BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Buffet Ramadhan Murah Harga Bawah RM50 di Ibis Styles Hotel KL

ammar

Buffet Ramadhan Murah. Bulan Ramadhan kini kembali untuk tahun 2018. Ketibaan bulan yang mulia ini disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia secara amnya dan umat Islam di Malaysia secara khususnya.

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Pada bulan ini kita sama-sama berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama.

Bagi mereka yang kesibukan dengan kerja buffet ramadhan adalah pilihan terbaik untuk anda bersama-sama berbuka puasa dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Memandangkan keadaan ekonomi di Malaysia sekarang ini agak membimbangkan maka sudah pasti ramai antara kita yang mencari buffet ramadhan yang murah dan berbaloi. Kali ini kami ingin memperkenalkan satu buffet ramadhan yang murah di sekitar Kuala Lumpur.Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur

Dengan hanya RM50 anda boleh merasai juadah buffet ramadhan di Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur. Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park menawarkan buffet ramadhan citarasa tempatan dengan harga mampu dan berbaloi.mee goreng mamaknasi briyani

Anda perlu membayar RM50 seorang(dewasa) dan RM25 seorang(kanak-kanak) dan boleh menikmati pelbagai juadah berbuka puasa antaranya adalah mee goreng mamak, nasi briyani, nasi hujan panas, ayam goreng berempah, satay ayam, satay daging, ikan tiga rasa, soto dan banyak lagi makanan lain.satay ayam dan satay dagingkuih muih melayu

Selain itu anda juga dihidangkan dengan kuih muih tempatan antaranya adalah ondei-ondei, kuih ketayap, kuih keria, kuih bengka dan banyak lagi. Selain itu ada juga pelbagai jenis roti.

Bagi sesiapa yang sukakan ulam-ulaman anda juga boleh dapatkan di buffet ramadhan ini. Pelbagai jenis ulam-ulaman yang disediakan.ulam ulaman

Dan yang paling menarik adalah bagi penggemar daging kambing, di Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur ini juga menyediakan kambing panggang dengan dua pilihan sos. Jarang sekali buffet ramadhan dengan harga RM50 anda dihidangkan dengan kambing panggang. Ini adalah buffet ramadhan yang sangat berbaloi untuk anda cuba.daging kambing panggang

ARTIKEL LAIN  Apa Itu Maksud Netizen

Selain itu ada juga kerepok lekor goreng dan pisang goreng panas sebagai pencuci mulut anda. Sungguh menyelerakan!pisang goreng panas

Jika anda mahu berbuka puasa dengan suasana hotel yang tenang, buffet ramadhan ini adalah pilihan terbaik dan berbaloi yang anda perlu cuba. Di Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur adalah antara buffet ramadhan murah di sekitar KL.

Cara Membuat Tempahan Buffet Ramadhan Murah Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi +603 9232 8688 (sambungan 5506).

Alamat:
Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park
Kompleks Metro Pudu (Metro Mall),
1, Jalan Metro Pudu 2, Taman Perniagaan Fraser,
55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Butiran Buffet Ramadhan:
Tarikh: 28 Mei – 8 Jun 2018
Hari: Isnin – Jumaat sahaja
Masa: 6.30PM – 10.30PM
Tempat: Tingkat 4, Restoran Ibis sTreats
Harga: RM50nett setiap orang dewasa (RM25nett untuk kanak-kanak 6-12 tahun)
Diskaun:
Diskaun RM20 setiap tempahan menggunakan Maybank QRPay
Diskaun 20% untuk Pemegang Kad Kredit Citibank

Stesen LRT Chan Sow Lin adalah pengangkutan awam yang terdekat dengan hotel ini. Selain itu parking lot dan surau disediakan di Ibis Styles Hotel Kuala Lumpur.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pjawtam1 1582725366
    Jadual Gaji Guru DG29,DG44 Hingga DG54 Termasuk …
    November 25, 2022 0
  • Tarikh Duit Brim 2017
    Tarikh Duit Brim 2017 Dapat dan Masuk …
    February 12, 2017 11
  • pure white background 85a2a7fd 11
    Cara Isi e Filing LHDN 2022/2023 Kali …
    November 28, 2022 0
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017
    Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya …
    June 21, 2017 1
  • kenapa-polis-tidak-pakai-tali-pinggang-keledar
    Kenapa Polis Peronda Dikecualikan Memakai Tali Pinggang …
    August 11, 2015 5

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)