BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Doa Serta Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

ammar

Malam Lailatul Qadar

Doa Malam Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di muka bumi ini. Malam penting ini hanya berlaku pada bulan ramadhan sahaja dan tidak berlaku pada malam-malam bulan lain.

Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini digandakan pahala oleh Allah tidak sama dengan pahala pada malam-malam biasa yang lain. Jadi, sangatlah rugi bagi mereka yang tidak melakukan amal ibadat pada malam Lailatul Qadar ini.

Persoalannya, bilakah terjadinya malam Lailatul Qadar ini?

Malam Lailatur Qadar hanya boleh ditemui pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan iaitu malam yang bertarikh ganjil berdasarkan takwim Islam. Pada tahun 2020, 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan adalah antara 13 Mei 2020 sehingga 22 Mei 2020.

Saidina Aishah (RA) berkata bahawa Nabi bersabda: Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadan (Bukhari).

Baginda bersabda: “Sesiapa yang sembahyang pada malam Qadar (Lailatul Qadar) dengan penuh keimanan dan harapan untuk mendapat ganjarannya, maka semua dosa-dosa sebelum ini akan diampunkan.” (Bukhari dan Muslimdari Abu Hurairah).

Tarikh malam lailatul qadar sengaja disembunyikan oleh ALLAH agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya. Jadi, kita seharunya beribadat bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir di bulan ramadhan.

Doa Malam Lailatul Qadar

Doa Malam Lailatul Qadar

Berikut adalah doa yang disarankan untuk dibaca pada malam lailatul qadar.

Solat Sunat Malam Lailatul Qadar

Selain berdoa, umat Islam juga disarankan untuk melakukan solat sunat pada malam lailatul qadar. 

Cara Melaksanakan Solat Lailatul Qadar

Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zuhur atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.

ARTIKEL LAIN  Ramai Orang Islam Ambil Mudah, Sebenarnya Inilah Adab Basuh Beras Yang Sebaik-baiknya

1.Niat solat sunat lailatul qadar

niat-solat

2.Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:

1.  Al-Takatsur    1  kali

2.  Al-Ikhlas       3  kali

3.Selepas memberi salam baca doa malam lailatul qadar.

doa-lailatul

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?

Baginda menjawab: “Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”

Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

Sama-samalah kita mencari “Malam Lailatul Qadar” iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesungguhnya tidak mustahil bagi kita untuk menemui malam itu dengan mengamalkan amal ibadat berterusan setiap malam di bulan ramadhan ini.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017
    June 21, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Bapa Tan Sri Muhyiddin
    Kisah Arwah Bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin …
    May 29, 2017 0
  • Percanggahan Pendapat Hukum Simpanan ASB1
    Percanggahan Pendapat Hukum Simpanan ASB – UAI
    October 5, 2015 1
  • Niat Puasa Sebulan Penuh Ramadhan
    Niat Puasa Sebulan Penuh Ramadhan Tahun 2024 …
    March 11, 2024 0
  • f202004231319492
    Niat Puasa Ganti dan Niat Puasa 6 …
    October 14, 2022 1
  • Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016
    Koleksi Ucapan SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan …
    June 4, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)