BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Anwar Ibrahim Mula Naik Angin, Parlimen Tak Boleh Bersidang

ammar May 10, 2020

Sejak berlaku ancaman COVlD-19 di seluruh dunia banyak negara-negara mula menangguhkan beberapa aktiviti penting di dalam negara termasuk di Malaysia.

Malaysia adalah salah satu negara yang mula melakukan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dek ancaman COVlD-19.

Sudah pasti Sidang Dewan Rakyat di Malaysia juga memberikan kesan dan ianya sehingga kini ditangguhkan.

Disebalik apa yang berlaku ini, pihak pembangkang adalah yang paling terkesan dan tidak sabar untuk melakukan Sidang Dewan Rakyat.

Sidang Dewan Rakyat akan datang, kata Anwar Ibrahim, memang tidak wajar sama sekali dilangsungkan hanya sehari ketika pelbagai sektor ekonomi diberikan kelonggaran beroperasi.

Katanya, jika isu ancaman COVlD-19 menjadi kebimbangan sidang tersebut boleh dilakukan secara maya.

“Boleh buat, soalnya nak buat atau tidak”.

“Seperti saya sebut (sebelum ini), main golf boleh, kedai jud! boleh buka, banyak lagi kemudahan, macam-macam. Tapi Parlimen tak boleh bersidang,” kata presiden PKR itu dalam siaran langsung yang dipancarkan melalui Facebook.

Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 18 Mei ini. Ia adalah sidang pertama selepas Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan Umno, PAS dan BN.

Beliau kemudian dilantik menjadi perdana menteri.

Mereka kemudian membentuk kerajaan Perikatan Nasional – sebuah gabungan yang dinyatakan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, sebagai entiti tidak berdaftar.

Pengkritik mendakwa sidang itu dihadkan selama sehari saja kerana Muhyiddin bimbang ada usul tidak percaya dikemukakan terhadapnya.

Terdahulu Anwar ditanya mengenai kesesuaian sidang parlimen diadakan secara dalam talian seperti dilakukan Maldives, satu daripada negara terkecil di dunia pada 15 April lalu.

“Ini parlimen apa ini? Parlimen burung?”

Menurut Anwar di sebalik pelbagai cara boleh dilakukan untuk sidang itu berjalan kerajaan tetap mengekalkan keputusan mereka iaitu selama satu hari saja.”

Ada sidang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, kemudian tangguh, baca rang undang-undang kali pertama dan tutup. Soal jawab tak ada, perbahasan (tak ada).

“Ini parlimen apa ini? Parlimen burung? Maknanya… tak ada soal jawab. Alasan COVlD-19.

“Sebab itu kita bantah, kena ada sidang seperti biasa, penjarakan sosial mesti dihormati, beberapa langkah kesihatan mesti diwaspadai tetapi sidang mesti berjalan,” tegasnya.

Dr Mahathir juga terus desak Pakatan Harapan (PAKATAN) bersama sekutunya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan Sabah (Warisan) mendesak kerajaan untuk mengadakan sidang penuh Parlimen atau sekurang-kurangnya dua minggu.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata gesaan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberi kelonggaran dalam banyak sektor ekonomi mengikut tatacara operasi piawai (SOP) tertentu.

“Memandangkan Parlimen memutuskan SOP bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei dan membenarkan banyak aktiviti secara bersyarat, maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih dari sehari yang diumumkan.

“Persidangan lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu yang lebih mendalam serta membolehkan ahli-ahli jemaah menteri melaksana agenda legislatif kementerian masing-masing,” katanya.

“Oleh yang demikian, kami menggesa kerajaan untuk segera melaksana sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan ke sekurang-kurangnya dua minggu.

“Kenyataan tersebut dikeluarkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bersatu tidak lagi bersama PAKATAN susulan krisis politik pada Februari lalu yang menyaksikan sebahagian besar ahli-ahli parlimen parti menyertai kerajaan Perikatan Nasional.

Beberapa hari lalu, PAKATAN mendesak sidang Dewan Rakyat diadakan sekurang-kurangnya dua minggu.

Bagaimanapun baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan sidang itu wajar dikekalkan sehari.

Katanya, ia mengambil kira pendirian kerajaan bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai masih belum sesuai ketika ini dalam usaha mengawal risiko jangkitan COVlD-19.

Sudah pasti perkara itu memberikan reaksi yang kurang senang buat blok pembangkang yang majoritinya mahu sidang penuh Parlimen.

Namun, persoalan sekarang ini adakah sidang Parlimen betul-betul terjadi pada 18 Mei 2020 ini dalam keadaan Malaysia yang masih di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)?

Apa-apa pun sama-samalah kita menunggu masa yang akan datang apa yang bakal terjadi. Adakah sidang penuh Parlimen atau sehari sahaja atau mungkin tiada sidang Parlimen 18 Mei 2020 ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • TMJ Dedah Bukti Penyelewengan
    TMJ Dedah Bukti Penyelewengan Tan Sri Ketika …
    January 12, 2017 0
  • rumah bersih dan kemas
    “Tak Kaya Tak Apa, Janji Bersih & …
    July 1, 2020 0
  • gambar vivy yusof guna pampers sebagai pinggan.png
    Vivy Yusof Dikecam Makan Guna Pampers Ganti …
    December 15, 2015 0
  • Perkara Pelik Yang Berlaku Semasa Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru
    Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran …
    December 14, 2016 11
  • Kenyataan Rasmi Faizznur Isu Pecah Amanah Anak Yatim
    Kenyataan Rasmi Faizznur Isu Pecah Amanah Anak …
    October 24, 2016 1



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)