Tarikh Duit Brim 2017 Dapat dan Masuk Akaun Penerima
Tarikh Duit Brim 2017. Bilakah duit brim 2017 dapat dan masuk akaun? Itulah salah satu persoalan yang terlintas pada rakyat Malaysia yang layak mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) 2017.
Dalam artikel ini kami akan menjelaskan secara terperinci mengenai tarikh dan peringkat pembayaran duit BR1M 2017 mengikut kelompok dan kumpulan yang layak menerima duit brim ini.
Secara umumnya terdapat 3 kategori penerima BR1M 2017 iaitu:
- Kategori Isi Rumah (1) / E-Kasih – Pendapatan bulanan 3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
- Kategori Isi Rumah (2) – Pendapatan bulanan 3,001 hingga 4,000 (termasuk warga emas)
- Kategori Individu Bujang 21 Tahun Ke Atas
Menerusi laman facebook rasmi Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengumumkan tarikh pengagihan BR1M 2017 akan bermula 18 Februari 2017 ini. Kenyataan itu menjawab semua persoalan yang bermain difikiran rakyat Malaysia yang layak menerima BR1M pada tahun ini.
TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BR1M 2017
Bagi setiap pemohonan yang telah diluluskan/berjaya akan mendapat manfaat nilai atau jumlah bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2017 adalah seperti jadual di bawah:
Pengkreditan Duit BR1M 2017 Dan Info Tambahan
Duit BR1M 2017 Masuk Dalam Akaun Penerima– Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini. Kecepatan pengkreditan duit BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima.
Duit BR1M 2017 Dalam Bentuk Baucar– Sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat/mengemaskini permohonan akan menerima BR1M dalam bentuk baucar yang akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau senarai bank lain yang terlibat dengan pembayaran BR1M. Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat dapat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank.
Duit tidak masuk walaupun status BR1M adalah lulus?
Jangan risau, jika masalah ini berlaku sila hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke [email protected]
sabree hussin
Oh tak lama lagi dah tu kalau masuk 18hb ni.
ira
thanks for sharing
nur
Hi dkt saya punya status lulus dan bertulis kelompok 1. Bila boleh semak untuk yang masih DALAM PROSES? Yang ni kelompok 2 ke macam mana?
Siti Noorhafizan
Susahnys nak daoat duit brim ye.,benda macam ni pun orang nak buat main-main.Bermula bulan lepas dah mula tersebar meluas difacebook wassap dan sebagainya mengatakan brim keluar awal berkemungkinan sebelum raya cina.Rupa-rupanya benda ni hanya viral atau propaganda yang membuat ramai orang jadi mengharap dan amat menyusahkan.Bayangkan dari cerita brim dah keluar ada yang sudah 2,3,,4,5 mungkin lebih 10 kali keluar masuk bank.Bagi golongan berada yang tiada masalah kewangan tidak mengapa,tai bagi golongan berpendapatan rendah hal ini adalah sesuatu yang amat senssitif.Wang brim ini walaupun tak sberapa bagi sesetengah orang tapi amat bermakna buat golongan yang memerlukan.Tolong lah agar lain kali duit brim dah masuk akaun penerima baru diwar-warkan.mula-mula sebelum raya cina lepas tu 17hb2 tak keluar juga.lepas tu 18hb 2 pun tak ada juga,lepas ni 21hb pula mungkin 22,23,24 dampai 28hb 2 kalau tak ada juga alamatnya bulan depan tak pun tahun depan huh hampeh betoi le betul-betul menyusahkan.Apa inikah namanya fitnah akhir zaman dah tiada berita yang boleh dipercayai.Jika ada 10 berita mungkn hanya satu yang agak boleh dipercayai hu hu
ashlan
semoga Allah merahmati kita semua..sabar ye kak..
Mohamad bin bolhassan
Boleh info saya bila wang dah dkraditkan antar kat email saya [email protected]
siti aisyah mohd nor
Sy nk thu brim nama suami sy n dia bf no akuan sy..so duit tu akn msuk dlm akuan sy ke tgu surat..tlg bls di emel sy [email protected]
Ejoy
Nk tanya saya kategori bujang status saya dalam proses wlpon da march …adakah ada klompok 2 tuk kategori bujang sila email [email protected]
winneazhar
Saya nak tahu brim fasa 3 bila masuk akuan my bank.. Saya check online tak boleh.. Saya email pun tak reply.. Tolong beri kerjasama.. Jnji 16 ogos.. Sekarang da 17 haribulan!!!
Stella
Brim untuk rayuan punya bila dapat??
Mohd Amirul
Brim 2017 vaucer msih blh tuntut lg x