Ufuture adalah sebuah platform untuk menyediakan kandungan subjek pembelajaran secara dalam talian (online) untuk mana-mana individu atau pelajar yang ingin sertai kursus-kursus tanpa tertakluk kepada had kehadiran. Artikel ini akan membantu anda bagaimana untuk menggunakan platform uFuture UITM iaitu cara login ke student portal dan bagaimana untuk menukar password.
Dengan adanya platform uFuture UITM ini sekaligus telah menyelesaikan isu penyampaian pembelajaran dengan efisien walaupun terhalang dengan kehadiran pelajar yang terhad kerana pandemik seperti yang berlaku pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Sistem kendalian Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini terbukti berkesan apabila lebih 500 kursus telah disediakan melalui platform ini melibatkan 170,000 pelajar yang aktif menggunakan sistem ini.
Kursus yang disediakan adalah melibatkan pelbagai bidang secara sepanjang hayat, sepenuh masa, separuh masa dan kurus jangka pendek.
Pengenalan Penilaian SuFO
Ianya adalah ringkasan daripada Student Feedback Online (SuFO) yang berfungsi untuk menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran untuk peserta. Ini adalah proses penilaian berterusan untuk memastikan kepentingan pelajar untuk mendapat program yang berkualiti dapat dilaksanakan. Melalui SuFO juga, pelajar dapat memastikan perjalanan program dan akreditasi dapat dijaga sebaiknya.
uFuture UITM: Cara Mengisi Exit Survey Menggunakan Portal uFuture
Berikut adalah langkah-langkah bagaimana untuk mengisi Exit Survey menggunakan portal uFuture yang disediakan :
Langkah-Langkah Isi Exit Survey |
1. Sila login ke sistem uFuture melalui pautan https://ufuture.uitm.edu.my/login |
2. Kemudian klik pada simbol ‘triple bar’ pada bahagian atas skrin |
3. Kemudian scroll di sebelah kiri pada skrin dan klik ‘Evaluation’ |
4. Selesai mengisi kemudian klik ‘Exit Survey’ |
Anda juga boleh lihat melalui gambarajah dibawah ini.

Para pelajar juga diingatkan untuk mengisi survey ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Ini bagi mengelakkan keputusan penilaian akhir pelajar mungkin disekat.
uFuture UITM: Cara Tukar Password ( Lupa Kata Laluan)
Sekiranya pelajar terlupa kata laluan dan ingin menukar password boleh mengikuti langkah berikut.
Langkah-Langkah Tukar Password |
1. Sila pergi ke pautan ini https://ufuture.uitm.edu.my/forgot |
2. Kemudian klik pada butang ‘RESET PASSWORD’ |
Jika pelajar masih menghadapi masalah-masalah teknikal lain, jangan risau, boleh terus hubungi melalui beberapa cara berikut:
- Talian Hotline: Bahagian IT (IT Department), i-CEPS: 03-55448369/ 03-55448174
- Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan, sila lawati pada pautan https://ufuture.uitm.edu.my/home/
Kelebihan sistem iCEPS
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institusi Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional UiTM (iCEPS), Prof Dr Azizul Halim Yahya, Massive Open Online Course (MOOC) ini pemudah cara yang menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh pihak UiTM.
Menurut beliau, iCEPS adalah sebuah pusat pembelajaran jarah jauh yang mengaplikasikan subjek pembelajaran secara online melalui sistem yang disebut sebagai iCLASS.
Untuk menambah lagi pemudah cara yang lebih efisien, iCEPS telah memperkenalkan beberapa platform dan kaedah seperti penggunaan sistem uFuture dan openlearning, kemudahan bengkel dalam talian yang berkaitan dengan tatacara penggunaan pembelajaran dan pengajaran.
Sistem ini juga menyediakan fungsi perhubungan melalui ‘livechat’ bersama dengan pasukan teknologi maklumat yang bertugas sepanjang masa samada dalam talian atau luar talian, siste livechat ini bagi membantu para pelajar atau pensyarah sekiranya berlaku masalah teknikal atau masalah lain tentang penggunaan sistem.
Ini adalah video tutorial cara login ke uFuture yang anda boleh rujuk:
Diharapkan perkongsian mengenai informasi iCEPS dan uFuture UITM ini dapat memudahkan pelajar untuk membuat rujukan penggunaan sistem pembelajaran ini samada melibatkan pelajar atau pengajar.