BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Jadual Gaji Guru DG29,DG44 Hingga DG54 Termasuk Elaun

Islah Ibrahim
gaji guru

Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi guru, perkongsian ini akan mendedahkan tentang berapakah gaji guru yang bertugas dalam perkhidmatan pendidikan. Ini adalah maklumat yang melibatkan Pegawai Perkhidmatan Awam bagi sektor pendidikan dan khusus untuk warga pendidik.

Untuk makluman anda, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan jadual atau struktur tangga gaji mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM). Dalam jadual ini dinyatakan jumlah Minimum hingga Maksimum (JGMM) dimana ianya telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2012.

Setiap tahun, pihak Kerajaan Malaysia akan sentiasa membuat semakan tangga gaji untuk setiap penjawat awam di Malaysia bagi menjaga kebajikan seluruh penjawat awam. Usaha ini jelas apabila JGMM telah menjalankan usaha menambah baik melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 atau juga disebut sebagai Rasionalisasi Perkhidmatan Awam.

Pada april 2018, Kerajaan telah memperkenalkan penambahan gred 56 bagi guru-guru yang telah mencapai gred 54 selama lima tahun dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam tugas. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Perdana Menteri yang khusus untuk bidang perkhidmatan pendidikan.

Apa yang lebih menarik, Perdana Menteri telah mengumumkan Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 tangga Gaji kepada semua penjawat awam bermula julai 2018.

Di sini dikongsikan kepada anda Jadual Gaji Guru DG29,DG41,DG44 hingga DG54 termasuk elaun.

Jadual Gaji Guru DG29,DG41, DG44 Hingga DG54

Maksud DG

Dalam sektor perkhidmatan awam, telah diwujudkan pelbagai jenis jawatan untuk semua kementerian yang melibatkan jabatan dan sektor. Maka sektor kerajaan ini telah mewujudkan penyelarasan jawatan demi memastikan kelancaran pembayaran gaji, permohonan cuti dan urusan-urusan lain.

Berikut adalah Jadual Gaji Guru mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012:

ARTIKEL LAIN  Senangnya Buat Pomade, Video Ini Tunjukkan Cara Buat Pomade Langkah Demi Langkah
gaji guru
Gaji Guru

Tugas Mengikut Gred

PerananGredTanggungjawab PPP
PelaksanaDG41Bertugas memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan
PenggerakDG44Perlu sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab melalui penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah
Pembimbing & MentorDG48Lebih berpengalaman luas, mampu menyelia dan membimbing serta mempunyai kebolehan melakukan ‘educated guess’ dalam masalah organisai yang mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan

Jenis-Jenis Pendapatan Elaun Yang Diberikan Kepada Guru atau Kakitangan Kerajaan

  • Gaji Pokok
  • Imbuhan Tetap
  • Bayaran Insentif
  • Bayaran Balik Perbelanjaan dan Tanggungjawab
  • Lain-lain elaun atau bayaran

Gaji pokok merujuk kepada mata dalam struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM),

Jenis Elaun Perkhidmatan Awam

  • Bantuan Sara Hidup (COLA)
  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
  • Elaun Keraian

Elaun bantuan sara hidup ini biasa disebut sebagai (COLA) dengan membahagikan kepada 3 tempat berikut

  • Kawasan A : RM300
  • Kawasan B : RM250
  • Kawasan C : RM150

Kerajaan menyediakan Elaun ini berikutkan perbezaan kos hidup di suatu tempat kakitangan awam tersebut bertugas. Jika kakitangan awam bertugas di tengah kawasan bandar besar, ianya di masukkan dalam kategori A , kawasan B untuk bandar biasa atau pinggir bandar diikuti dengan kawasan C untuk luar bandar dan pedalaman.

Walaupun wujud pembahagian, tidak dapat dinafikan kos sasar hidup tetap juga tinggi memandangkan kesan kenaikan ini dirasai oleh semua rakyat.

Ini adalah Kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Mengikut Gred:

Gred GajiKadar ITP
DG41 Dan DG42RM300
DG44RM400
DG48 Dan DG52RM700
Gaji Guru

Elaun Keraian adalah merujuk kepada elaun yang diberikan kepada penjawat awam untuk menampung kos sara hidup. Di samping itu, ia bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai-pegawai yang sedang menjawat jawatan strategik dalam sektor awam.

Gred GajiKadar Bulanan
DG41 dan DG42RM300
DG44RM400
DG48RM550

Semoga perkongsian Jadual Gaji Guru DG29, DG41 sehingga DG54 ini dapat memberikan maklumat jelas kepada anda untuk mengetahui sistem tangga gaji dalam sektor awam. Tidak dapat dinafikan, bekerja dalam sektor awam dapat menjamin masa depan anda sehingga ke penghujung usis dengan pelbagai manfaat yang dinikmati. Oleh sebab itulah, bekerja di sektor awam menjadi rebutan dan permintaan ramao orang walaupun peluang untuk masuk ke sektor awam sangat tipis dan terhad.

Prev Article
Next Article

No Responses

  1. Pingback: Inilah Gred Gaji Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA) Yang Ramai Tidak Tahu
    January 5, 2025

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • pramugari
    Ini Rupanya Cara Pramugari Dilatih Sebelum Terbang. …
    March 28, 2024 0
  • pure white background 85a2a7fd 17
    Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Online …
    November 29, 2022 0
  • Cara Daftar SSM Untuk Bisnes Online
    Cara Daftar SSM Untuk Bisnes Online
    July 29, 2016 2
  • photo 2022 12 11 23 41 20 1
    Niat Solat Jumaat dan Niat Solat Jumaat …
    December 11, 2022 1
  • Colorful Simple We are Open Facebook Post 600 × 300 px 3
    Rukun Islam 5 Perkara, Makna Serta Penjelasannya
    December 24, 2022 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)