BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ Secara Online

ammar June 7, 2017

Cara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ Secara OnlineCara Semak Saman Traffik PDRM dan JPJ Secara Online

Mari semak saman traffik PDRM dan JPJ secara online sekarang! Berita baik buat rakyat Malaysi! Kini anda boleh menyemak saman traffik yang dikeluarkan oleh Polis(PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) secara online.

Anda tidak lagi perlu menunggu surat saman diposkan ke alamat rumah anda. Dengan sistem ini anda boleh mengetahui jumlah saman yang adan terima secara terus melalui online.

Ada beberapa cara untuk semak saman PDRM dan JPJ antaranya adalah melalui online(laman web) dan secara SMS. Di bawah ini kami akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah untuk menyemak saman anda. Baca artikel penuh….

Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui Sistem Rilek e-services

1.Masuk ke laman web: https://www.rilek.com.my/register dan daftar sebagai pengguna yang baru(jika masih belum ada akaun).

2.Setelah berjaya mendaftar sila login akaun anda dan akan muncul seperti gambar dibawah.polis

3. Klik pada logo PDRM dan semak saman anda seperti gambar di bawah(masukkan maklumat yang diminta).

semak saman

4. Jika tiada saman akan muncul perkataan seperti “Congratulations good citizen! You have no summons.”. Jika anda mempunyai saman akan muncul seperti gambar di bawah ini:

Senarai saman kereta

Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Melalui MyEG

1. Langkah pertama masuk ke laman web http://www.myeg.om.my

2. Sila daftar sebagai pengguna baru jika anda belum mempunyai akaun MyEG

3. Selepas pendaftaran selesai, anda bolehlah login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.

4. Selepas itu pilih semakan saman yang anda ingin lihat.

5. Anda boleh terus membuat bayaran mana yang ingin anda lakukan SECARA ONLINE.

Semak Saman JPJ Melalaui Laman Web

Semakan saman melalui laman web ini disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) khas untuk saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja. Anda tidak boleh menyemak saman seperti PDRM dan polis trafik.

ARTIKEL LAIN  Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online (Pemegang Ijazah Kelas Pertama)

Cara membuat semakan melalui portal JPJ adalah seperti berikut:

1.Masuk ke laman web: http://www.jpj.gov.my/pertanyaan-saman-notis

2.Pilih melalui menu yang diberikan sama ada semak NO ID sahaja ataupun No ID dan No kad Pengenalan sekali.

3.Selepas itu, akan keluar paparan pilihan. Jika anda rakyat Malaysia, pilih Mykad atupun pilih pilihan lain yang berkenaan dengan anda.

4.Selepas itu masukkan captcha (kod keselamatan)

5.Dan Klik Semak.

6.Paparan semakan adalah seperti gambar di bawah:

semak saman jpj

Maklumat tambahan: Semakan saman melalui laman web JPJ ini tidak memerlukan anda mendaftar sebagai pengguna baharu. Anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor kenderaan sahaja. Ini memudahkan anda untuk menyemak saman anda dengan cepat.

Tetapi apa yang kurang adalah anda tidak dapat menyemak saman lain seperti saman PDRM mahupun saman PBT. Hanya boleh menyemak saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.

Semak Saman Polis  Melalui SMS

Selain melalui online, anda  juga boleh menggunakan  sistem pesanan ringkas (SMS).Cara semakan melalui SMS adalah seperti berikut:
    • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]pada telefon anda dan hantar SMS ke 15888atau 32728.
    • Di bawah ini ditunjukkan infografik cara semakan saman trafik, JPJ dan PDRM secara sistem pesanan ringkas.
semak saman sms
panduan semakan secara SMS
  • Contoh POLIS SAMAN 891020103453 atau  POLIS SAMAN JHT4231

Sila jelaskan saman anda segera bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul dikemudian hari. Jelaskan saman tanpa nama anda “diblacklist” oleh pihak berkuasa.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • Buffet Ramadhan Murah
    Buffet Ramadhan Murah Harga Bawah RM50 di …
    May 31, 2018 0
  • gaya pemanduan dedah identiti anda.jpg
    Gaya Pemanduan Ini Dedah Identiti Anda
    November 15, 2015 6
  • Kisah Sedih Kematian Kartun Shin Chan
    Kisah Sedih Kematian Kartun “Shin Chan” Ini …
    November 17, 2017 0
  • NEW RELA
    Semakan Keahlian RELA,Permohonan RELA Serta Gaji
    November 25, 2022 0
  • Semak Keputusan SPM 2020
    Bermula 10 Pagi 10.6.2021 Ini Cara Semak …
    June 10, 2021 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)