BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Lelaki Hina Nabi ke Penjara Sungai Buloh Kerana Gagal Bayar Ikat Jamin

ammar

Seorang warga emas bernama Wai Foo Sing, 68, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas dua tuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah di Facebook (FB), 17 Februari lalu.

Dalam prosiding di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy, Wai yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas tuduhan terhadapnya dibacakan.

Bagi tuduhan pertama, Wai didakwa memuat naik karikatur yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda melalui aplikasi FB miliknya, jam 5 petang, 17 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan ia bukan kesalahan boleh dijamin.

Bagaimanapun, beliau memohon tertuduh dikenakan jaminan RM30,000 jika mahkamah membenarkan ikat jamin.

“Kesalahan dilakukan tertuduh serius. Jaminan ditawarkan tidak melampau kerana mengambil kira perbuatan dilakukan. Kes ini juga mendapat perhatian masyarakat kerana membabitkan agama dan Nabi Muhammad.

“Sekiranya jumlah jaminan ditetapkan dalam kadar rendah, bimbang boleh memberi persepsi negatif kepada orang awam terhadap sistem kehakiman. Ia jaminan munasabah bagi menjamin kehadiran tertuduh untuk perbicaraan,” katanya.

Dalam pada itu, Wai yang tidak diwakili peguam pada mulanya memohon dikenakan jaminan rendah atas alasan tidak bekerja dan menghidap diabetes.

ARTIKEL LAIN  Muhyiddin Akan Berdepan "Masalah Yang Sangat Besar", kata Tun M

Difahamkan, Wai mengalami masalah kerap membuang air kecil dan dilihat membawa beg berisi baju dan botol air.

Edwin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan dan menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.

Bagaimanapun, difahamkan, sehingga kaunter mahkamah ditutup, Wai gagal membayar wang ikat jamin menyebabkan terpaksa ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Akhir-akhir ini banyak kes penghinaan agama dilakukan di media sosial. Diharap pihak berkuasa khususnya di Malaysia dapat memantau dan memberikan hukuman yang setimpal dengan penghina agama.

Hina agama bukan sesuatu yang remeh malah ianya harus diberikan hukuman yang berat kepada pesalah.

Ekoran daripada kes Wai Foo Sing yang dituduh menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah di Facebook (FB), beberapa NGO di Malaysia mula menyatakan bantahan dan mengadakan himpunan aman bagi menuntut supaya pihak polis menyiasat dengan lebih teliti perkara tersebut.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Nik Abduh Tegur Iklan Datuk Aliff Syukri 1
    Selepas Ditegur Ini Respon Aliff Syukri Kepada …
    January 18, 2017 0
  • lim guan eng menteri kewangan malaysia
    Menteri Kewangan Seru Umno, PAS Bantu Henti …
    September 3, 2019 0
  • Luahan Janda, Sudah Ditinggal Suami Baru Pandai Melawa
    Luahan Janda: Masa Ada Suami Macam Mayat …
    August 23, 2016 0
  • kanak-kanak 12 tahun
    Kanak-kanak 12 Tahun Ini Ditinggalkan di KLIA2 …
    January 1, 2018 1
  • punca2520sebenar2520mat2520salleh2520mengamuk2520pecah2520cermin2520kereta
    Punca Sebenar Mat Salleh Mengamuk Pecah Cermin …
    October 28, 2015 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)