BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Niat Puasa Ganti dan Niat Puasa 6 Syawal

Islah Ibrahim October 14, 2022

Menjadi satu kebiasaan kepada kaum wanita muslim, apabila tiba bulan ramadhan, isu yang sering diketengahkan ialah membincangkan isu berkenaan niat puasa ganti. Kaum wanita dikurniakan kelebihan dengan keringanan tidak perlu berpuasa pada bulan ramadhan ketika mana berada dalam keadaan datang haid.

Maka topik yang menjadi hangat ketika bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi ialah ramai wanita berusaha untuk menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada ramadhan yang lalu. Ianya adalah satu keistimewaan yang dikurniakan kepada kaum wanita , tiba masanya, wanita yang tiada haid dan tiada sebarang keuzuran wajib menggantikan semula puasa yang ditinggalkan itu.

Maksud Puasa Ganti atau Qadha

Maksud puasa ganti adalah kita menggantikan semula puasa yang telah ditinggalkan pada ramadhan yang lalu. Mengganti puasa ini tidak terhad kepada kaum wanita sahaja yang datang haid, tetapi juga kaum lelaki yang ada meninggalkan puasa pada ramadhan yang lalu. Hukumnya adalah wajib bagi setiap muslim yang mukallaf untuk menggantikan puasa tersebut samada dengan keuzuran ataupun tanpa keuzuran.

Maksud Puasa 6 Syawal

Apabila tibanya bulan Syawal, dalam kesibukan kita menyambut hari raya syawal, kita juga disunatkan melaksanakan puasa 6 Syawal sebanyak 6 hari dibulan Syawal. Ianya adalah amalan penting yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W

Nabi S.A.W bersabda

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian meneruskan dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama satu tahun”

( Riwayat Imam Muslim )

Bolehkah Digabungkan Niat Puasa Ganti dengan Niat Puasa 6 Syawal?

Dalam persoalan ini, terdapat perselisihan pendapat antara mazhab feqah berkenaan penggabungan puasa enam syawal dan puasa ganti. Ada pendapat yang mencadangkan keharusan menggabungkan puasa ganti dan puasa 6 syawal.

Fuqaha di dalam mazhab syafie berselisih pendapat berkenaan isu menggabungkan niat puasa ganti dengan puasa 6 syawal.

Sebahagian ulama berpendapat sah seseorang itu melakukan ganti atau qadha puasa bulan Ramadhan bersama denga puasa 6 syawal. Pahala puasa sunat tetap terhasil jika dilakukan dalam bulan Syawal tersebut.

ARTIKEL LAIN  Booth Dakwah Ini Didatangi Pembenci Islam dari Poland, Lihatlah Bagaimana Yang Terjadi Akhirnya

Hal ini diqiyaskan jika seseorang yang masuk ke masjid, dan dia solat 2 rakaat fardu atau solat sunat rawatib, maka dia akan dapat sekali pahala solat sunat tahiiyatul masjid.

Namun demikian, pahala yang diperoleh tersebut adalah pahala sunat dan bukanlah pahala yang sempurna. Dalam masa yang sama, terdapat juga pendapat, seeloknya puasa 6 syawal ini dilakukan secara berasingan.

Ulama juga ada berpendapat,lakukanlah Puasa 6 Syawal dahulu kemudian diikuti dengan Puasa ganti kerana mengambil manfaat bulan Syawal yang ada satu bulan sahaja.

Kesimpulan dalam isu menggabungkan puasa ganti dengan puasa 6 Syawal ini, apa yang terbaik adalah mengasingkan antara puasa ganti dengan puasa 6 Syawal sebagai usaha untuk keluar dari pandangan khilaf yang pelbagai.

Cara Niat atau Qadha Bulan Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى

Maksud “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala”

Lakukanlah segera puasa ganti ini sebelum tibanya bulan Ramadhan yang baru, ini bagi mengelakkan tanggungan puasa ganti atau hutang semakin bertambah. Elakkanlah sikap bertangguh.

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Menggantikan Puasa Ramadhan Ini?

Waktu yang boleh dilakukan adalah selepas berakhirnya bulan Ramadhan sehingga sebelum bulan Ramadhan yang berikutnya. Anda juga mesti ingat bahawa hukum berpuasa pada hari yang diharamkan berpuasa tetap sama iaitu berpuasa pada hari raya pertama contohnya.

Jika anda gagal menggantikan puasa ramadhan ini tanpa sebarang keuzuran sehingga ke bulan Ramadhan seterusnya, anda wajib ganti dan membuat bayaran fidyah.

Cara Niat Puasa 6 Syawal

niat puasa ganti
Niat Puasa Ganti dan Niat Puasa 6 Syawal 2

Niat Puasa 6 Syawal Untuk Setiap Satu Hari

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari di bulan Syawal kerana Allah ta’ala”

Niat Puasa 6 Syawal Untuk Enam Hari

” Sahaja aku berpuasa sunat 6 hari dibulan Syawal, sunat kerana Allah ta’ala”

Cara Niat Puasa Ganti atau Qadha Yang Digabung Dengan Niat Puasa 6 Syawal

“Sahaja aku puasa esok hari ganti fardhu Ramadhan bersama Sunat Syawal kerana Allah Ta’ala”

Isu menggabungkan puasa ganti dengan puasa 6 Syawal dalam satu niat ini juga telah diterangkan dengan jelas dan mudah oleh Ustaz Azhar Idrus dalam video perkongsian ini.

Prev Article
Next Article

One Response

  1. Pine Bed

    Ma Sha Allah,
    Jazak Allah Khair for all your efforts.

    November 21, 2022
  2. Pingback: Niat Puasa Ramadhan Sebulan Penuh Dan Niat Harian (JAKIM)
    January 7, 2023

Leave a Reply

Cancel reply

CopyAMP code

Related Posts

  • JAKIM BUBAR
    JAKIM Akan Dibubarkan Oleh Kerajaan PH? Ini …
    June 6, 2018 0
  • kenapa guna perkataan aku semasa berdoa kepada allah
    Kenapa Manusia Menggunakan Perkataan “Aku” Semasa Berdoa
    August 12, 2015 0
  • Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016
    Koleksi Ucapan SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan …
    June 4, 2016 0
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020
    May 23, 2020 2
  • cara basuh beras yang betul
    Ramai Orang Islam Ambil Mudah, Sebenarnya Inilah …
    October 2, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)