BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

e Pengambilan PDRM 2022: Cara Semak Permohonan Polis SSO

Islah Ibrahim
e pengambilan PDRM
e Pengambilan PDRM

Terima kasih kerana melayari ke laman ini, ini adalah panduan buat anda yang berminat untuk menyertai anggota polis sekiranya anda sihat tubuh badan fizikal dan juga mental. Polis Diraja Malaysia membuka peluang permohonan melalui Portal Atas Talian, kini PDRM telah memperkenalkan sistem online bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi anggota polis PDRM dengan menggunakan epengambilan PDRM 2022.

Di sini, kami kongsikan cara permohonan dan semakan untuk panduan anda yang berminat.

Cara Permohonan Menjadi Anggota Polis PDRM

Sebelum ini, permohonan menjadi anggota PDRM perlulah melalui Borang SPA8i dimana mereka yang berminat perlu melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Tetapi kini, anda boleh buat permohonan secara terus melalui laman rasmi Polis Diraja Malaysia di portal epengambilan melalui pautan ini epengambilan.

Anda perlu melalui siri ujian untuk memenuhi kelayakan dengan melakukan Eksesais Pemeriksaan Ujian Fizikal. Pemohon perlu membuat semakan melalui sistem semakan online SSO yang telah disediakan oleh unit pengambilan.

Setelah anda membuat semakan melalui portal ini, senarai yang memenuhi syarat kelayakan akan disenaraikan dalam sistem status pengambilan polis. Melalui sistem ini juga, anda terus boleh mengetahui tarikh, lokasi Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal yang bakal dijalankan.

e Pengambilan PDRM 2022: Cara Semak Permohonan Permohonan Polis SSO

Selepas anda menepati syarat kelayakan, status permohonan anda akan diluluskan dimana nama anda akan tersenarai dalam sistem semakan online melalui portal epengambilan PDRM 2022 ini.

Berikut adalah kaedah untuk membuat semakan permohonan polis SSO:

ItemPautan
Login Masuk Pendaftaran dan Semakan e pengambilan
PDRM
https://sso.rmp.gov.my/
e pengambilan PDRM 2022

Anda tidak perlu membuat pendaftaran melalui portal ini, tiada pendaftaran ssp PDRM diperlukan. Anda hanya perlu masukkan No. Kad Pengenalan.

ARTIKEL LAIN  Contoh Surat Berhenti Kerja Mudah dan Ringkas Serta Format Yang Betul

Terus layari pautan yang diberikan di atas untuk mengetahui samada anda telah layak atau tidak. Sebarang permohonan rayuan adalah tidak dilayan oleh unit pengambilan PDRM ini.

Berikut adalah langkah demi langkah membuat semakan.

Langkah- Langkah Semakan e Pengambilan PDRM 2022
1. Layari portal SSO melalui pautan https://sso.rmp.gov.my/
2. Klik kepada logo ‘Integriti Polis’
3. Masukkan No. Kad Pengenalan
4. Anda akan mengetahui keputusan semakan status
e Pengambilan PDRM 2022

Portal SSO Polis ini bukan sahaja anda boleh membuat semakan permohonan menjadi anggota polis, malah juga, boleh untuk anda membuat semakan saman trafik terkini anda dan report polis anda sekiranya ada.

Kini Lebih Mudah Dengan Sistem Laporan Polis Online (e-reporting)

Makluman terkini dari Polis Diraja Malaysia, anda sudah boleh membuat laporan polis hanya secara online (epdrm) tanpa perlu anda hadir ke Balai Polis PDRM.

Antara perkara yang anda boleh lakukan dalam sistem laporan online ini adalah yang melibatkan keselamatan diri anda, kes kemalangan, kes ancaman keselamatan atau kes ugutan.

Tetapi anda tidak dibenarkan membuat laporan atau e-reporting ini untuk kes-kes jenayah.

Semakan Saman Anda Melalui Portal RMP

Kini selain daripada membuat semakan saman polis trafik melalui MyBayar Saman, anda juga boleh membuat semakan saman trafik anda melalui pautan rmp.gov.my. Di sini anda boleh membuat semakan saman anda yang tertunggak hanya melalui atas talian.

Perkongsian e pengambilan PDRM ini akan memudahkan anda merujuk pada satu laman sahaja dimana anda boleh membuat permohonan dan semakan status untuk menjadi anggota polis PDRM di Malaysia. Semoga cita-cita anda untuk menjadi anggota Polis PDRM tercapai dan menjadi sebahagian daripada polis yang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Senarai Pangkat Polis PDRM Dan Senarai Tugas Polis Mengikut
    November 23, 2022

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • 52663153 1071882079651527 209749753011896320 n
    Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja Bahasa …
    November 7, 2022 0
  • 27855 ilustrasi sujud shutterstock
    Cara Baca Sujud Sahwi Bacaan Jawi Dan …
    December 23, 2022 0
  • bantuan sara hidup bujang dan oku
    BSH Online 2020: Semakan dan Kemaskini Bujang …
    January 24, 2020 0
  • kerajaan perpaduan edit
    Keputusan Terkini PRU-15 2022: BN,PH,PN Dan PEJUANG
    November 17, 2022 0
  • Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat
    Ini Semua Bidaah, Nabi Tak Buat Ianya …
    December 13, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)