BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Hentikan Fitnah, Sebenarnya Dato’ Boy Iman Tidak Bersalah?

ammar

Group President & CEO syarikat DBI Group iaitu Dato’ Boy Iman hari ini diserang oleh netizen setelah beliau membuat status di facebook yang berbunyi,

Kau rasa apa yang aku rasa setelah kau menfitnah dan menganiaya aku..
Allah x pernah tidur!
Alhamdulilah.


Status facebook kontroversi itu dilihat seakan-akan menyindir saudara Yusof Azmi yang sekarang ini berdepan dengan kes mahkamah atas pertuduhan bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar dan menceroboh Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Julai lalu. Baca kisah KLIK SINI.

Kerana status facebook itu juga, satu video jawapan dari Yusof Azmi mula tular di laman sosial. Tonton video di bawah.

Terbaru, Dato’ Boy Iman menerusi laman facebooknya menafikan dakwaan yang menyatakan status facebook itu ditujukan kepada Yusof Azmi.

Presiden dan CEO Syarikat DBI Group itu menjelaskan di laman facebooknya seperti di bawah.

Boy Iman Dibebaskan dari Reman 15 Oktober 2015

15 Oktober 2017 lalu, Dato’ Noruliman A Rahman atau ‘Boy Iman’ yang merupakan Pengarah Urusan DBI Properties dibebaskan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas permohonan reman dikemukakan polis ditolak mahkamah.

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar menolak permohonan reman ke atas Boy Iman dan tiga lagi pengarah Juta Kelulut Global Resources berhubung kes penipuan jualan rumah banglo.

Boy Iman, 37, bersama tiga lagi individu berusia antara 30 hingga 45 tahun itu tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pada 10.35 pagi.

Mereka ditahan di Ampang mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, pada 2 Oktober lalu.

Sehingga ini, 210 laporan polis dibuat mangsa seluruh negara dan satu daripadanya dipercayai dibuat di Pulau Pinang.

Hari Pertama Bekerja Setelah Bercuti Panjang

Menerusi kemaskini terbaru di laman facebook Boy Iman, beliau dilihat mula menjalankan tugasnya seperti biasa sebagai Group President & CEO di syarikat DBI Group.

ARTIKEL LAIN  Alasan Culik, Tersedak Susu Hanya Tipu, Akhirnya Laporan Bedah Siasat Bongkar Segalanya

Persoalan

Adakah anda merasakan Boy Iman benar-benar bersalah atau beliau dianiaya pihak tertentu? Sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimana pengakhirannya nanti. Jika benar dia bersalah biar mahkamah yang tentukan dan selagi tidak bersalah janganlah kita yang menghukumnya kerana kita bukannya “penghukum”.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia Viral Yang Anda Mesti Cuba
    Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia Viral Yang Anda …
    June 3, 2017 1
  • jeritan hanna humaira jadi igauan
    Jeritan Hanna Humaira Jadi Igauan – Bapa …
    June 24, 2016 1
  • pilot masuk islam pesawat
    Subhanallah… Pilot Bawa Jɛnazah Ulama’ Masuk Islam …
    October 27, 2020 0
  • Aiskrim Haagen-Dazs
    Syarikat Penerbangan Rugi Ratusan Juta Dollar Kerana …
    April 23, 2019 0
  • instafamous 7g
    Keputusan Peperiksaan 7G 1E, Instafamous Salahkan Sekolah …
    July 25, 2018 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)