BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 Telah Diumumkan, Siap Ada Extra RM100 Lagi

ammar

Mungkin ramai yang sudah tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 untuk fasa ke-3. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda tarikh yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Melihat info dari laman web rasmi Bantuan Sara Hidup(BSH) iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri, pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Pembayaran itu akan dilakukan bersama dengan bayaran FASA 3 Bantuan Sara Hidup 2020 yang bermula pada bulan Julai nanti.

Bagi makluman anda semua, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional adalah 2 perkara yang berbeza. Sekiranya anda dapat BSH dan BPN maka jangan keliru dengan tarikh diantara kedua bantuan tersebut.

Tarikh Pembayaran FASA 3

Seperti yang kami katakan pada awal tadi bahawa tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) fasa 3 adalah pada bulan Julai 2020.

Namun, tiada lagi pengesahan daripada pihak berwajib, berapa hari bulan duit tersebut akan mula dibayar, sama ada diawal bulan, atau pertengahan atau mungkin akhir bulan.

Kami akan membuat kemaskini terbaru sekiranya tarikh rasmi telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada bila-bila masa.

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai Kementerian Kewangan, LHDN dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menjalankan tugas membantu rakyat dengan penuh dedikasi.

“Sehingga 17 Mei lalu, bagi fasa pertama, seramai 7.84 juta penerima sudah menerima bayaran sebanyak RM5.54 bilion.

“Bayaran yang sudah selesai ini termasuklah untuk penerima yang tiada akaun bank atau gagal kredit.

“Kadar pencapaian fasa pertama masih pada tahap 96 peratus, seperti minggu lalu,” katanya.

ARTIKEL LAIN  (9 Gambar) Pemandu Bas Mahligai Yang Dinaiki Mira Filzah dan Aliff Aziz Maut Kemalangan

Menurutnya, bagi fasa kedua pula, seramai 7.61 juta penerima BPN sudah menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion.

“Ini mewakili pencapaian 93 peratus daripada peruntukan untuk fasa kedua. Sasaran sebelum ini adalah untuk menyempurnakan bayaran pada hujung minggu lalu namun disebabkan beberapa kekangan teknikal, usaha menyalurkan pembayaran akan berterusan sehingga 22 Mei.

Adakah anda tergolong dalam kalangan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) ini? Jika ya, bulan Julai 2020 nanti adalah bulan yang ditunggu-tunggu.

Jangan lupa untuk memberikan perhatian mengenai isu-isu semasa supaya anda tidak terlepas dengan info penting mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) ini.

Kepada penerima BSH 2020 kami ucapkan tahniah kepada anda. Kepada yang tidak mendapat BSH 2020 jangan risau, anda mungkin ada rezeki lain yang tidak disangka-sangka.

Semoga kita rakyat Malaysia dipermudahkan segala urusan menghadapi dunia ekonomi yang penuh mencabar ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pilot masuk islam pesawat
    Subhanallah… Pilot Bawa Jɛnazah Ulama’ Masuk Islam …
    October 27, 2020 0
  • air ikat tepi
    30 Sen Tu Takde Nilai Pun Kata …
    July 21, 2017 0
  • wajah lelaki jadi rebutan wanita buli
    Patutlah… Inilah Rupa Sebenar Lelaki Yang Menjadi …
    July 31, 2017 0
  • kes bunuh
    Dua Anggota TLDM Meninggal Dunia Serentak Angkara …
    October 1, 2017 0
  • Tempat Pelancongan Menarik
    Tempat Pelancongan Menarik di Sarawak Yang Perlu …
    August 4, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)