BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Disangka Perompak, Doktor Teruk Dibelasah Polis Elit Kawasan Hospital

ammar

Doktor Teruk Dibelasah PolisDisangka Perompak, Doktor Teruk Dibelasah Polis Elit Kawasan Hospital

Memalukan! Doktor lengkap dengan white coat, stetescop teruk kena ligan Pasukan Polis Elit (Stafoc) dalam kawasan hospital.

Kisah ini semestinya diingati sampai bila-bila oleh seorang doktor muda yang menjadi mangsa keadaan dalam kes ini. Mana tidaknya, pergi hospital lengkap berpakaian white coat, stetescop untuk merawat pesakit tetapi secara tiba-tiba dicekup polis dan direbahkan di atas lantai hospital. Sungguh memalukan!

Jom kita baca berita penuh…

Dari FMT News

Seorang doktor di Hospital Serdang yang disangka perompak oleh sepasukan polis elit dicekup dan direbahkan ke atas lantai, sebelum digari dan disoal siasat untuk beberapa jam, mengikut laporan akhbar The Sun.

Insiden Jumaat lalu itu berlaku apabila anggota elit Pasukan Tugas Khas Melawan Jenayah Terancang (Stafoc) tiba dengan berpakaian hitam, lengkap dengan balaclava dan senjata berat selepas menerima laporan sekumpulan perompak berada di ruang makan dekat tempat letak kereta hospital itu.

Polis Sepang mengesahkan menerima aduan daripada seorang doktor berumur 28 tahun, yang ketika kejadian memakai pakaian doktor, dengan tag pengenalan hospital dan stetoskop di lehernya.

“Pengadu mendakwa dikasari anggota pasukan yang melakukan serbuan dan berkata insiden itu memalukannya,” kata ACP Abdul Aziz Ali dipetik The Sun.

Beliau memberi jaminan penyiasatan menyeluruh sedang dilakukan dan berharap orang ramai tidak membuat spekulasi.

Doktor itu berkata beliau menyangka kira-kira 12 anggota Stafoc itu merupakan penjenayah, dan beliau seperti kakitangan hospital lain di kawasan itu bertempiaran menyelematkan diri.

The Sun melaporkan pasukan Stafoc tiba di hospital selepas mendapat tahu 7 penjenayah yang terlibat dalam sebuah rompakan di Kajang berada di situ.

ARTIKEL LAIN  Anwar Ibrahim Mula Naik Angin, Parlimen Tak Boleh Bersidang

Polis berjaya menangkap suspek yang cuba melarikan diri, bagaimanapun menyangka doktor yang ketika itu cuba menyelamatkan dirinya juga seorang penjenayah.

Seorang doktor kanan dilaporkan merayu anggota Stafoc melepaskan rakannya tetapi tidak diendahkan pasukan itu.

Doktor itu kemudian dibawa ke balai polis untuk soal siasat, dan dibebaskan dengan jaminan pada 3.00 pagi disambut ayahnya yang kebetulan seorang pegawai polis di Bukit Aman.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • polis ditangkap polis
    Polis Yang Menyamar Sebagai Pembeli D@dah Ditangkap …
    February 12, 2019 0
  • baby adam
    Alasan Culik, Tersedak Susu Hanya Tipu, Akhirnya …
    July 4, 2018 0
  • bunuh perompak untuk pertahankan diri.png
    Inilah Sebabnya Zulkifli Bakal Digantung Sampai Mati?
    December 31, 2015 33
  • punca sebenar cubaan bunuh anggota komando.png
    Kemungkinan Ini Punca Cubaan Bunuh Anggota Komando
    April 19, 2016 0
  • kambing
    Bunyi Mengembek Lain Macam di Kandang, Tak …
    May 13, 2024 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)