BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Cara Buat Semakan Online Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017-2018

ammar April 19, 2017

Keputusan Tawaran Tingkatan 6Cara Buat Semakan Online Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017-2018

Keputusan Tawaran Tingkatan 6. Bagi pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2016 baru-baru ini, kini anda boleh membuat semakan untuk tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi sesi 2017/2018.

Pelajar boleh membuat semakan keputusan tawaran tingkatan enam itu secara atas talian(online). Bagaimana cara untuk buat semakan secara online tawaran tingkatan 6 ini?

Pelajar boleh membuat semakan melalui pautan yang disediakan di bawah ini:

[button-red url=”https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/index.cfm?CFID=27627079&CFTOKEN=19b5f90160b09a41-90864B6E-5056-811E-C31AA43A2C9A79BE” target=”” position=”center”]SEMAK TING 6 (KLIK SINI)[/button-red]

Selepas masuk ke pautan yang disediakan di atas ini, calon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan(IC) dan tekan butang “Klik Untuk Semak”. Keputusan tawaran tingkatan 6 akan dipaparkan selepas menekan butang “Klik Untuk Semak”.

Sekiranya calon berjaya dan bersetuju dengan tawaran tersebut, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 02 Mei 2017.

Maklumat Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017-2018

  • Semakan dibuka: 16 April 2017
  • Semakan ditutup: 12 Mei 2017
  • Tarikh mula daftar: 2 Mei 2017

Cara Buat Semakan Secara SMS Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017-2018

Calon juga boleh membuat semakan secara SMS tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017/2018 seperti yang tertulis di bawah ini:

semakan secara sms

Maklumat Tambahan Kepada Calon Yang Layak Tingkatan 6 Sesi 2017-2018

  • Keputusan ini adalah muktamad berdasarkan syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan Enam dan tertakluk
    kepada kekosongan tempat. Kegagalan melapor diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran.
    Tawaran ini terbatal serta-merta jika murid berstatus bukan warganegara Malaysia.
  • Calon yang sedang menunggu tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, perlu melapor diri di sekolah yang
    ditetapkan.
  • Calon yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0) siri 14/2016 diminta melapor diri
    pada 8 Mei 2017.
  • Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Jabatan Pendidikan di negeri masing-masing.
ARTIKEL LAIN  PERMOHONAN RAYUAN UPU 2016/2017 ONLINE

SUMBER: Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Dokumen Diperlukan Semasa Lapor Diri Tingkatan 6 Sesi 2017/2018

Dokumen diperlukan (Asal dan salinan yang disahkan)

i. Surat tawaran ini.

ii. Keputusan SPM 2016

iii. Kad Pengenalan

iv. Sijil Kelahiran

v. Sijil Berhenti Sekolah

Prev Article
Next Article

One Response

  1. onlajer

    Selamat maju jaya untuk calon – calon yang akan ke tingkatan 6 tahun ini

    April 20, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • KPTM 2019
    Borang Permohonan KPTM 2019 Online dan Syarat …
    April 24, 2019 0
  • upm
    Pergi UPM Naik Helikopter, Sumbang RM1 Juta
    January 23, 2018 1
  • semak keputusan upu online 2016 2017.PNG
    SEMAK KEPUTUSAN UPU SESI 2016/2017 ONLINE
    May 20, 2016 0
  • tarikh-keputusan-pt3-2015-online.jpg
    Semakan Keputusan PT3 2015 Online
    November 18, 2015 7
  • cara sambung belajar ke luar negara
    Cara Sambung Belajar ke Luar Negara Bagi …
    September 23, 2017 3

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)