BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Maksud B40 M40 dan T20 Serta Pendapatan Setiap Golongan Ini

Islah Ibrahim November 25, 2022
maksud b40
Maksud B40 M40 dan T20 Serta Pendapatan Setiap Golongan Ini 3

Adakah anda tertanya-tanya apakah maksud B40 M40 dan T20? artikel ini ada kupasannya. Istilah ini sering disebut setiap kali pembentangan bajet atau belanjawan tahunan negara yang diumumkan dalam pembentangan oleh Menteri Kewangan atau Perdana Menteri.

Dalam pembentangan tersebut, ada dinyatakan tentang skim-skim bantuan yang diperkenalkan bagi golongan bersasar dengan manfaat-manfaat tertentu. Dalam kerajaan Malaysia, proses pengagihan skim bantuan akan melibatkan golongan tertentu yang dikodkan dengan istilah B40, M40 dan T20 bagi memudahkan ianya menjadi rujukan buat rakyat Malaysia. Lazimnya, istilah ini sering disebut kerana melibatkan golongan berpendapatan renda iaitu B40.

Tetapi yang menjadi persoalan ialah, bagaimana pula dengan istiliah M40 dan T20, apakah ukuran bagi golongan ini dan berapakah pendapatan bagi golongan ini? Jadi perkongsian ini akan bercerita lebih lanjut mengenai maksud B40 M40 dan T20 serta perincian dari segi pendapatan untuk rujukan anda.

Maksud B40 M40 dan T20

Maksud B40 M40 dan T20 adalah merujuk kepada bagi mengukur pendapatan isi rumah masyarakat di Malaysia. Perincian ini diwujudkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang bertanggungjawab menjalankan ‘survey’ atau kajian terhadap julat pendapatan yang dipunyai oleh rakyat Malaysia seluruhnya. Hasil kajian yang telah dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department Of Statistics telah dilaporkan pada tahun 2017 yang menyatakan laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA).

Hasil daripada laporan ini, Kerajaan Malaysia dapat mengenalpasti dengan tepat dan terpeinci tentang isi rumah dan julat pendapatan yang diperoleh oleh setiap rakyat Malaysia yang sedang bekerja. Dari laporan inilah, kerajaan boleh membuat perancangan dengan merangka pelbagai jenis bantuan serta subsidi yang boleh disalurkan kepada golongan sasaran mengikut kod ini. Isi rumah ini dikira mengikut pendapatan satu keluarga atau seisi rumah dan bukannya dikira dari jumlah pendapatan individu.

Berikut adalah tahap pengelasan terkini bagi golongan isi rumah di Malaysia:

maksud B40 M40 dan T20
Maksud B40 M40 dan T20

Perincian Maksud B40 M40 dan T20

Sekarang kita kenali pula perincian setiap maksud B40 M40 dan T20 yang boleh kita fahami setelah Jabatan Perangkaan Malaysia membuat pengkelasan:

1. B40

  • Golongan ini dikenali sebagai Bottom 40 dan merupakan kumpulan isi rumah terendah
  • Untuk makluman anda lebih 40% rakyat malaysia adalah terdiri daripada golongan ini
  • Mereka ini berpendapatan isi rumah dengan pendapatan pendapatan bulan di bawah RM4856

2. M40

  • M juga dikenali sebagai Middle 40 dan merupakan golongan pertengahan dalam pengkelasan ini
  • Menurut Jabatan Perangkaan, golongan ini juga terdiri dari 40% rakyat Malaysia
  • Mereka ini berpendapatan seisi rumah dengan purata pendapatan bulan antara RM4,851 sehingga RM10,970

3. T20

  • T bermaksud Top iaitu Top 20 dan merupakan golongan isi rumah tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia
  • Golongan ini meliputi 20% dari seluruh rakyat Malaysia
  • Golongan T20 berpendapatan purata bulan seisi rumah antara RM10,971 dan ke atas

Dalam pembentangan belanjawan 2023 yang baru diumumkan baru-baru ini, terdapat pelbagai insiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan dalam usaha membasmi ketidakseimbangan sosiekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara bantuan utama yang ditekankan adalah:

1. Peruntukan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), sebelum ini ialah Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM) dan pernah dikenali Bantuan Sara Hidup (BSH). Ianya mengalami perubahan berikutan perubahan kerajaan yang berlaku. Bantuan ini difokuskan kepada beberapa jenis penerima yang berpendapatan isi rumah bawah RM5000 dan ke bawah

2.Peruntukan e-wallet e-pemula

Untuk golongan M40:

Melibatkan 8 juta individu M40 yang mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM100,00 layak untuk menerima kredit e-wallet sebanyak RM100

Golongan Belia:

Peruntukan sebanyak RM200 kredit e-wallet diberikan kepada beliau yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara ‘one off’.

3. Peruntukan inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia Ibu Bapa yang merupakan penerima BKM akan menerima bantuan tunai secara ‘one off untuk kelahiran anak pada tahun 2023

4. Bagi penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri 2023 berjumlah RM600

5. Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan untuk setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan yang telah ditambah berbanding tahun lalu. Ianya berjumlaah RM150 dan tidak mengira had pendapatan ibu bapa

6. Turut memperuntukkan pelbagai inisiatif kepada sektor pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi.

NOTA: Belanjawan 2023 ini akan dibentangkan semula berikutan berlakunya perubahan kerajaan selepas PRU-15 yang lalu. Pelantikan Dato Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengalami sedikit perubahan dalam belanjawan 2023 ini.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • pesanan terakhir steve jobs.jpg
    Pesanan Terakhir Steve Jobs, Pengasas Apple
    December 18, 2015 1
  • pure white background 85a2a7fd 11
    Cara Isi e Filing LHDN 2022/2023 Kali …
    November 28, 2022 0
  • 11390358 1422374468086276 987388247060842716 n
    Semakan BMT 2023 Bantuan Musim Tengkujuh Online
    November 29, 2022 0
  • FW1092741 KL13 10102020 MINYAK BN202010091672 lpr 960x602 1
    Harga Minyak Petrol Mingguan Terkini 2022: RON95,RON97 …
    November 16, 2022 0
  • Semakan BR1M 2017
    Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan
    July 16, 2017 1



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)