula Kes Cabul di Maahad Tahfiz

Kes cabul di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias menjadi topik hangat di media sosial beberapa bulan lepas. Selepas beberapa bulan kes itu dilihat sepi tanpa sebarang pendakwaan dibuat.

Ini ada berikutan pemilik sekolah tahfiz iaitu Datuk Mohammad Kazim Elias menafikan kes tersebut.

Terkini, Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Ipoh menyiasat semula kes pencabulan seksual di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias.

Hampir empat bulan selepas selesai siasatan penuh, Jabatan Peguam Negara memberitahu Malay Mail Online pihaknya sudah memberi arahan melalui Unit Pendakwaan Perak.

Tunggu Hasil Siasatan Untuk Buat Pendakwaan

Katanya jabatan itu sedang menunggu hasil siasatan lanjut sebelum memutuskan untuk membuat sebarang pendakwaan.

“Dimaklumkan bahawa jabatan ini sedang menunggu kertas siasatan tersebut untuk dirujuk ke ibu pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya setelah arahan untuk siasatan lanjut diberikan (melalui Pejabat Pendakwaan Negeri Perak),” kata jurucakap jabatan melalui emel semalam.

Difahamkan beberapa arahan juga sudah diberikan kepada jabatan pendakwaan negeri pada 9 Disember lalu.

Setakat ini Malay Mail Online belum menerima respons daripada polis Ipoh walaupun hampir tiga minggu arahan baru itu dikeluarkan.

ARTIKEL LAIN  Tak Sempat Naik Pentas Konvo Dah Kena Tangkap
Prev Article
Next Article

One Response

  1. Ira

    kes sebegini kena diberikan tindakan serius dan segera

    January 4, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Perkara Pelik Yang Berlaku Semasa Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru
    Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran …
    December 14, 2016 11
  • ceraikan isteri kerana gaduh
    Menantu Perempuan Gaduh Dengan Mak Mertua, Suami …
    October 4, 2017 2
  • gadis dipeluk
    Gadis Melayu Dipeluk, Dicium Penyanyi KPOP
    April 29, 2019 0
  • penyelamat
    Inilah Wira Sebenar Menyelamatkan Gadis Terjun Dari …
    April 19, 2018 0
  • roboh rumah
    Rumah Diroboh, Mana ADUN, YB Khairuddin? Penduduk …
    September 23, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)