Berita baik buat rakyat Terengganu yang belum memiliki tanah di Terengganu. Menerusi inisiatif terbaru dari Kerajaan Negeri Terengganu, mereka mengumumkan akan memberikan tanah kepada rakyat Terengganu yang belum memiliki tanah.
Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah mengumumkan tawaran sebanyak 5,900 lot tanah kosong untuk diagihkan kepada rakyat Terengganu yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk melayakkan mereka memohon tanah ini adalah:
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Rakyat Negeri Terengganu
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Berkahwin
- Pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah
- Berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
- Pemohon/pasangan belum memiliki tanah
- Pemohon/pasangan belum memiliki rumah mampu milik/rumah mesra rakyat/rumah kos rendah
- Pemohon/pasangan hanya layak memohon satu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sahaja
- Pemohon/pasangan belum menerima tanah pemberian kerajaan
- Permohonan daripada e-kasih layak menerima premium nominal
Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG) telah membuka pendaftaran online bermula 2 Ogos ini kepada rakyat Terengganu yang berusia 21 tahun ke atas untuk memohon tanah di negeri ini.
Rakyat yang berkelayakkan memohon dan memenuhi 10 syarat yang telah ditetapkan akan diproses untuk tindakan seterusnya.
Pemohon yang layak dan memenuhi syarat-syarat di atas boleh memohon permohonan tanah ini di pautan yang disediakan di bawah:
LINK: https://tanahrtb.terengganu.gov.my/
Langkah Pertama: Setelah masuk ke link yang disediakan di atas anda perlu klik pada “daftar sekarang” dan paparan seperti di bawah akan muncul. Anda perlu melengkapkan maklumat yang diminta. Setelah selesai klik daftar dan masuk balik ke halaman utama dan login dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan seperti yang didaftarkan tadi.
Langkah Kedua: Lengkapkan maklumat yang diminta seperti maklumat peribadi, alamat, pekerjaan, pasangan, tanggungan permohonan dan yang terakhir sekali pengakuan.
Langkah Ketiga: Pada ruangan “permohonan” anda boleh memilih tapak RTB(Rancangan Tanah Berkelompok) yang disenaraikan.
Langkah Keempat: Langkah terakhir sekali adalah mengenai pengakuan. Anda perlu “tick” pada “Saya mengaku bahawa segala keterangan dan kenyataan yang diberi adalah benar dan sekiranya kenyataan yang diberikan itu tidak benar, PENTADBIR TANAH Daerah berhak menolak permohonan ini”. Seterusnya tekan butang “Hantarkan Permohonan“. Kini permohonan online anda selesai. Tunggu jawapan dari kerajaan samaada layak atau tidak permohonan anda. Semoga berjaya!
Berikut adalah antara lokasi tanah kosong yang akan diberikan kepada rakyat Terengganu yang layak. Untuk melihat lokasi penuh tanah sila buat permohonan sekarang.
Makluman! Tempoh permohonan dibuka adalah bermula 02 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Jadi, anda perlu membuat permohonan segera sebelum tarikh ini tamat.
Anuar
Beruntungnya jadi rakyat Terengganu…. Tahniah!!
Nooriati Nasir
saya baru lihat iklan yang dipaparkan, bagaimana untuk saya di berikan peluang untuk memohon tanah yang di tawarkan … terima kasih kerana maklumat yang akan di maklumkan kelaka
Kimi
Macam mana nak mohon tanah berkelompok di Terengganu