Ini adalah maklumat terkini mengenai bagaimana cara isi e filing LHDN untuk pengguna kali pertama secara online melalui Portal Rasmi LHDN.
Individu atau organisasi yang menjadi warganegara Malaysia perlu melunaskan cukai pendapatan setiap tahun sekiranya layak. Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan kepada individu atau organisasi setiap tahun yang memperoleh hasil pendapatan seperti
1. Keuntungan perniagaan/Laba
2. Keuntungan penggajian
3. Hasil dividen,faedah atau diskaun
4. Hasil sewa, royalti
5. Pendapatan pencen, anuiti atau bayaran berkala dan lain-lain
6. Mana-mana keuntungan yang diperolehi yang tidak termasuk senarai di atas.
Siapakah yang termasuk dalam senarai yang dikenakan cukai?
Seorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan yang melebihi nilai ambang yang ditetapkan perlu membayar cukai dengan mendaftar dalam fail cukai pendapatan LHDN.
Contohnya mereka yang layak untuk membayar cukai adalah seperti berikut:
- Pendapatan gaji bulanan melebih RM2,833.33 atau melebihi RM34,000 setahun bagi individu yang bekerja makan gaji
- Sekiranya anda bekerja sendiri atau seorang freelancer, pendapatan anda adalah melebihi RM34,000 setahun
Seseorang individu yang dikenakan cukai itu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya dimana ianya mempunyai skop pengenaan cukai yang berbeza.
Cukai berperanan dalam usaha pembangunan negara, dimana kerajaan boleh menyalurkan semula hasil cukai ini dalam bentuk pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Mereka yang membayar cukai dengan konsisten adalah sangat baik menurut pandangan bank untuk memberi peluang pinjaman kewangan.
Pengenalan e-Filing
Sebelum ini, urusan untuk menyelesaikan bayaran cukai adalah lebih rumit kerana anda perlu bersusah payah pergi ke kaunter LHDN , perlu beratur dan ambil nombor. Ianya mungkin akan menganggu masa anda bekerja sekiranya bekerja makan gaji.
Namun kini, LHDN telah memudahkan urusan anda dengan hanya mengisi e-Filing melalui Portal LHDN. Ianya adalah kaedah yang terkini untuk anda menghantar borang penyataan cukai pendapatan. Urusan percukaian anda lebih mudah, ringkas dan selamat.
Cara Isi e filing 2023 Untuk Daftar Kali Pertama Online
Berikut dikongsikan kepada anda bagaimana untuk mengisi e-Filing buat kali pertama hanya secara online:
Makluman Penting:
- Pastikan anda adalah salah seorang pembayar cukai yang berdaftar untuk mendapatkan atau menyemak No. Pin
- Jika anda belum mendaftarkan diri sebagai pembayar cukai, sila hadir ke cawangan LHDN yang berhampiran anda
- Sila bawa salinan kad pengenalan serta penyata pendapatan atau slip gaji terkini
1. Sekiranya adalah pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar dengan sistem ezHasil
2. Selepas mendapatkan no pin sila ikuti langkah-langkah berikut:
a) Pada skrin log masuk, sila klik pautan Login Kali Pertama. Skrin langkah 1 bagi Login Kali Pertama akan dipaparkan
b) Kemudian masukkan No. PIN dan No. Rujukan No Kad Pengenalan dan klik Hantar. Sistem ezHasil akan memaparkan skrin Langkah 2 bagi Login Kali Pertama seperti yang ditunjukkan dibawah:
c) Sila isi maklumat yang diminta kemudian klik butang setuju. Sistem ezHasil akan memaparkan Langkah 3 seperti contoh dibawah:
d) Klik butang Hantar untuk teruskan anda Login Kali Pertama dan anda akan menerima mesej paparan
Sijil Digital Individu anda telah berjaya. Sila klik disini untuk log masuk
Tahniah anda telah berjaya untuk Login Kali Pertama.
Cara Isi e Filing 2023 Online
Tiba sahaja bulan Mac, maka sampailah masa individu atau organisasi yang layak untuk mengemaskini percukaian anda. Jadikanlah aktiviti ini sebagai satu sumbangan anda kepada negara Malaysia.
Anda perlu mengemukakan pendapatan yang dicukaikan bagi mengelakkan masalah lain yang datang di kemudian hari.
Berikut dikongsikan kepada anda bagaimana untuk mengisi e-Filling secara online:
1. Langkah pertama adalah layari Portal ezHasil pada pautan ini https://ez.hasil.gov.my
2. Kemudian masukkan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang betul kemudian klik Hantar
Anda akan melihat paparan skrin perkhidmatan apabila telah berjaya login ke sistem ezHasil seperti dibawah:
3. Klik pada pautan e-Borang dibawah menu e-Filing. Kemudian sistem ezHasil akan memaparkan kepada anda seperti gambar dibawah:
4. Pada paparan skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan dengan anda
5. Skrin borang e-BE akan ditunjukkan. Maklumat borand akan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu
a) Maklumat individu
b) Pendapatan berkanun, jumlah pendapatan dan pendapatan tahun kebelakangan yang belum dilaporkan
c) Pelepasan/Rebat/Tolakan cukai/Pelepasan cukai
d) Bahagian rumusan
6. Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori yang wajib diisi. Maklumat yang telah anda isi akan disimpan apabila pengguna klik pada ‘tab’ yang seterusnya.
- Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai Borang BE
- Klik pautan English untuk Borang BE dalam versi English
7. Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat mengenai penggajian akan dipaparkan kepada anda. Anda boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.
8. Pada skrin pelepasan/Rebat/Tolakan Cukai/Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus yang anda gunakan digerakkan pada simbol bulat berwarna merah.
9. Semasa anda tiba di paparan Rumusan, rumusan cukai akan ditunjukkan samada pengguna mempunyai ‘Lebihan Bayaran atau ‘Baki Cukai Kena Bayar’. Anda juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti ‘Jumlah Pendapatan’. Kemudian tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.
10. Pada skrin ‘Akuan’, anda mempunyai 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:
a) Cetak Draf Borang- Buat cerakan draf borang dalam bentuk .PDF
b) Tandatangan & Hantar– Untuk menghantar e-Borang
c) Kembali– Untuk anda kembeli ke skrin sebelumnya
11. Sila tekan butang ‘Tandatangan & Hantar’ untuk menghantar e-Borang.
12. Selepas anda klik butang ‘Tandatangan & Hantar’, skrin tandatangana akan dipaparkan. Sila masukkan No. Kad Pengenalan serta kata laluan yang betul untuk menghantar borang yang telah anda isi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan mesti tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
13. Anda akan melihat skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX seperti gambar di atas akan dipaparkan. Ada 3 butang pada ini iaitu:
a) Butang Simpan & Cetak Pengesahan– Untuk anda menyimpan dan mencetak slip pengesahan penerimaan borang.
b) Butang Simpan & Cetak e-BE– Untuk menyimpan dan mencetak salinan e-Borang
c) Butang Keluar– Untuk keluar dari e-Borang
Diharapkan perkongsian cara isi e filing ini dapat membantu anda untuk menyelesaikan urusan percukaian anda kerana laman ini telah kongsikan panduan kepada anda dengan lengkap. Semoga bermanfaat!