BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

JAKIM Akan Dibubarkan Oleh Kerajaan PH? Ini Kenyataan Dari Dr Danial

ammar

Sebelum ini dalam satu sidang media Tun Dr Mahathir berkata akan mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peranan JAKIM akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan ini.

Langkah tersebut diambil bagi melihat semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dulu.

“Dan kita akan tentukan negara ini Islam tidak digambarkan sebagai agama yang zalim, keras dan tidak bertimbang rasa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Sebelum ini sesetengah pihak mendakwa Pakatan Harapan akan melihat semula peranan JAKIM sama ada dikekalkan atau tidak dan cadangan itu dibuat ekoran badan itu dilihat digunakan untuk kepentingan politik sesetengah pihak.

Selain itu Tun Dr Mahathir berkata, gambaran salah yang diberikan sesetengah pihak mengenai Islam di negara ini bukanlah kehedak agama.

Malah, katanya, banyak larangan yang ada dalam Islam, tidak diamalkan.

“Sebaliknya kita fikirkan tentang cara-cara lain yang bukan datang dari ajaran Islam untuk menunjukkan kononnya Islam ini agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya.

“Dengan perkataan lain kita lebih suka memaksa daripada ajaran Islam yang berkata, tiada paksaan dalam Islam,” katanya. Sementara itu ditanya mengenai Biro Tata Negara (BTN), Perdana Menteri berkata, program itu juga akan dikaji.

Ditanya mengenai cadangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka kepada kaum lain, Tun Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

HINDRAF 2.0 baru-baru ini mencetuskan kontroversi mengenai tuntutan terbabit, namun Pengerusinya P Waythamoorty menafikan memorandum itu mewakili pihaknya.

ARTIKEL LAIN  "Dalla" Dapat RM3.75 JUTA Bawa Masuk Rohingya ke Malaysia

Isu pembukaan UiTM kepada semua kaum ditentang oleh pelbagai pihak susulan tuntutan menerusi memorandum HINDRAF 2.0 berkenaan.

Susulan dengan kenyataan itu ada pihak yang memainan sentimen bahawa kerajaan PH membubarkan JAKIM. Hal ini telah menimbulkan keresahan rakyat Malaysia tentang isu yang dibawakan oleh mereka.

Ada yang beranggapan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) akan dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir.

Bagi menyedarkan masyarakat, terbaru seorang pendakwah terkemuka dan berpengaruh iaitu Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin telah memberi respon balas tentang isu.

Ini adalah ekoran daripada soalan yang ditanya oleh seorang wartawan Sinar Harian. Jom tonton video penuh penjelasan oleh Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin ini. Tonton video di bawah.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • rotan
    Guru Rotan Murid Akhirnya Terima Hukuman
    July 8, 2019 0
  • timthumb
    Cara Solat Dhuha, Doa Dhuha Rumi dan …
    October 31, 2022 0
  • Ucapan Mengharukan Permaisuri Johor Kepada Penjaga Almarhum Tunku Jalil.jpg
    Inilah Ucapan Mengharukan Permaisuri Johor Kepada Penjaga …
    December 15, 2015 0
  • Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016
    Koleksi Ucapan SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan …
    June 4, 2016 0
  • Pemandu Bas Mahligai
    (9 Gambar) Pemandu Bas Mahligai Yang Dinaiki …
    April 17, 2017 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2025 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)