Hari ini 19 November 2022 adalah hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-15. Pada kali ini penulis akan berkongsi informasi dari semasa ke semasa mengenai keputusan PRU 15 2022 BN,PH,PN dan Pejuang. Jom terus ikuti laman ini berterusan kerana, kami akan bakal kongsikan makluman terkini mengenai PRU-15 yang sedang berjalan hari ini.
Pada PRU-15 kali ini, sebanyak 945 orang calon akan bertanding dimana 108 orang daripadanya adalah calon Bebas.
Perkembangan Pertandingan PRU-15 2022
Berikut adalah antara blok parti yang akan bertanding pada kali ini:
Berdasarkan gambar di atas, terdapat 6 blok parti yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 kali ini, selepas 2 minggu berkempen bermula 5 November yang lalu, hari ini kita bakal menyaksikan siapakah kerajaan yang akan dibentuk bermula 20 November 2022 ini.
Pada kali ini PRU-15 mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila sebanyak 945 orang calon disahkan bertanding untuk merebut 222 kerusi parlimen dan 117 kerusi DUN. Pertandingan Dewan Undangan Negeri pula melibatkan 117 DUN dari negeri Perak, Pahang, Perlis dan kerusi N66 Bugaya Sabah. Daripada 945 orang yang bertanding kali ini, 108 orang daripadanya adalah calon bebas.
Blok Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan jumlah calon paling ramai iaitu 206 orang, Barisan Nasional (BN) pula seramai 178 orang ,Perikatan Nasional (PN) 149 orang dan Pejuang 116 orang.
Banyak kerusi yang bertanding kali ini melibatkan banyak penjuru untuk merebut kerusi yang dipertandingkan. Berikut adalah antara kerusi DUN dan Parlimen yang bertanding mengikut jumlah penjuru. Pasti anda sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan pru 15 kali ini, anda boleh ikuti perkembangan semasa melalui laman ini
Setelah 2 minggu berkempen, hari ini adalah hari pengundian yang bakal menentukan pembentukan kerajaan Malaysia seterusnya bagi mengetuai tampuk pemerintahan negara.
Keputusan Terkini PRU-15 2022: BN,PN,PH,GTA,GRS dan GPS
Ini adalah keputusan terkini pru-15 2022 dari 6 blok parti yang bertanding. Keputusan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Terus ikuti perkembangan di laman ini.
Setakat pukul 12 tengahari ini, peratusan keluar mengundi menunjukkan 40% pemilih telah keluar mengundi berdasarkan sumber dari Suruhanjaya Pilihanraya.
Keputusan rasmi setakat jam 5.00 pagi ini seperti dibawah:
Kerusi/Blok Parti | BN | PN | PH | Pejuang | Lain-Lain |
Kerusi Parlimen Menang | 30 | 73 | 82 | 0 | 34 |
Kerusi Dun Menang | 25 | 57 | 33 | 0 |
Sehingga ke pagi ini, 21 November 2022, tidak dapat diketahui lagi kerajaan persekutuan manakah yang akan dibentuk. Ianya dijangka akan diketahui hari ini jam 2.00 petang dari Istana Negara.
Dalam PRU-14 yang lalu, peratusan keluar mengundi menunjukkan lebih 70% pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi. Pertandingan tersebut juga menyaksikan persaingan yang sengit antara Barisan Nasional (BN) dan blok parti pembangkang ketika itu Pakatan Harapan (PH).
Pada masa itu, blok Pakatan Harapan diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya membentuk Kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi kerusi parlimen dan layak membentuk Kerajaan Persekutuan.
Tun Mahathir pernah mentadbir negara Malaysia selama 22 tahun bermula dari 1981 sehingga 2003 sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Semasa pertandingan yang sengit pada PRU-14, Tun Mahathir ada menyatakan pandangannya mengenai PRU-14 yang lalu.
‘Saya yakin akan memperoleh kemenangan” beliau pada ketika itu mengundi di Bandaraya Alor Setar, Kedah.
“Kita mengundi untuk masa depan rakyat. Kesemua calon PH adalah orang yang baik-baik yang akan memastikan sebuah kerajaan yang baik selepas ini, dan bukan macam kerajaan Najib” kongsi Tun Mahathir.
Keputusan PRU 15 kali ini akan menentukan bagaimana nasib rakyat Malaysia yang akan mendepani cabaran ekonomi yang kian memuncak dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan kerajaan yang terbaik untuk mentadbir selepas keputusan pru 15 diumumkan. Seharusnya, keluarlah mengundi untuk menentukan masa depan kita.