BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Memohon Tanah Di Terengganu Secara Online, Rakyat Terengganu Tiada Tanah Layak Memohon

ammar

Berita baik buat rakyat Terengganu yang belum memiliki tanah di Terengganu. Menerusi inisiatif terbaru dari Kerajaan Negeri Terengganu, mereka mengumumkan akan memberikan tanah kepada rakyat Terengganu yang belum memiliki tanah.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah mengumumkan tawaran sebanyak 5,900 lot tanah kosong untuk diagihkan kepada rakyat Terengganu yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk melayakkan mereka memohon tanah ini adalah:

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Rakyat Negeri Terengganu
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Berkahwin
  • Pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah
  • Berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
  • Pemohon/pasangan belum memiliki tanah
  • Pemohon/pasangan belum memiliki rumah mampu milik/rumah mesra rakyat/rumah kos rendah
  • Pemohon/pasangan hanya layak memohon satu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sahaja
  • Pemohon/pasangan belum menerima tanah pemberian kerajaan
  • Permohonan daripada e-kasih layak menerima premium nominal

Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG) telah membuka pendaftaran online bermula 2 Ogos ini kepada rakyat Terengganu yang berusia 21 tahun ke atas untuk memohon tanah di negeri ini.

Rakyat yang berkelayakkan memohon  dan memenuhi 10 syarat yang telah ditetapkan akan diproses untuk tindakan seterusnya.

Pemohon yang layak dan memenuhi syarat-syarat di atas boleh memohon permohonan tanah ini di pautan yang disediakan di bawah:

LINK: https://tanahrtb.terengganu.gov.my/

Langkah Pertama: Setelah masuk ke link yang disediakan di atas anda perlu klik pada “daftar sekarang” dan paparan seperti di bawah akan muncul. Anda perlu melengkapkan maklumat yang diminta. Setelah selesai klik daftar dan masuk balik ke halaman utama dan login dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan seperti yang didaftarkan tadi.1

ARTIKEL LAIN  TARIKH RASMI DIVIDEN DAN BONUS ASB 2015

Langkah Kedua: Lengkapkan maklumat yang diminta seperti maklumat peribadi, alamat, pekerjaan, pasangan, tanggungan permohonan dan yang terakhir sekali pengakuan.permohonan tanah terengganu

Langkah Ketiga: Pada ruangan “permohonan” anda boleh memilih tapak RTB(Rancangan Tanah Berkelompok) yang disenaraikan.permohonan tanah terengganu 2022 2023

Langkah Keempat: Langkah terakhir sekali adalah mengenai pengakuan. Anda perlu “tick” pada “Saya mengaku bahawa segala keterangan dan kenyataan yang diberi adalah benar dan sekiranya kenyataan yang diberikan itu tidak benar, PENTADBIR TANAH Daerah berhak menolak permohonan ini”. Seterusnya tekan butang “Hantarkan Permohonan“. Kini permohonan online anda selesai. Tunggu jawapan dari kerajaan samaada layak atau tidak permohonan anda. Semoga berjaya!3

Berikut adalah antara lokasi tanah kosong yang akan diberikan kepada rakyat Terengganu yang layak. Untuk melihat lokasi penuh tanah sila buat permohonan sekarang.tanah

Makluman! Tempoh permohonan dibuka adalah bermula 02 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Jadi, anda perlu membuat permohonan segera sebelum tarikh ini tamat.

Prev Article
Next Article

3 Comments

  1. Anuar

    Beruntungnya jadi rakyat Terengganu…. Tahniah!!

    August 9, 2017
  2. Nooriati Nasir

    saya baru lihat iklan yang dipaparkan, bagaimana untuk saya di berikan peluang untuk memohon tanah yang di tawarkan … terima kasih kerana maklumat yang akan di maklumkan kelaka

    November 7, 2017
  3. Kimi

    Macam mana nak mohon tanah berkelompok di Terengganu

    December 22, 2022

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • m10 perlembagaan BHfield image listing featured 1
    Contoh Karangan Cara Mengekalkan Keamanan Negara dan …
    December 28, 2022 0
  • foto2520asmirandah2520bertudung
    Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami …
    October 24, 2015 12
  • Tarikh Keputeraan Sultan Perak
    Kenapa Tarikh Keputeraan Sultan Perak Berubah Setiap …
    November 4, 2016 0
  • cara buat pomade sendiri di rumah
    Senangnya Buat Pomade, Video Ini Tunjukkan Cara …
    November 16, 2017 0
  • SYARAT DAN PROSEDUR SKIM PINJAMAN TEKUN NASIONAL
    Syarat dan Prosedur Skim Pinjaman TEKUN Nasional …
    April 2, 2014 107

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)