SAPS Ibu Bapa 2017. Dengan kecanggihan teknologi kini, ibu bapa tidak perlu lagi risau untuk memantau atau mengetahui mengenai maklumat atau perkembangan pelajaran anak-anak mereka.
Selaras dengan kemajuan dunia yang terkenal dengan “maklumat hanya dihujung jari”, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat inisiatif mudah buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu sistem yang dipanggil Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau bahasa ringkasnya SAPS.
SAPS ibu bapa atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah satu sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia khas buat ibu bapa untuk membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka.
SAPS Ibu Bapa Bagaimana Cara Buat Semakan
Melalui sistem SAPS ini, para ibu bapa boleh menyemak keputusan anak mereka yang merangkumi peperiksaan seperti Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun, serta peperiksaan percubaan UPSR, PT3 & SPM.
Semakan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA.
Semakan Ibu Bapa SAPS 2017 boleh dibuat dengan mudah melalui atas talian atau “online”. Caranya adalah ibu bapa perlu masuk ke halaman INI dan masukkan butiran yang diminta seperti di bawah ini. Lihat contoh gambar di bawah.
Langkah Demi Langkah Semakan SAPS Ibu Bapa 2017
Pautan Semakan: KLIK SINI
Seperti yang tertera di dalam gambar di atas, maklumat pertama yang perlu para ibu bapa masukkan adalah nombor kad pengenalan atau sijil lahir anak mereka tanpa “SPACE” atau “-“. Seterusnya ibu bapa diberikan pilihan sama ada untuk menyemak keputusan sekolah rendah atau sekolah menengah.
Kemudian itu, ibu bapa perlu memasukkan tahun yang ingin dilihat dan kod pengesahan yang terpapar di bawah. Masukkan kod yang diberikan dan tekan butang semak. Setelah tekan semak maklumat seperti dibawah akan muncul.
Anda boleh memilih keputusan peperiksaan apakah yang mahu dilihat seperti pilihan di gambar di bawah ini. Setelah membuat pilihan klik papar slip keputusan untuk slip atau papar markah peperiksaan untuk markah peperiksaan.
Segala maklumat mengenai keputusan peperiksaan pelajar akan terpapar setelah menekan butang semak.
Semoga artikel ini dapat membantu anda khususnya ibu bapa kepada pelajar untuk mengetahui keputusan peperiksaan sekolah anak mereka. Jika anda rasakan artikel ini baik untuk semua sila kongsikan artikel ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
Bantuan Semakan SAPS Ibu Bapa 2017
Adakah anda perlukan bantuan mengenai semakan ini?
Sila hubungi pihak sekolah berkenaan pengunaan portal Semakan Ibu Bapa ini.
Anda juga boleh menghubungi:
TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu: SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)
Saik
Dengan pelepasan Saps app tu, ini dah dapat menyenangkan semua ibu bapa utk menyemak markah peperiksaan anak2 mereka dan beri langkah yang betul untuk memajukan pelajaran mereka.