BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah

ammar

Datuk Seri Vida Mengaku Tidak BersalahDatuk Seri Vida Mengaku Tidak Bersalah

Kecoh hari ini di media sosial dengan beberapa keping gambar Datuk Seri Vida diiringi oleh beberapa orang polis. Gambar itu dikatakan diambil di mahkamah sesyen di Ipoh, Perak.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kesalahan apakah yang dilakukan oleh Datuk Seri Vida sehinggakan dihadapkan ke mahkamah. Mari kita baca berita penuh yang ditulis oleh Harian Metro ini.

Baca berita penuh..

Jutawan kosmetik dan juga merupakan pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 32 pertuduhan.

Datuk Seri Vida didakwa gagal kemuka penyata dan gagal bayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.2 juta bagi April 2015 hingga Julai 2016.

Bagaimanapun, Datuk Seri Vida(Hasmiza), 45 mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di depan Hakim Murtazadi Amran.

Pemilik tunggal Syarikat Vida Beauty itu didakwa atas 16 pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 kerana gagal mengemukakan penyata GST antara April 2015 hingga Julai 2016.

Untuk baki 16 pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 kerana gagal membayar cukai GST dikenakan terhadapnya dalam tempoh masa ditetapkan bagi April 2015 hingga Julai 2016.

Jika sabit kesalahan, Hasmiza boleh didenda RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan.

Murtazadi kemudiannya membenarkan Hasmiza diikat jamin RM50,000 bagi setiap pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan RM60,000 bagi setiap pertuduhan gagal membayar cukai dengan seorang penjamin termasuk menyerahkan pasport antarabangsanya.

Kes akan disebut semula 15 November ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Farah Ezlin Yusop Khan dan Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala Hasmiza diwakili peguam Khairil Azwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

ARTIKEL LAIN  10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis Evo
Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Nurul Ain Jururawat
    Gambar Mangsa Kebakaran Nurul Ain Jururawat Hospital …
    October 26, 2016 0
  • kes bunuh
    Dua Anggota TLDM Meninggal Dunia Serentak Angkara …
    October 1, 2017 0
  • kerja tidak bermaruah
    Tindakan Mengejutkan UPM Setelah Pensyarah Keluar Kenyataan …
    October 14, 2019 0
  • durian musang king
    Polis Buru 5 Lelaki Pukul dan Baling …
    June 21, 2020 0
  • pembenci islam
    Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari …
    September 8, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)