BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Terkini, Ini Terjadi Setelah Yusof Azmi Dipanggil Untuk Serah Diri di IPD Kajang

ammar October 24, 2017

Menerusi laman facebook rasmi Yusof Azmi iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam beliau menjelaskan bahawa Yusuf Azmi & Abang Ali dipanggil untuk serah diri di IPD Kajang pada hari ini 24 Oktober 2017.

Ini adalah susulan atas pertuduhan bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar dan menceroboh Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Menerusi kemaskini dari laman facebook Yusof Azmi juga, ada menerangkan maklumat seperti berikut.

Kami memohon sokongan dan doa dari semua agar segala urusan dipermudahkan. Kepada yang ingin memberi sokongan, sila berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang jam 7.45 pagi esok.

07.30 AM
Berkumpul Di Hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang
IPD Kajang, (Jalan Cheras, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

08.57 AM
Bergerak Ke Kompleks Mahkamah Kajang

09.00 AM
Berkumpul Di Hadapan Kompleks Mahkamah Kajang
Kompleks Mahkamah Kajang (Jalan Cempaka Kuning, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)

Wira PPIM Didakwa di Mahkamah

Terbaru, menerusi berita yang disiarkan oleh Harian Metro, portal berita itu melaporkan Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM Ali Salimin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini, atas pertuduhan bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar dan menceroboh Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Julai lalu.

Kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Yusuf, 27, dan Ali, 50, didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, Kajang pada 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan pencerobohan jenayah di tempat sama, antara 3.30 petang sehingga 7.30 malam, hari sama.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Tharih Afendi.

Ikuti perkembangan dan kemaskini terbaru menerusi laman facebook rasmi Yusof Azmi KLIK SINI.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Pingback: Hentikan Fitnah, Sebenarnya Dato' Boy Iman Tidak Bersalah?
    October 24, 2017
  2. Noriza Rahman

    Oh tak sangka pulak wira PPIM ni dikenakan tindakan mahkamah. Tak follow pulak cerita ni

    October 24, 2017

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • perjanjian2520tppa1
    Apa Itu Perjanjian TPPA Dan Kesan Jangka …
    October 6, 2015 1
  • butik mewah lv
    Masuk “High End Boutique”, Promoter Pandang Atas …
    August 16, 2017 0
  • Melutut Menangis Budak Baju Merah Apabila Lelaki Yang Ditendangnya Adalah Anggota Polis
    Melutut Menangis Budak Baju Merah Apabila Lelaki …
    October 11, 2016 0
  • TMJ Dedah Bukti Penyelewengan
    TMJ Dedah Bukti Penyelewengan Tan Sri Ketika …
    January 12, 2017 0
  • foto2520asmirandah2520bertudung
    Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami …
    October 24, 2015 12



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)