BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Tarikh Mula Puasa 2023 di Malaysia dan Cuti Awal Ramadhan

Islah Ibrahim

Bulan ramadhan pastinya dinanti setiap tahun kerana ianya adalah bulan yang sangat mulia dengan seribu kerahmatan yang dikurniakan. Penulis ingin berkongsi kemaskini terkini tarikh mula puasa 2023 yang akan bermula tak lama lagi.

Pengumuman Tarikh Bermula Puasa Ramadan Bagi Tahun 2023 Malaysia

Setiap tahun, kedatangan ramadan sentiasa dirindui terutama mereka yang ingin mendapatkan keberkatan dengan amal ibadah. Ini kerana, masih belum pasti lagi untuk berada dalam bulan ramadan yang seterusnya. Jika anda diberi peluang untuk mengecapinya sekali lagi buat sekalian kalinya, ucaplah syukur sebanyaknya dan rebutlah peluang pada ramadan kali ini.

Tarikh Mula Puasa 2023

Kewajipan Berpuasa Kepada Umat Islam

Setahun sekali di bulan ramadan, umat islam diwajibkan berpuasa selama satu bulan. Berpuasa dalam islam ialah menahan lapar dan dahaga dari sebelum terbitnya matahari fajar hinggalah terbenam matahari.

Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, umat islam mesti juga berpuasa daripada melakukan perkara maksiat yang dilarang oleh Allah S.W.T sebagai latihan dalam masa satu bulan. Mereka yang berpuasa dengan lengkap inilah yang sangat digalakkan dan Allah akan memberi ganjaran berlipat kali ganda buat hamba yang melakukannya.

Tarikh 1 Ramadhan 1444 di Tahun 2023 (Tarikh Mula Puasa 2023)

Kini umat islam khususnya di Malaysia boleh mendapatkan info tarikh 1 ramadhan untuk tahun 2023 melalui Panel Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai tarikh-tarikh penting dalam islam dari satu sumber ini sahaja.

Setelah merujuk kepada Panel Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ,telah memutuskan tarikh 1 Ramadan tahun ini iaitu 2023 masihi jatuh pada hari Khamis ,23 Mac 2023 bersamaan tarikh bulan islam 1 Ramadan 1444.

ARTIKEL LAIN  Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari Poland, Lihatlah Bagaimana Yang Terjadi Akhirnya
Tahun IslamTahun Masihi
1 Ramadan 1444 Hijrah23 Mac 2023

Pengumuman dan Pengisytiharan Rasmi Tarikh Mula Puasa 2023

Tarikh Mula Puasa 2023 akan diisytiharkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau akan membuat pengumuman selepas disahkan oleh balai cerapan yang melihat anak bulan ramadan tahun 1444.

Laporan dan Video Pengisytiharan Tarikh 1 Ramadan tahun 2023 Malaysia

Umat islam di seluruh Malaysia akan mula berpuasa pada 23 Mac 2023 hari Khamis, berikut adalah pengisytiharan rasmi dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad.

Pengumuman tersebut telah disiarkan menerusi penyiar rasmi Radio Televisyen Rasmi (RTM) , Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad memaklumkan, Tarikh bermulanya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia 1 Ramadan 1444 jatuh pada 23 Mac hari Khamis tahun 2023. Beliau mengumumkan setelah medapat perintah dari Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Berikut adalah video pengumuman :

AKAN DIKEMASKINI NANTI

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • amalan2520khurafat2520jemaah2520haji2520asia2520tenggara1
    Amalan Khurafat Yang Selalu Dilakukan Oleh Jemaah …
    August 28, 2015 4
  • hukum suami cium jenazah isteri
    Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah
    August 10, 2015 2
  • Niat Puasa Sebulan Penuh Ramadhan
    Niat Puasa Sebulan Penuh Ramadhan Tahun 2024 …
    March 11, 2024 0
  • Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah Langkah Demi Langkah
    Solat Istikharah Cara Melakukan Langkah Demi Langkah
    April 27, 2015 27
  • cara basuh beras yang betul
    Ramai Orang Islam Ambil Mudah, Sebenarnya Inilah …
    October 2, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)