BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Akibat Tersilap Serah, Jenazah Sudah Menjadi Abu

ammar

mayatSungguh menyedihkan! Akibat tersalah serah jenazah kepada sebuah badan kebajikan, jenazah lelaki mualaf sudah dibakar dan hanya abu yang tinggal.

Jenazah lelaki mualaf, Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya, Lin Ah San @ Lim Ah San disempurnakan mengikut ajaran Buddha selepas Unit Forensik Hospital Kajang tersalah serah jenazah kepada sebuah badan kebajikan.

Difahamkan, nama Lin Ah San @ Lim Ah San dikatakan hampir sama dengan nama Chu Kim San, 70-an yang turut ditempatkan di unit forensik hospital tersebut.

Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Mohd Azmi Md Zain berkata, kekeliruan berlaku apabila ada dua mayat lelaki Cina di unit forensik itu yang mempunyai nama yang hampir sama dipercayai punca pengurusan unit forensik tersalah menyerahkan mayat.

Menurutnya, lelaki mualaf yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah meninggal dunia di Hospital Kajang akibat penyakit tua dan pihaknya dimaklumkan mengenai kematian itu, kira-kira 10 pagi semalam(3 Jun 2017).

“Wakil kami pergi ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk menuntut mayat. Namun, pihak pengurusan unit forensik memaklumkan, beberapa prosedur perlu dilakukan untuk menuntut mayat terbabit dan dijangka mengambil masa,” katanya hari ini.

Mohd Azmi berkata, mereka menyedari berlaku kesilapan kira-kira jam 3 petang semalam apabila mendapati jenazah itu sudah tiada dan dimaklumkan diserahkan kepada wakil sebuah badan kebajikan kerana keliru dengan nama kedua-duanya yang hampir sama.

“Pihak hospital kemudian menghubungi pengurusan rumah kebajikan itu dan mereka memaklumkan mayat terbabit sudah dibakar.

“Pihak hospital sudah menyerahkan abu mayat lelaki mualaf itu kepada kami jam 12 tengah hari untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang,” katanya yang turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut. 

ARTIKEL LAIN  Cara Dapatkan Lencana “Top Fan” Di Facebook Page

Sementara itu, jurucakap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata, pihaknya masih menyemak status kes ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut sebaik mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu. 

Prev Article
Next Article

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • Peniaga Udang
    Kisah Peniaga Udang Racist Yang Menjadi Viral …
    January 9, 2017 2
  • foto
    Akhirnya Terbongkar! Pemilik Kereta Dedah Kenapa Parking …
    July 12, 2017 0
  • kastam malaysia
    Kastam Sahkan Syarikat China Diberi Pelepasan GST
    April 17, 2018 0
  • food panda
    Penghantar Makanan atau Runner Itu Kerja Yang …
    October 14, 2019 0
  • pondan bertaubat kembali jadi pondan
    Penat Jadi Baik, Akhirnya Safiey Ilias Tekad …
    September 5, 2016 0

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2026 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)