BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tindakan Mengejutkan UPM Setelah Pensyarah Keluar Kenyataan “Kerja Tidak Bermaruah”

ammar

Tindakan seorang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia(UPM) mengeluarkan kenyataan secara terbuka berkata pekerjaan runner atau rider ini sebagai ‘tidak bermaru4h’ telah membawa padah apabila video itu secara cepat telah viral di media sosial.

Walaupun dalam masa sama dia cuba untuk memperbetulkan kenyataannya apabila beliau sedar sudah terlepas cakap. Namun, kenyataan itu sedikit sebanyak telah melukakan hati rakyat Malaysia yang menjadikan pekerjaan ini sebagai mata pencarian.

Difahamkan lelaki yang mengeluarkan kenyataan itu adalah Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari dari Universiti Putra Malaysia(UPM).

Tidak mahu nama baik Universiti Putra Malaysia(UPM) tercalar dengan kenyataannya itu, terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mengarahkan pensyarahnya memohon maaf secara terbuka kerana mempersoalkan status pekerja dalam industri perkhidmatan e-hailing dalam sebuah rancangan bual bicara televisyen baru-baru ini.

Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM, Profesor Dr Azmawani Abd Rahman dalam kenyataannya berkata, permohonan maaf itu perlu dibuat terhadap pihak yang terkesan dengan kenyataan tersebut.

“Bagi memurnikan situasi, UPM meminta pensyarah tersebut memohon maaf,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari adalah pendapat peribadi beliau dan tidak menggambarkan pandangan rasmi UPM.

“Perkara ini sedang disiasat dan UPM masih menunggu penjelasan lanjut daripadanya.

“Beliau dilihat berkemungkinan besar tersalah menggunakan perkataan yang bersesuaian untuk menggambarkan pendapat dan pandangan beliau,” katanya.

UPM berkata, universiti itu mempunyai garis panduan kepada semua pekerja dan pelajar dalam memberi kenyataan kepada media.

“UPM juga sering memberi peringatan dan memantau warganya agar mematuhi perkara-perkara yang telah ditetapkan serta tidak memberi sebarang kenyataan berbentuk provokatif, menyinggung dan memberi persepsi negatif,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Yusof dalam bual bicara tersebut dilapor menyifatkan kerja penghantaran sebagai kerja tidak bermaruah.

ARTIKEL LAIN  Subhanallah... Pilot Bawa Jɛnazah Ulama' Masuk Islam Setelah Saksi Keajaiban Awan Payungi Pesawat

Susulan kenyataan k0ntroversi pensyarah itu, ramai pihak yang kurang senang dan terasa hati dengan kenyataan itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata banyak hati yang terluka.

Apa-apapun kita berharap isu ini selesai dengan cepat dan tidak perlu dipanjangkan, Yang pasti permohonan maaf dari Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari sangat diperlukan ketika ini supaya tidak menyinggung perasaan pihak lain.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • remaja kahwin muda
    Remaja Kahwin Muda Sebab Takut Tidur Seorang
    May 29, 2020 0
  • prubsn
    “PruBSN Sampah!” – BACA Luahan Pelanggan Teraniaya …
    October 11, 2017 0
  • sudirman
    Ingat Watak ‘Din’ Dalam Filem KAMI Bersama …
    March 7, 2024 0
  • graduan um
    Tak Sempat Naik Pentas Konvo Dah Kena …
    October 15, 2019 0
  • cropped geng picit roti serah diri
    Geng Picit Roti Akhirnya Serah Diri
    June 21, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)