BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Rumah Diroboh, Mana ADUN, YB Khairuddin? Penduduk Paya Jaras Bongkar Akhirnya

ammar September 23, 2019

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan peristiwa yang menyayat hati iaitu perobohan rumah penduduk di Paya Jaras Hilir, Selangor.

Berita mengenai kerja perobohan itu tular di media sosial dan menjadi perbualan hangat semua orang.

Penduduk Kecewa ADUN Tak Jenguk Lepas Perobohan

Penduduk berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras di Sungai Buloh menyatakan kekecewaan kerana wakil rakyat kawasan mereka tidak turun padang melihat keadaan perobohan rumah di kawasan itu.

Azroy Abdul Manaf iaitu wakil penduduk berkata, kali terakhir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman hadir berjumpa penduduk adalah pada awal bulan lalu.

“Pada 3 hari bulan Ogos (Khairuddin turun padang), itupun bukan sebab perobohan. Waktu dia tawarkan Rumah Selangorku. Itu saja,’’ katanya.

Kata Azroy, Khairuddin sewajarnya datang berjumpa dan mendengar rintihan penduduk walaupun rumah yang diroboh dibina atas tanah kerajaan.

roboh rumah paya jaras

‘’Walaupun mereka duduk di atas tanah kerajaan, sekurang-kurangnya Khairuddin datang beri penjelasan dan jawapan yang konkrit untuk masyarakat.

‘’Mereka di tanah kerajaan dan mereka sedia berpindah,’’ katanya.

Penduduk mengharapkan bantuan Khairuddin yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

‘’Kami harap sangat bantuan dari beliau tapi beliau tak bantu kami. Kami mengharapkan YB kerana (beliau) exco kerajaan negeri,” katanya.

Ketika dihubungi, Khairuddin berkata, dia akan meminta pejabat daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk melihat keadaan penduduk kampung yang terjejas akibat perobohan yang dilakukan.

‘’Tak apa. Saya akan minta pejabat daerah dan PBT untuk tengok satu kampung di situ untuk lihat bagaimana cara kita nak bantu.

‘’Ada dalam kalangan mereka yang datang kita (kerajaan) cuba bantu. Tetapi ramai yang memilih untuk pilih demonstrasi dan tak nak berbincang.

‘’Itulah masalahnya,’’ katanya.

Baru-baru ini, lebih 30 buah rumah berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras yang dibina di atas tanah rizab milik kerajaan Selangor dirobohkan bagi meneruskan projek meluaskan sungai di tepi kawasan perumahan.

Projek meluaskan sungai tersebut sudah lama dijalankan namun terpaksa ditangguh beberapa kali susulan rayuan penduduk kampung.

Notis penangguhan perobohan terakhir diberikan pada 4 September lalu oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah bersama Adun, serta pejabat tanah wakil daripada menteri besar Selangor.

Penangguhan tersebut berkuatkuasa pada 5 September hingga 16 September 2019 namun, Azroy mendakwa notis perobohan tidak diberikan kepada penduduk sebelum perobohan yang dilakukan semalam.

Kata Azroy, penduduk di kawasan berkenaan berharap tempoh pengangguhan diberikan lebih lama.

“Kami dah cakap daripada awal kami sebagai penduduk tidak menghalang pembangunan. Kami cuma minta tempoh penangguhan.

‘’Mereka nak roboh, silakan roboh. Cuma penangguhan yang kami minta sebagai hak kemanusiaan,’’ katanya.

paya jaras

Penduduk Enggan Pindah, Paya Jaras Banjir Berkali-kali – Menteri Besar

Penduduk enggan berpindah dari kediaman yang dibina secara [email protected] atas tanah rizab Selangor di kawasan Sungai Kedondong, menyebabkan kawasan di sekitar Paya Jaras dilanda banjir beberapa kali.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari ketika mengulas tentang perobohan beberapa puluh rumah di kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pelebaran Sungai Kedondong di Paya Jaras Hilir sebagai langkah mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku.

“Kesannya, Paya Jaras saya ingat dah dua ke tiga kali banjir dalam tempoh satu setengah tahun ke belakang. Ribuan (orang) mendapat kesan langsung dan tidak langsung (daripada banjir itu),” katanya.

Menurut Amirudin Shari, orang ramai perlu memahami konteks dan isu berkenaan secara keseluruhan.

Katanya kerajaan negeri tidak bertindak zalim atau sewenang-wenangnya sebelum melakukan perobohan tersebut kerana masa yang lebih daripada mencukupi diberikan kepada penduduk terbabit.

Amirudin berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Akademi Kepemimpinan Wanita Selangor di Shah Alam.

Apa-apapun alasan yang diberikan oleh pihak terlibat, kita sebagai rakyat Malaysia harus memikirkan nasib yang terjadi kepada penduduk yang menjadi mangsa perobohan itu.

Dimanakah tempat tinggal mereka selepas ini? Apa nasib buat semua keluarga yang terlibat? Dan yang paling penting nasib anak-anak kecil yang menjadi mangsa atas kejadian ini. Kasihanilah mereka kerana mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi.

Pagi pergi sekolah, bila balik ke rumah, rumah sudah tiada. Apa perasaan yang anda bayangkan? Sila letakkan pada diri kita.

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply




Kartel Digital

OnViral
Resepi Ayam
kartel dakwah
Mimpi Orang Meninggal
OH INFOKINI
Apa Itu JUSA?
Cikgu Zul Web
Niat Puasa Ganti

Related Posts

  • Kuarters-guru-dihuni-warga-Bangladesh
    Penduduk Marah Kuaters Guru Dipenuhi Warga Bangladesh
    October 24, 2017 1
  • dato cabar datuk
    Kerana Nyanyian Jadi Fenomena, Dato’ Seri Vida …
    July 28, 2017 0
  • gadis2520buat2520laporan2520palsu2520terhadap2520bapa2520sendiri
    Remaja 16 Tahun Buat Laporan Polis Palsu …
    October 19, 2015 0
  • anwar dan mahathir
    PH Calonkan Dr M dan Anwar Jawatan …
    June 16, 2020 0
  • saham facebook jatuh
    Saham Facebook Jatuh Merudum Kerana Pengumuman Perubahan …
    January 12, 2018 0



BLOG AMMAR

BLOG AMMAR
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY
  • SITEMAP
Copyright © 2023 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)