Inilah Sebabnya Zulkifli Bakal Digantung Sampai Mati?
Kerana mempertahankan diri dan harta dari dirompak, seorang lelaki bernama Zulkifli, 50 tahun dari Kampung Labohan, Kerteh, Terengganu dituduh dibawah seksyen 302 dan 326 Kanun keseksaan. Kerana menikam perompak sehingga mati, Zulkifli didakwa dibawah seksyen 302 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,
Tidak cukup dengan itu ditambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
Setelah kisah Zulkifli menjadi viral di laman sosial, ramai rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib yang menimpa Zulkifli. Ada yang berpendapat polis tidak sepatutnya menahan Zulkifli kerana tindakannya menikam perompak adalah untuk mempertahankan diri dan hartanya.
Terbaru, seorang peguam yang bernama Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz tampil memperjelaskan isu yang melibatkan Zulkifli ini.
Ikuti kisah dari peguam ini….
Assalamualaikum semua.
Izinkan saya memberi pandangan untuk menjelaskan apa yang berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abang Zulkifli ini tetapi proses undang-undang itu harus di lalui dahulu oleh Abang Zulkifli sebelum keadilan ditegakkan.
Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yang dibenarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain.
Tetapi, fakta ini tak boleh diselesaikan di facebook. Abang Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yang membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. Tempoh masa perbicaraan pula boleh selesai dalam tempoh 1 tahun. Di sebabkan kes yang di tuduh terhadap Abang Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili Abang Zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam untuk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yang melibatkan hukuman gantung.
Ok selesai bab Abang Zulkifli. So apa jadi dengan keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yang prihatin untuk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga Abang Zulkifli ni. Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yang di lalui oleh Abang Zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara. Cuma sebab beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yang akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan Abang Zulkifli.
Itu saja yang saya nak cakap sekarang.
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
(Peguam)

titan
aku harap tak kena hukuman gantung.
aku masih yakin bahawa hakim-hakim kat malaysia ni masih waras dan penuh dengan tanggungjawab.
ema
peguam pn bodoh,kena dri sndri baru ada otak
Mat DBD
Itu mmg sy setuju.agak2 klu kene kat kpLa dja nk tngok je org buat ap2 kat famly dia.jgn la.jd bodoh lebih sgt.bg la kat org lain skali
Fred
ema, nampak nya awak tak faham apa yg di maksudkan oleh peguam di atas. Oleh sebab ada kematian, maka nak tak nak kena lah melalui proses undang-undang yg teliti.
Cuba bayang kan kalau ikut suka2 bebas kan dia, tiba-tiba dia sebenar nya bukan mempertahankan diri nya dan harta nya..tiba-tiba dapat tahu yg dia memang sengaja nak bunuh si mati yg menziarahi nya..bayangkan..bayangkan si mati itu saudara kamu…bayangkan.
Jadi, oleh kerana ada nya org mati, maka kena lah bicara dulu. Bila hakim dah betul2 puas hati yg dia ni tak salah, tak ada pun niat jahat saja2 nak bunuh org suka ati dia, maka, hakim pun lepas dan bebas kan lah dia nanti…InsyaAllah..doa kan dan bantu lah keluarga dia ni sementara waktu ni.
secret
Fred…ye btul sy skong awak…btul a.zul mmg x salah..peguam tu juga mgatakan a.zul akn “dibebaskn” cume tetap kne melalui presedur krana membunuh..contoh mudah…ok jika seseorang diperangkap dgn dadah..diberi bungkusan untuk dikirim atau dijaga sementara,dan pada masa yg sama trtangkap polis..maka beliau tetap akn ditahan wlau pun kite semua tau fakta sbnar yg dadah itu bkn milik beliau.slepas dibicarakn andaikata ada keraguan munasabah maka hakim akn membebaskn beliau..tp undang2 ttp undang2…kita ditahan untuk dibicarakan…bkn untuk dihukum terus…
Ku Mang
Peguam bangang, jenayah apa mempertahankan diri dan harta benda kita sendiri. Skg Peguam pun dah jd mcm menteri jgk bodoh nak mampus…kecik taknak mampus, besar2 menyusahkan rakyat…
Tommy
No1 di malaysia peguam ni memang celaka. Malaysia hukum macam babi. Tahu nak ambil duit rakyat. Kenapa tu jibby kau x hukum dia gantung sampai mati? Napa nak hukum rakyat. Dia x buat salah cuma nak Selamatkan keluarga jadi sebagai suami kena Selamatkan family. Kalau yang salah cuma perompak tu. Kalau mati pun bukan kita punya pasal. Sesiapa cari pasal dulu? Guna otak fikir kita orang bukan binatang. Kalau suatu hari perompak ceroboh rumah kau dan dia luka keluarga kau anak atau isteri kau nampak macam mana? Apa kau boleh buat? Bunuh atau lawan? Guna otak kau pergi fikir baik baik jangan buat pekara bodoh. Kau sekolah tinggi tapi buat pekara bodoh atau babi fikiran. Kalau boleh jangan tolong lepaskan orang yang x salah.
semat
sbb otak kau tak tinggi kau tak faham apa yang orang sampaikan. Negara ada undang2 ikut la, kalau nak ikut kepala sendiri n emosi hancur la segala benda . Lu pkir la sndri
Kuntan
Polis jalan siasatan dan serah kes pada Pendakwaraya. Pendakwaraya yg dakwa abg tu di mahkamah kes bunuh dan abg tu pula dapat pembelaan peguam lantikan mahkamah. Makna nya peguam bela tu duduk bawah mahkamah dan satu Line dgn pendakwaraya. Kan mcm pelik jln cerita tu
ipoh
Walau pun telah diterangkan masih ada yg x faham. Bahasa melambangkan bangsa..,,,kenapa perlu kekuarkan makian bagai..,.
Annayahya
Kesian pd yg tak fhm keterangan diatas..prosedur biasa.. Sbb dh membunuh..wlupun niatnya betul..adoii merepek meraban smpi ke menteri LA pulak..kena sekolah balik fahami ayat bahasa melayu..hihihi
Nina
Perlunya hukum hudud
Comrad
Hukum sivil pun ada y xpaham niee kan pula nak nak ikut hukum hudud…. fahamkan apa lawyer tuee terangkan…. baru pikir benda lain yee…
wan
Nak salahkan siapa sebenarnya.Cuba fahamkan dulu apa yg telah di jelaskan..Jangan cepat nak keluarkan kata2 nista.Amarah itu adalah sahabat Syaitan..hindarkan Amarah,..bercakap perlu di hiasi dengan bahasa..dan bahasa melayu adalah bahasa yang indah..
Mid J
Kesian rakyat malaysia …bahasa ibunda bahasa Melayu…tapi tetap tak faham Bahasa Melayu…kita yg bahasa Melayu bahasa keduapun faham apa yg peguam terangkan dlm bahasa Melayu!…
Ammara
Saya pun kurang faham…kalau dah sampai kena ke tali gantung..itu bukan biasa..itu dah luar biasa…akibat nak mempertahankan diri, ini pula jadinya. Itu pendapat saya je..tapi kesian laaaa…
daus nakal
mula2 perbicaraan di tuduh bunuh tanpa niat seksyen 304,, & dpt jaminan…
slps itu di pinda balik seksyen jadi 302 KK…
now brother nie ditahan reman di penjara marang terengganu…
no badan die 71-15-02302….
muz
so kita doakn y terbaik laa..takde manusia yang sempurna di dunia..kita sebagai netizen eloklaa berfikir secara positif..allahuakbar
bujang waras
adakah salah untuk membertahan kan diri dan harta daripada dirompak/samun
ataunpun kita biar nyawa dan harta kita melayang begitu saja.
adakah undang2 cuma mahu kita diancam, dibunuh,dirompak tanpa membela diri.
kalau begitu terang2 seseorang digalak melaku jenayah??????
unknown
Education is important!
Ckp apa pn laa, klu org fkrn cetek mmg nk menang je..xpe laa menangkn je laa..
King
Aku pun benci jibby, tapi kalau semua benda nak sabitkan jibby and menteri org pun muak nak bace, bila fikiran kotor dengan politik, mcm ni laa jadinye.. taknak terima kebenaran, nak ikutkan otak dia jer .. pikirlaa, kalau yg mati tu saudara kau, jahat baik dia tetap saudara brother, undang2 tetap undang2.. tak boleh nak ikut suka
begon
marilah kita sama2 doakan abg tu agar d permudahkan segala urusannya…Tuhan tetap tahu yg mana
benar dan yg mana salah…Allahuakbar..
Fikir kn fikir
Pandangan ak pulak lain….sepatutnya abg zul tu x boleh d tahan…tp perlu melaporkan diri d balai berdekatan setiap hari…dia mempertahankan,itu dia bunuh perompak yg masuk kedalam rumah dia…tp kalau kita masuk rumah org kaya atau tanah yg ada singboard kawasan larangan(gambar senapang)boleh pulak di tembak???sb ada lesen senjata???
Persoalan utama..abg zul akan membunuh x kalau perompak x masuk rumah dia?so berbalik kepada punca…perompak menyerang…menceroboh…berkemungkinan boleh membunuh,rogol dan bermacam lagi…
Ini bagi ak tidak adil…ini hanya undang2 ciptaan manusia…
Mmg ikut proses kehakiman…tp mana pula keadilanya??mcm mana dgn keluarga abg zul??ini yg d katakan sudah jatuh d timpa tangga…
Berbalik pada ada yg kaitkan ttg dadah…itu 2 perkara yg berbeza..membawa..mcm kita pegang phone la…kt tgn kita…kita punya la..xkira kena tipu or diperdaya…itu perkara lain…sb membawa…kalau dlm kereta kita ada pistol…xkn jiran punya kan???so perdaya atas sb tamak dgn kesenangan atau yg betul2 lakukan tp kata d perdaya…dan sebab kebodohan sendiri yg x berfikir,sampai melakukan perkara yg terang2 pelik…korang nak ak soh hantar serbuk teh dlm beg bagasi??upah rm3k??atau herba hantar kesabah dri semenanjung…tp xboleh buka…xboleh tau ape brg dlm beg???allah dah bg akal…mana ada kerja sikit untung banyak…kn
So berbalik pada kisah abg zul…sgt x wajar dia d tahan,sepatutnya d reman 7hari…soal siasat dan tunggu perbicaraan bukan dipenjara spt dia yg merompak!
Hari ni kita tgk nasib org…tiba ujian kita nanti baru kita tau untung nasib…bercakap mmg mudah…melalui dan melakukan ??
Semoga allah melindungi abg zul wira keluarga…inshallah…amin
Hamba Allah
saya sangat setuju dengan pandangan awak. dalam bnyak2 komen yg tertera. komen dan pandangan awak yg boleh diterima.
sang musafir
kes lama..dh settle pn..2 ar xikut prkmbangan..viral bru nk baca,pas2 percaya bulat2..lain kali siasat dulu..wasalam
Syazy
Ye la…kecoh btul…
Azrin
Nabi musa pun membunuh slah stu pngawal firaun demi mempertahankn kaum nya…tp msih d anggap dosa sbb membunuh… tp d sbab kn nabi musa meminta ampun kpada Allah…dosa nya itu dipertimbangkan…fhm mksd nya d situ??klu x fham…kmu laa jdi menteri….
Nurul
Klu kite x tau jln cerite jgn menghina atau caci maki seseorang…allah itu maha mngetahui… Insyaallah…akan dipermudakn sgalanye 6t…
Rizal
Dh nama pn bergelut utk pertahan diri dan harta xkan nk tunggu perompak tu bunuh kita dulu bodoh punya hakim n peguam kecik² xnk mampus bila besar mnyusahkn org
PTU
betul.. betul sangat2 . nk komen banyak malas.. tp nk pndekkn cte, trtduhh mmg kne mlalui smua proses tu. tp sy yakin di akhir perbicaraan, bliau akan dibebaskan.. percayalah…
Hatim Beruas
Kata sang musafir dh settle..apa cite tu..tlg bagi pencerahan,tntu byk yg nk tau..tolong.
maddaus
Lepas ni kalau org dtg rompak umah kita..kita hidang la air ke ape ke..bru x kne gantung..acab btol laaaa
Ridzuwan
Bodoh peguam ni… sistem kafir ni banyak kelemahannya. Anak isteri yg kesusahan menyara hidup sebab bapanya telah ditangkap, dosa dosa engkau yg tanggung.. Itu SOP kau lupa. Kau nak perompak masuk kerat tangan kaki tuan rumah sebab nak ambil rantai cincin dan duit. Nanti jadi kat keluarga kau nanti, kau buatlah SOP lawann perompak masuk rumah.