BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Dulu Keruh Sekarang Hijau Kebiruan, Ramai Teruja Mandi Tapi Lepas Terpacak Singboard Buat Semua Kecut Perut

ammar

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Peribahasa itu sesuai digunakan untuk Sungai Kesang di Sungai Rambai, Melaka yang kini menjadi tumpuan ramai apabila kualiti airnya bertambah jernih dan kebiruan.

Susulan itu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) Melaka melarang pengunjung melakukan aktiviti mandi manda bagi mengelakkan menggangu habitat buaya.

Ekoran berita mengenai sungai kesang ini tular di media sosial, ramai orang mula berpusu-pusu ke sungai ini bagi melihat sendiri kejernihan air sungai ini.

Seorang pengunjung berkata, dia ke sungai ini bagi melihat sendiri kejernihan air di sungai ini. Ternyata berita yang tular di media sosial itu betul dan airnya betul-betul jernih dan kebiruan. Dia juga tidak menyangka di Melaka masih ada lagi air sungai sejernih ini.

Bagaimanapun sungai itu tidak sesuai untuk dijadikan tempat bermandi-manda. Ianya selaras dengan saranan dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka yang mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan Sungai Kesang, yang tular dengan persekitaran tenang dan jernih, sebagai lokasi ‘pesta’ mandi-manda kerana dikhuatiri boleh meng@ncam nyawa mereka.

Mohd Hasdi Husin iaitu Pengarah Perhilitan Melaka berkata, ini kerana Sungai Kesang telah diisytiharkan sebagai habitat buaya sejak 2018.

Katanya, untuk makluman orang ramai dan berdasarkan pemerhatian Perhilitan, dua hingga tiga ekor buaya tembaga dewasa atau nama saintifiknya Crocodylus Porosus, dipercayai ada di sepanjang Sungai Kesang itu.

“Jangan mandi-manda, kerana dibimbangi akan berlaku kejadian yang tidak diingini kerana menganggu habitat reptilia pem@ngsa itu. Selain itu papan tanda am@ran ada buaya juga telah dipasang di lokasi sungai berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Sungai Kesang di sini.

ARTIKEL LAIN  Luahan Sedih TMJ, "Kepada Adindaku Yang Dikasihi...Inilah Malam Yang Paling Sukar Untuk Saya"
mandi sungai

Gambar diatas: Masih ada orang ramai yang tidak mengendahkan tanda amaran yang diletakkan di Sungai Kesang ini.

Selain itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka telah memaklumkan kepada Perhilitan bahawa Sungai Kesang menjadi jernih kebiruan ketika laut pasang dipercayai kerana tiada aktiviti pembukaan tanah dan pertanian di hulu sungai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.

Mohd Hasdi berkata Perhilitan tidak akan mengganggu habitat reptilia pem@ngsa itu kecuali jika ada aduan atau berlaku ser@ngan terhadap orang awam.

Sungai Kesang, yang menjadi ‘garis sempadan’ antara Jasin, Melaka dan Tangkak, Johor, tular di media sosial baru-baru ini berikutan warnanya menjadi jernih kehijauan sehingga menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri ini untuk datang ke sungai itu mengambil gambar kenang-kenangan sambil bermandi-manda.

awas ada buaya

Kisah kejernihan air sungai Kesang itu mendapat pelbagai reaksi daripada pelayar media sosial. Rata-rata begitu teruja untuk berkelah dan mandi-manda di sungai tersebut. Namun, ada sebehagian dari pengunjung tidak berani meneruskan hajat apabila mengetahui ia menjadi habitat sang bedal itu.

Apa-apa pun, kita sebagai orang awam seharusnya mematuhi segala peraturan dan tanda am@ran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Semoga dengan langkah keselamatan yang diambil ini dapat mengelakkan kita dari berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.

Pesanan kepada sesiapa yang ingin ke Sungai Kesang, Sungai Rambai, Melaka ini supaya tidak berada dekat dengan gigi air kerana dikhuatiri mengganggu habitat buaya. Cukuplah sekadar pergi mengambil gambar sungai tanpa menyentuh air sungai.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • boy iman
    Hentikan Fitnah, Sebenarnya Dato’ Boy Iman Tidak …
    October 24, 2017 0
  • pengantin pistol
    Alamak…Sudah Jadi Kes Polis
    January 10, 2018 1
  • Terpaksa Culik Bayi Kerana Tak Sanggup Tengok Isteri Murung
    Terpaksa Culik Bayi Kerana Tak Sanggup Tengok …
    November 19, 2016 1
  • Surat Terbuka Heliza Helmi Kepada Safiey Ilias
    Surat Terbuka Heliza Helmi Kepada Safiey Ilias …
    September 7, 2016 1
  • syed saddiq
    “Kita mesti berani berfikir di luar kotak” …
    April 26, 2019 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)