BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

De Gea Pun Tak Boleh Save. Lihatlah Jaringan Padu Safawi Rasid Menentang Vietnam Ini

ammar

Kehangatan Final Piala AFF Suzuki 2018 masih lagi terasa. Semalam, pasukan Harimau Malaya telah bertemu pasukan Vietnam dalam aksi Final pusingan pertama AFF Suzuki 2018.

Dalam perlawanan yang dilihat didominasi oleh Vietnam semalam, pasukan Harimau Malaya tidak mudah berputus asa sehingga wisel penamat dibunyikan.

Penyokong Harimau Malaya pada awalnya sedikit tergamam apabila pasukan pelawat(Vietnam) mula mencipta jaringan pada minit ke-22 dan jaringan kedua pada minit ke-25.

Namun, semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya berjaya mencipta kejayaan apabila pada minit ke-36, Shahrul Saad berjaya mencipta gol pertama untuk skuad Harimau Malaya.

Tidak cukup hanya berpuas hati dengan satu gol, pada minit ke-60, Safawi Rasid berjaya menjaringkan gol cantik hasil daripada sepakan percuma.

Jaringan gol kedua dari Safawi Rasid untuk Harimau Malaya itu sudah cukup untuk mengikat kedudukan seri 2-2 menentang Vietnam pada aksi Final Pertama Piala AFF Suzuki 2018.

Dua gol itu menjadi bekalan Harimau Malaya ke Hanoi bagi pusingan akhir kedua Piala AFF Suzuki apabila mengikat Vietnam 2-2 Stadium Bukit Jalil pada Selasa malam.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu berjaya mempamerkan aksi sengit biarpun pada awalnya skuad ini kelihatan sedikit leka dengan dibolosi 2 gol.

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut hadir menyaksikan perlawanan akhir pertama ini.

Kini, misi Harimau Malaya adalah wajib menang pada perlawanan Final pusingan kedua AFF Suzuki 2018 yang akan berlangsung di Hanoi nanti. Jika perlawanan berakhir dengan seri, Piala AFF Suzuki 2018 semestinya akan menjadi milik Vietnam.

ARTIKEL LAIN  Ziyad Pelik Ramai Saudara Datang Rumah Selepas Jadi Jutawan

Lihatlah video jaringan gol cantik dari Safawi Rasid ini. Menakjubkan!

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • jurulatih harimau malaya
    Inilah Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru
    May 15, 2017 1
  • mesut ozil bersara
    Mesut Ozil Umum Bersara Dari Skuad Kebangsaan …
    July 23, 2018 0
  • Indonesia Di Ayam-Ayamkan Malaysia 18-1
    (Video) Lihatlah Bagaimana Pasukan Hoki Indonesia Di …
    August 30, 2017 2
  • Hidayah Muslimah 2
    Komen Baju Faiz Subri Lambang Salib, Fb …
    January 10, 2017 2
  • PES 2018
    Inilah Keperluan Spesifikasi Komputer Untuk Anda Bermain …
    November 29, 2017 4

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)